trending_flat

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Taman Perpaduan, Tambun, Perak sekaligus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024. Program BRR tersebut merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan. "Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40% daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi tumpuan komuniti setempat […]

trending_flat

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 - Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lalu. Setakat 11:59 malam pada 24 Mac 2024, bilangan pendaftaran meningkat kepada 7.7 juta, daripada 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac 2024. "Daripada jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1%. Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50% menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024." kata Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Raml dalam satu kenyataan hari ini. Tambah Rafizi, orang ramai digalakkan untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar. "Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara. Daftar dan kemaskini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan." kata […]

trending_flat

Zahrah impi karier sebagai pakar hartanah yang menyantuni komuniti

Wanita berusia 25 tahun ini baru sahaja mendaftarkan diri ke dalam jurusan Sarjana Muda Sains Harta Tanah pada bulan Oktober 2023. Walaupun mungkin kelihatan agak lewat, dan berusia, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekuliah yang lain, namun itu bukan menjadi penghalang anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini untuk melanjutkan pengajiannya demi mengejar cita-citanya sebagai pakar hartanah satu masa nanti. “Sejak diperkenalkan kepada bidang hartanah ini oleh bapa saya, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Inilah kerjaya yang mampu menggilap dan menyerlahkan potensi diri saya yang sebenar untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berjaya dari segi individu, tetapi juga menjadi manfaat kepada komuniti,” terang Fatimatul Zahrah Mohd Zainal memulakan perbualan. Anak bongsu dari 7 orang adik-beradik ini yang mesra disapa sebagai Zahrah, asalnya bercita-cita menjadi seorang peguam. Namun setelah mula menceburi bidang hartanah secara sambilan ketika berusia 19 tahun, dan berjaya menerima […]

trending_flat

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 - Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, telah meluncurkan inisiatif Kad MySiswa secara rasmi bersempena Majlis Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) @UniMAP yang turut disertai hampir 2,000 mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kad MySiswa (yang dulunya Kad Prihatin Siswa) merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad (selaku rakan strategik pelaksana) sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka. "Pelaksanaannya bermula Mac 2023 lalu telah memanfaatkan hampir 550,000 orang mahasiswa di kesemua 20 buah Universiti Awam (UA) seluruh negara. Cetusan idea Kad MySiswa ini telah diusulkan sendiri oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada tahun 2020 lalu dan KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menyambut hasrat tersebut sebagai refleksi bahawa Kerajaan sentiasa peka serta memahami denyut nadi golongan mahasiswa." kata KPT dalam satu […]

trending_flat

KPDN gerakkan OP KESAN dan OP PANTAU

SEREMBAN, 23 Mac 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjur sebanyak 192 Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di seluruh negara termasuk 20 siri di Negeri Sembilan. Program tersebut akan berlangsung sehingga hujung bulan Ramadan dengan sasaran sebanyak 450 siri di seluruh negara meliputi kesemua 222 kawasan Parlimen. Menurut Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan, melalui program tersebut orang ramai berpeluang mendapatkan barang-barang keperluan harian dengan tawaran harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Selain barangan kering yang ditawarkan dalam Program Jualan Rahmah yang dianjurkan sepanjang tahun, PJR Ramadan juga menawarkan keperluan barangan basah untuk juadah berbuka puasa dan bersahur. Dalam pada itu, Armizan turut memaklumkan bahawa bermula bulan ini juga, KPDN melaksanakan dua operasi penguatkuasaan secara serentak iaitu OPS KESAN yang bermula pada 1 Mac 2024 dan OPS PANTAU […]

trending_flat

Penduduk Malaysia cakna Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran: Trend penurunan 3% sisa makanan di seluruh negeri yang menerima pakai Akta 672

SEPANG, 17 Mac 2024 - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengadakan Sesi Libat Urus Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Sempena Bulan Ramadan Tahun 2024. Program itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu bertempat di Bazar Ramadan Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Ia dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang dengan penglibatan Pemuda Gema Malaysia dan Sukarelawan Hero Kebersihan. Penganjuran Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran oleh KPKT melalui SWCorp pada bulan Ramadan 2024 itu bukan sahaja menyumbang kepada pencapaian sasaran Sustainable Development Goal (SDG) 12.3 iaitu pengurangan separuh daripada sisa makanan global perkapita pada tahun 2030 malah ia merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 dengan objektif untuk mengurangkan pembaziran makanan dan jumlah sisa makanan yang dilupuskan ke tapak pelupusan. "Objektif kempen ini disasarkan […]

trending_flat

FTA : Malaysia dan EU harus hidupkan semula perbincangan

HAMBURG 15 March 2024 - Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) harus menghidupkan semula perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau. Ketika menyampaikan ucaptama semasa menghadiri acara 101st East Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg City Hall anjuran German Asia-Pacific Business Association (OAV), Anwar berkata Malaysia juga bukan sahaja terbuka menerima perniagaan, malah bersedia untuk bekerjasama dan berinovasi dalam usaha niaga berkualiti tinggi sejajar dengan matlamat negara dan tanggungjawab global. "Saya turut mengambil peluang bicara soal kerangka Ekonomi MADANI yang mencerminkan komitmen negara untuk memacu Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia serta memacu pembangunan yang mampan dan inklusif. Kerangka ini membayangkan masyarakat yang berkongsi kemakmuran, mendukung integrasi ASEAN yang lebih kukuh dan ekonomi yang kompleks serta membangunkan Malaysia sebagai kuasa utama serantau." kata Anwar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation