trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Cuti-Cuti Keluarga

PUTRAJAYA - Tourism Malaysia melancarkan 11 Pakej Cuti-Cuti Keluarga dengan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga (MATFA) di Ekspo Kasih Madani yang berlangsung selama dua hari di Dataran Putrajaya bermula hari ini sempena Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023. Sebanyak tujuh pengendali taman tema menawarkan tawaran pakej menarik kepada pelancong domestik bermula 4 November sehingga 30 November 2023. Tawaran pakej adalah serendah RM23 seorang untuk pembelian tiket masuk dengan tempahan minimum 10 orang sehingga ke Pakej 3 Hari 2 Malam (3H2M) bermula RM1,088 merangkumi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak beserta bilik penginapan, sarapan pagi, tiga aktiviti dan tiket masuk ke taman tema. Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2024. Antara pengendali taman tema yang mengambil bahagian termasuklah Sunway Lagoon (Camp Out!), SplashMania Water Park Gamuda Cove, THE TOP Penang Theme Park, Ripley’s Adventureland dan Jungle Gym Genting […]

trending_flat

Istana Budaya Anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani Terbesar Tahun 2023

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2023 – Warga kota dan rakyat Malaysia dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan lagi Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia Madani 2023 di Laman Beringin, Istana Budaya pada 4 dan 5 November 2023 bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 malam. Buat julung kalinya festival ini merupakan acara Laman Santai terbesar buat tahun 2023 yang mana pelbagai aktiviti dan program disediakan seperti pameran, jualan, demonstrasi, food trucks dan persembahan utama oleh artis-artis tempatan. Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya menyatakan “Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi dan tidak mengira bangsa terutama sekali dalam memperkasakan seni warisan dan budaya agar dapat dipelihara khususnya dalam festival Laman Santai Malaysia Madani 2023 ini.” Festival ini berkonsepkan santai dan terbuka kepada semua sambil […]

trending_flat

KBS bantu perkasakan Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT)

28 Oktober 2023 - Susulan isu gimnas wanita Terengganu yang dilarang menyertai Temasya Sukan Malaysia disebabkan oleh garis panduan pakaian sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Mesyuarat Bersama Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) pada 26 Oktober lepas. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Presiden Persatuan Abdul Razak Mat Amin serta Ahli Jawatankuasa Persatuan dan ibu bapa atlet Gimnastik. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan hari ini, pada masa ini gimnas wanita Terengganu memakai ‘unitard’ penuh badan. Peraturan Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) membenarkan pemakaian yang menutup anggota tubuh badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki. "Pakaian 'unitard' ini telah dipakai oleh ramai gimnas termasuk pasukan Gimnastik wanita Jerman di Sukan Olimpik Tokyo. Malah bekas gimnas negara Izzah Amzan juga telah memakai 'unitard' semasa penyertaan di Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham dan telah memenangi pingat untuk […]

trending_flat

JBSN laksanakan pencarian bakat OKU melalui INSPIRE i-Talent

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2023 - Populasi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiakan Masyarakatsetakat 31 Januari 2023 adalah sebanyak 637,537 orang, ataupun 1.85% daripada populasi Malaysia. Statistik tersebut belum lagi ditolak had umur dan bilangan mereka yang berminat dan melepasi klasifikasi sukan para. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada tahun ini, penyertaan atlet para dalam kejohanan sukan prestasi tinggi (sekurang-kurangnya peringkat PARA SUKMA) adalah seramai 1,781 orang. "Dalam tempoh masa 10 tahun dari sekarang, KBS menyasarkan peningkatan peratusan penyertaan atlet para kejohanan sukan prestasi tinggi di pelbagai temasya sukan antarabangsa." kata Hannah ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Batu di Dewan Rakyat hari ini. Tambahnya, KBS melalui beberapa agensi mempunyai skop tugas yang berbeza dalam pembangunan sukan dan Kebajikan Paralimpik dan Pesara. "JBSN melaksanakan program pencarian bakat dalam kalangan OKU di setiap negeri melalui INSPIRE i-Talent di […]

trending_flat

Festival Warisan Kebangsaan Orang Hidup 2023

22 Oktober 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui agensinya Jabatan Warisan Negara (JWN), menganjurkan Festival Warisan Kebangsaan Orang Hidup yang julung kali diadakan dengan kerjasama strategikKerajaan Negeri Pulau Pinang. Festival ini diadakan bersempena dengan Festival Merakyatkan Seni Budaya: Warisan Akar Umbi. Festival dua hari yang bemula semalam ini diadakan di sepanjang Jalan Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang, memperkenalkan tokoh-tokoh dalam bidang seni, budaya dan warisan yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Sehingga tahun 2023, JWN telah mengisytiharkan seramai 27 penggiat seni dalam pelbagai bidang warisan kebudayaan tidak ketara sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) termasuklah dalam bidang bangsawan, cerita rakyat, tarian, muzik, teater, seni halus dan kraf. Ini selaras dengan Seksyen 67 (1) Akta 645 yang mana Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya boleh mengisytiharkan mana-mana orang […]

trending_flat

Hari Sukan Negara MINDEF meriah, libatkan aktiviti indoor dan outdoor

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2023 - Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan telah merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 peringkat Kementerian Pertahanan (MINDEF) bertempat di Padang Kawad, Kem Kementah, KualaLumpur. Sambutan Hari Sukan Negara tersebut telah melibatkan penyertaan seramai lebih kurang1,300 orang yang terdiri daripada warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF. "Hari Sukan Negara HSN 2023 ini menggunakan tema Fit Malaysia dan merupakan satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak bagi meraikan dan mengiktiraf aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ianya sebagai pembudayaansukandalam kalangan warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF." kata MINDEF. Sempena sambutan HSN itu, MINDEF telah menganjurkan dua (2) aktiviti melibatkan aktiviti indoor dan outdoor. Aktiviti indoor telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) bertempat di ruang Foyer Wisma Pertahanan iaitu permainan E-Sport FIFA, Dart, Karom, Catur, Batu Seremban, […]

trending_flat

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) meraih bakat dan menjana pendapatan

KAJANG, 14 Oktober 2023 –.Mungkin anda kerap mendengar tentang Pembelajaran Sepanjang Hayat atau singkatannya PSH. Ia merupakan aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup dengan tujuan meningkatkankemahiran kompentesi untuk kemajuan diri. PSH telah menjadi prinsip hidup dan amalan warga Malaysia yang merangkumi semua peringkat umur. PSH dapat memupuk minat dan menyerlah bakat komuniti serta menjadi platform bagi seseorang individu untuk mempelajari kemahiran baharu melalui kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang disediakan. Percaya atau tidak, Pembelajaran Sepanjang Hayat dapat membantu menjana pendapatan yang lumayan. Selain daripada menggali minat dan bakat, PSH turut membantu menaikkan taraf hidup keluarga dari segi ekonomi dan mampu menggembleng potensi individu yang masih mencari peluang pekerjaan serta meningkatkan kemahiran diri sendiri. PSH memberi impak yang besar kepada masyarakat di mana terdapat peserta kursus PSH kami menggunakan kemahiran yang dipelajari dengan menjalankan perniagaan secara atas talian serta menjadikan ia sebagai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation