Gempa bumi sederhana di Selatan Jawa
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Jawa pada jam 1:05 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:05 pagi, 23 Disember 2024Koordinat: 9.3° Selatan 106.6° TimurLokasi: Selatan JawaMagnitud: 5.0Jarak: 272km Selatan dari Sukabumi, IndonesiaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.