Maritim Pulau Pinang rampas Bubu Naga
𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟴 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 - Maritim Negeri Pulau Pinang merampas tujuh set bubu naga di sekitar 3.6 batu nautika tenggara Pulau Rimau petang semalam. Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, usaha membanteras penggunaan bubu naga akan terus dilaksanakan setiap masa oleh Maritim Malaysia. Ini kerana penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut haram dan merupakan satu kesalahan di negara ini. Terdahulu, Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 20 batu nautika barat Daya Pulau Kendi pada 16 Disember lalu. Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur 23 hingga 43 tahun mengendalikan bot itu. Hasil pemeriksaan mendapati tekong warga Myanmar mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah namun empat kru yang lain gagal berbuat demikian. Hasil pemeriksaan, BNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah […]