Bakat-Bakat Muda akan memimpin Malaysia ke Era Kecemerlangan Teknologi dengan Asas yang Kukuh dalam Bidang Sains dan Teknologi
PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Malaysia perlu membina kapasiti, keupayaan dan kecekapan generasi baharu, dimana ianya penting untuk memupuk mereka dari usia muda dengan asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi. Usaha ini akan membentuk mereka menjadi bakat yang mampu memimpin negara ke era kecemerlangan teknologi yang harmoni seiring dengan pembangunan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal berkata, “MOSTI memperjuangkan pelbagai inisiatif dan program yang direka untuk mengarusperdanakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Melalui usaha bersama, MOSTI berharap dapat menangani isu kekurangan minat dalam bidang berkaitan sains yang merupakan punca utama pendaftaran rendah dalam bidang STEM oleh 53.1% responden kajian Kesedaran Awam mengenai STI Malaysia 2022. Beliau ditemui semasa majlis pelepasan pemenang National Science Challenge (NSC) 2023 bagi lawatan sambil belajar mereka ke 8 th Belt dan Road […]