JPPKK Komited Tingkat Peratus Graduan Raih Gaji Premium
ARAU, 7 NOVEMBER 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) komited untuk meningkatkan peratus graduan memperolehi gaji premium. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini. “Bagi memastikan ianya dapat dicapai, pelbagai usaha telah dilaksana antaranya menyediakan kurikulum berpacukan industri, merancakkan jalinan kolaborasi industri berimpak tinggi, kerjasama merentas kementerian juga agensi serta pemantapan platform yang berupaya memadankan keperluan industri dan bidang graduan,”katanya. Tambah beliau, POLYCC yang kini berdiri dengan kekuatan 36 buah Politeknik dan 105 buah Kolej Komuniti dengan meliputi seramai 10,000 pensyarah dan 100,000 pelajar di seluruh negara juga merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara ini iaitu sebanyak 40 peratus di pelbagai sektor. “Usaha ini adalah selari dengan komitmen melaksanakan Teras Strategik utama JPPKK iaitu […]