trending_flat

Malaysia berhasrat anggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat) bagi Mewakili Rantau Asia Pasifik

PUTRAJAYA, 28 MAC 2023 –Satu sesi libat urus bersama duta besar dan wakil kedutaan asing di Malaysia daripada negara-negara rantau Asia Pasifik telah diadakan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2023 baru-baru ini. Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, majlis yang julung kali diadakan itu melibatkan YB KM semenjak beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 3 Disember 2022. "Majlis ini yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) merupakan satu wadah untuk merealisasikan hasrat Malaysia menganggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat). Sesi libat urus ini merupakan inisiatif dan usaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meraih sokongan bagi Malaysia untuk menggangotai Lembaga Eksekutif tersebut […]

trending_flat

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM), telah mengetuai delegasi Malaysia ke The 10th AsiaPacific Forum on Sustainable Development (APFSD10) yang berlangsung pada 27 hingga 30 Mac 2023 bertempat di Pusat Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCC), Bangkok. Bertemakan ‘Mempercepatkan pemulihan daripada penyakit Coronavirus (COVID-19) dan pelaksanaan penuh Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan di semua peringkat di Asia dan Pasifik’, APFSD10 merupakan sebuah forum antarabangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penganjuran APFSD10 ini bermatlamat untuk menyokong tindakan susulan dan kajian semula kemajuan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di peringkat serantau. Ia juga berperanan sebagai Mesyuarat Persediaan Serantau ke Forum Politik Peringkat Tinggi (HLPF) di New York pada Julai 2023. Selaras dengan fokus HLPF 2023, APFSD10 akan menilai kemajuan pelaksanaan SDGs melibatkan Matlamat 6 (Air bersih dan sanitasi); Matlamat […]

trending_flat

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”. Tambahnya, “Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.” 2. Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya. 3. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah. 4. Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri. 5. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU 14. Tetapi […]

trending_flat

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 - Mantan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah menziarahi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam. Foto oleh Azuddin Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Ahli Parlimen Bera itu mengimbau kembali kejadian menyayat hati yang telah berlaku di situ pada tahun 2017 yang lalu. "Kisah menyayat hati anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban dalam kebakaran meragut nyawa 23 mangsa pada 14 September 2017, masih berbekas dalam hati dan juga ingatan… Saya masih ingat lagi sedih yang menyentap diri ketika itu. Kami sempat berbuka puasa bersama-sama beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku. Hari ini, saya kembali ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk bersama-sama dengan 24 pelajar baru tahfiz dan pengurusan dalam program Kongsi Rezeki Ramadan." katanya. Tambah beliau, mereka nampak sihat dan menjalani rutin harian dengan baik. "Alunan bacaan Al-Quran yang dibaca anak-anak […]

trending_flat

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 - Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5. Dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, ia ditawarkan oleh Bengkel Dania Garage pada 20 Mac lalu. Menurut pemilik bengkel itu, Mohd Mustakim Mohd Munawir, beliau menganjurkan jualan amal itu sebagai sebahagian sumbangan penghargaan kepada pelanggan bengkelnya. "Saya berterima kasih kepada semua pengguna dan pemilik motosikal yang menjadi pelanggan dan menyokong bengkel saya selama ini. Jadi sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal," katanya kepada media hari ini. Tambah beliau, jualan amal yang dianjurkan selama sehari itu telah berjaya menarik kehadiran kira-kira tiga ribu pemilik motosikal. Bagaimanapun pihaknya memperuntukkan sejumlah seribu unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 […]

trending_flat

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 - Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe telah menghadiri dialog diantara PEKESTAR, Fusun International Holding LTD to membantu menyelesaikan masalah Projek Star City yang telah lama terbengkalai. "Saya faham banyak komplikasi berkenaan Star City yang berlarutan semenjak 18 tahun lepas, tapi saya akan menjadikan keutamaan saya mengkaji projek ini dan seterusnya cuba membantu keperluan para pembeli Star City sedia ada". "Saya akan cuba sedaya upaya membantu mencari penyelesaian terbaik untuk kedua belah pihak, para pembeli dan SUDC dalam isu ini" tegas Phoong lagi. Phoong juga mengingatkan bahawa beliau telah dipilih oleh rakyat dan menjadi tanggungjawabnya dalam menyelesaikan isu berbangkit di Kota Kinabalu. Turut hadir dalam sesi dialog tersebut adalah Stephen Wong, Presiden PEKESTAR, Anthony Dumpangol, Pengurus Besar SUDC, Datin Leena Bohuntang, Timbalan Pengurus Besar dan Chen Full Qing, Pengurus Projek Fusun International HoldingLTD.

trending_flat

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 - Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu kenyataan pada pagi ini memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan pada hari ini. "Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Langkawi Kedah. Manakala di  Sarawak adalah di Limbang. Di Sabah pula kawasan terlibat adalah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). Turut terlibat adalah WP Labuan." kata kenyataan tersebut. Amaran tersebut berkuatkuasa sehingga 1:00 tengah hari hari ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation