Mahasiswa UM santuni gelandangan dengan santapan rohani
Sejarah gelandangan di Malaysia telah pun bermula sejak zaman kolonial British dahulu lagi, dan menjadi semakin ketara selepas kemerdekaan. Berdasarkan statistik terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah gelandangan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun terakhir ini berada dalam keadaan yang membimbangkan. Bandaraya Kuala Lumpur mencatatkan jumlah gelandangan tertinggi, iaitu melebihi 1,000 orang. Golongan ini biasanya bertumpu di kawasan tengah ibu kota. Kebanyakan mereka juga ditimpa pelbagai masalah termasuklah kemiskinan, pengangguran, ketagihan dadah, kesihatan mental, dan hubungan keluarga yang terputus. Golongan gelandangan juga sering menghadapi cabaran dalam mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan perlindungan. Dr Abdul Aziz (kiri) dan Ustaz Darwis (kanan) di permulaan program Pelbagai pihak sedang dan telah berusaha membantu menangani masalah gelandangan ini. Pihak JKM dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) contohnya, seringkali menjalankan rondaan dan operasi untuk membantu golongan gelandangan. Malah, banyak juga badan-badan […]