UM bentuk akhlak anak yatim melalui al-Quran
Oleh Dr Selamat Amir Ayat ke-220 surah Al-Baqarah menganjurkan kita untuk sentiasa mendekati dan melakukan yang terbaik untuk anak-anak yatim, dan menganggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga kita sendiri. Atas kesedaran ini, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah melaksanakan sebuah program pembangunan diri bersama anak-anak yatim, baru-baru ini. Peserta dan sukarelawan UM melaksanakan modul program JiWA Program yang dinamai “A Wonderful Journey with Al-Quran” (JiWA) merupakan projek SULAM di bawah kursus IIL2019 Smart Al-Quran yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam UM. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini melibatkan 49 orang mahasiswa tahun kedua dari Jabatan al-Quran dan al-Hadith, APIUM dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA) Marang, Terengganu. Program ini dibimbing oleh Dr. Selamat Amir selaku penyelaras program JiWA dan telah mendapat sokongan dari beberapa masjid serta syarikat seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Saudagar Asia. […]