trending_flat

UM pastikan tahap kesihatan kaum Semai di Raub terjaga

Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan sebuah Program Khidmat Masyarakat yang memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli Semai di Raub, Pahang baru-baru ini. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, dan disertai oleh 42 orang sukarelawan dari pelbagai bidang kepakaran kesihatan. Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama di antara Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UM, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Perlis Plantation Berhad (PPB) Group dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Program ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti promosi dan saringan kesihatan untuk memanfaatkan penduduk-penduduk di perkampungan Orang Asli Semai di Raub, khasnya Kampung Rensong dan Kampung Satak. Kesemua sukarelawan bergambar kenangan di hadapan sekolah “Saya gembira melihat kesungguhan para sukarelawan mendekati penduduk kampung ini. Walaupun mungkin sudah berpengalaman melakukan aktiviti bersama penduduk luar bandar, namun ini adalah kali pertama untuk sebahagian besar daripada mereka, berpeluang […]

trending_flat

TAG MERAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR SELANGOR SAH, TIADA KAITAN DENGAN ‘SCAM’

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Kecoh di media sosial satu hantaran yang mendakwa bahawa tag merah pemotongan bekalan air oleh Air Selangor merupakan satu bentuk ancaman penipuan ‘scam’. Hal ini kerana, tag merah yang didakwa diletakkan di pili air utama rumah yang mengalami pemotongan bekalan air itu disertakan dengan kod QR yang digunakan untuk tujuan pembayaran tunggakan bil air secara terus. Oleh itu, wujud dakwaan di aplikasi WhatsApp yang menyampaikan naratif sebagai ‘peringatan’ kepada orang ramai agar tidak mengimbas kod QR tersebut kerana bakal menghadapi risiko penipuan. Semakan yang dilakukan kepada rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa dakwaan kod qr yang berada pada tag merah tersebut merupakan ancaman ‘scam’ adalah palsu. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Air Selangor melalui hantaran di Facebook rasmi mereka menjelaskan bahawa label notis pemotongan bekalan air tersebut […]

trending_flat

Pertandingan Dron Antarabangsa Pertama di Dunia: Wilayah Khanh Hoa Mencatat Rekod Guinness Bersejarah, UAE Muncul Sebagai Pemenang

NHA TRANG, Vietnam, 6 Ogos 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Pesta Ever Glamour Nha Trang (EGN) 2024 berakhir pada 3 Ogos dengan paparan persembahan cahaya dron yang mempesonakan. Selepas dua malam pertandingan, pasukan UAE diumumkan sebagai juara, manakala pasukan Korea, Perancis dan China masing-masing memenangi anugerah untuk Prestasi Teknikal Terbaik, Imej Terbaik dan Cerita Terbaik. Pasukan UAE, yang digelar “Penyihir Cahaya,” menggabungkan dron ultraringan dan superringan dengan piroteknik dan pemahaman budaya tempatan yang mendalam untuk menyerlahkan sejarah dan budaya Vietnam yang kaya, daripada gendang gangsa Dong Son hingga Burung Lac dan bunga teratai, yang simbolik serta kemeriahan Nha Trang. Sementara itu, pasukan Perancis, yang digelar “Artis Langit,” menggunakan 1,000 dron yang digabungkan dengan persembahan ajaib api. Khalayak dibawa meneroka masa lalu, dari keajaiban tamadun purba seperti Taman Tergantung Babylon, Piramid Besar Giza, Akropolis Athens… dan Teluk Ha Long Vietnam yang terkenal […]

trending_flat

Melaka mohon tambahan RM8 juta naik taraf pembetung silang

Oleh : Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER LIMAU 6 Ogos – Kerajaan Negeri sedang menunggu peruntukan tambahan bernilai RM8 juta bagi kerja-kerja pemasangan pembetung silang (crossing culvert) bagi mengatasi banjir kilat di sekitar Negeri Melaka. Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pemasangan pembetung silang itu adalah merupakan perancangan jangka masa panjang bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri ini. Menurut beliau, peruntukan tambahan kepada Kerajaan Persekutuan telah dimohon dan kini masih dalam proses menunggu, dan sebagai langkah untuk jangka masa pendek, pihaknya akan mengarahkan kerja-kerja pembersihan tali air dilakukan “Kita sedang mencari jalan untuk penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi isu banjir kilat di sekitar negeri khususnya di lokasi ‘hotspot’ di Lebuh Ayer Keroh dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA). “Perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan […]

trending_flat

Jumlah kes isu pencatutan diesel adalah kecil dan terkawal

SEPANG, 6 Ogos 2024 - Sepanjang tempoh OPS KESAN 2.0 dilaksanakan, Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima 83 aduan awam yang terkait isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, sebanyak 244 notis bertulis telah dikeluarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP). Daripada jumlah tersebut, setakat ini sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. "Secara keseluruhannya, dalam tempoh dua bulan fasa awal pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan isu pencatutan adalah kecil dan terkawal. Ini membuktikan tahap pematuhan dalam kalangan sebahagian besar peniaga adalah baik. KPDN menghargai komitmen komuniti perniagaan yang secara keseluruhannya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel. Pada masa yang sama, KPDN […]

trending_flat

JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN LAMAN SESAWANG ‘KERAJAAN’!

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Talian JomCheck ada menerima satu pertanyaan berkaitan kesahihan permohonan jawatan kosong menggunakan pautan yang diberikan di aplikasi WhatsApp. Setelah menekan pautan tersebut, pemohon akan dibawa ke laman sesawang mencurigakan yang meletakkan imej logo Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jata Negara bagi meyakinkan pengguna. Namun begitu, keraguan mula terserlah apabila pemohon diminta untuk mengisi nombor telefon aplikasi Telegram untuk log masuk kepada permohonan. Hasil semakan JomCheck mendapati wujudnya banyak ciri-ciri yang boleh dipersoalkan melalui laman sesawang tersebut. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Teknik sebegini digunakan oleh penjenayah pancingan data (phishing) untuk mendapatkan data peribadi pemohon setelah pemohon mengisi segala maklumat yang diminta. Sumber: Panduan oleh SoyaCincau - https://bm.soyacincau.com/2022/01/15/cara-kesan-laman-web-palsu/ Antara ciri yang perlu diberi perhatian dan boleh dipersoalkan melalui laman sesawang yang dikongsikan adalah: a. Alamat URL/domain yang diberikan adalah mencurigakan […]

trending_flat

MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation