Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia
“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University of California San Francisco yang mengatakan belia berumur 18-39 tahun mengalami perubahan simptom kebimbangan (anxiety) yang tinggi, iaitu dari 9% ke 21%, dan kemurungan (depression) dari 9% ke 39%, berbanding individu dari kumpulan umur yang lain,” kata Nurfilzah Emily memulakan perbualan. Mungkin agak janggal memulakan sebuah perbualan dengan sekilas fakta yang meresahkan sebegini, namun ianya sesuatu yang tidak memeranjatkan jika kita mengenali sosok yang dilahirkan di Johor Bahru ini dengan lebih dekat. Nurfilzah Emily binti Mohamad Khairuddin, 25, sememangnya menjadikan bidang kesihatan mental di kalangan belia sebagai fokus minat dan kajian tahun akhirnya di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). “Walaupun dapatan kajian yang diterbitkan di jurnal antarabangsa itu mengkhususkan kepada tempoh pandemik COVID-19, saya percaya kesannya tetap dirasai sehingga kini. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai perubahan drastik sosioekonomi dan […]