trending_flat

RM1 Juta Diperuntukkan Untuk Dana Esukan KBS 2024

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Dana Esukan KBS 2024 (Edisi Kedua) khusus untuk para pemegang taruh dan peminat ekosistem esukan tempatan. Dalam edisi kedua ini, jumlah peruntukan dana telah digandakan kepada RM 1 juta bagi membantu lebih banyak program dan inisiatif esukan dianjurkan di negara ini. Susulan Dana Esukan KBS (Edisi Pertama) yang telah berlangsung dari November 2023 hingga Februari 2024, sebanyak RM250,000 telah diluluskan dan disalurkan kepada 14 penerima daripada 108 permohonan. Oleh itu, dengan peningkatan peruntukan dana dalam Edisi Kedua ini, dijangka dapat memberi impak positif kepada lebih ramai penerima manfaat serta memacu pertumbuhan ekosistem esukan negara. Dana Esukan KBS diwujudkan bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri esukan tempatan supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara esukan serta merancakkan ekosistem esukan negara.  […]

trending_flat

TVET Bukan Pilihan Kedua, Kemasukan Pelajar Ke PSIS Meningkat

SABAK BERNAM, 4 OGOS 2024 - Minggu ini merupakan minggu pendaftaran pelajar baharu bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 ke institusi pengajian tinggi, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia turut menerima pelajar baharu. Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), lebih 800 orang pelajar baharu telah berjaya mendaftarkan diri di Dewan Seri Lang sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2024/2025, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Akademik, Haji Zainuddin bin Kasmuri berkata kemasukan pada sesi ini sangat positif, dan ia menunjukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua dan semakin diyakini. “Peningkatan kemasukan sebanyak 20 peratus menunjukan ibu bapa dan pelajar percaya bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua berikutan kemahiran dimiliki graduan dalam bidang itu amat diperlukan untuk menyokong kemajuan sektor industri di negara ini. Kini rakyat Malaysia sudah mula menampakkan peluang pasaran terutama dalam bidang […]

trending_flat

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September FAIRFAX, Virginia, Aug. 06, 2024 – Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 (tahun kesembilan), “Olimpik untuk sumber manusia,” diumumkan hari ini. Anugerah ini mengiktiraf majikan terbaik dunia dan profesional dalam sumber manusia, pasukan, pencapaian dan produk serta pembekal berkaitan Sumber Manusia yang telah membantu mencipta dan memacu tempat kerja yang hebat. Antara organisasi yang mendapat pelbagai kemenangan Gold Stevie ialah Bank of America (9), Everise (4), pladis (4), Apexon (3), Digital Hands (3), ecosio (3), Enerjisa Uretim (3), LMI (3), Peak on Air (3), SOCAR Türkiye (3), TurkTraktor (3), Abu Dhabi Customs (2), Arkas Holding (2), Ayala Land, Inc. – Makati Development Corporation (2), Benefex (2), Capital One (2), Cathay United Bank (2), DHL Global Forwarding, Freight (2), Doğuş Holding (2), ENERJISA ENERJI (2), Entek Elektrik (2), Gamefam […]

trending_flat

Duck Creek Technologies Melancarkan Polisi dengan Penghantaran Aktif

Penyelesaian Natif Awan Membolehkan Syarikat Insurans Harta dan Kemalangan (P&C) dan Am Menyampaikan Produk pada Skala Besar dengan Menyingkirkan Keperluan untuk Menaik Taraf BOSTON, Aug. 05, 2024 –  Hari ini, Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan insurans harta dan kemalangan (P&C) dan am, mengumumkan ketersediaan umum Polisi dengan Penghantaran Aktif, sebuah penyelesaian revolusioner yang menyingkirkan keperluan untuk menaik taraf dan membolehkan syarikat P&C menyampaikan produk insurans pada skala besar dalam era inovasi dan pembangunan bertumpuan pelanggan yang pesat. Polisi dengan Penghantaran Aktif ialah penyelesaian natif awan yang memanfaatkan kuasa, kebolehskalaan dan keselamatan awan Azure untuk menyediakan kemas kini produk dua kali seminggu. Kemas kini ini diterapkan secara automatik, memastikan tiada gangguan kepada operasi syarikat insurans sambil menyingkirkan keperluan sumber tambahan yang mahal untuk tujuan menguruskan naik taraf besar-besaran. Semua kemas kini adalah “ditanda ciri”, yang membenarkan syarikat […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada jam 8:44 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:44 malam, 5 Ogos 2024Koordinat: 6.6° Selatan 103.5° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 233km Barat Daya dari Bandar Lampung, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang melibatkan undang-undang sama ada jenayah atau sivil biasanya akan menyebabkan seseorang individu dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak. Namun, kesalahan yang telah dilakukan pada masa lampau telah banyak mengajar seseorang untuk berubah menjadi lebih baik dan bertingkah laku menurut norma-norma masyarakat. Perjalanan hidup seorang bekas banduan dalam masyarakat dilihat agak sukar kerana stigma masyarakat yang terus menerus meletakkan kesalahan itu sebagai kekal dalam hidup mereka sedangkan setiap kesalahan itu boleh diperbaiki dan mereka, bekas banduan sepatutnya diterima oleh masyarakat sebagai orang baru selepas mereka menjalani pemulihan akhlak selama bertahun-tahun di penjara. Kehidupan di sebalik tirai besi tidak seindah khabar. Hidup terpenjara memerlukan kekuatan jiwa dan fizikal kerana melalui liku-liku hidup terhukum penuh dengan perasaan rasa bersalah dan keinginan untuk bebas sangat tinggi. Namun, undang-undang di penjara lebih menekankan pembentukan […]

trending_flat

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi Abdul Razak Di dalam sesebuah organisasi, pelbagai faktor boleh memberikan kesan kepada iklim organisasi tersebut. Persekitaran kerja yang baik dapat memberikan kesan yang positif kepada kesihatan mental pekerja. Manakala persekitaran kerja yang negatif seperti dikriminasi dan ketidaksamaan, beban kerja yang berlebihan, kawalan pekerjaan yang rendah dan ketidakamanan pekerjaan boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan mental. Dapatan dari Pertubuhan kesihatan Dunia pada tahun 2019 telah mendapati bahawa 15% daripada pekerja dianggarkan mengalami gangguan mental. Di seluruh dunia, dianggarkan sebanyak 12 bilion kehilangan hari bekerja direkodkan setiap tahun akibat kemurungan dan kebimbangan dengan kos kehilangan produktiviti sebanyak AS$ 1 trilion setahun. Walau bagaimanapun, beberapa tindakan yang dilihat berkesan dapat membantu mencegah dan selanjutnya mengurangkan risiko kesihatan mental di tempat kerja, menggalakkan keperluan mencari bantuan bagi menangani isu kesihatan mental di tempat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation