Gempa bumi sederhana di Kepulauan Andaman, Rantau India
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Andaman, Rantau India pada jam 7:01 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:01 pagi, 17 April 2024Koordinat: 11.4° Utara 92.9° TimurLokasi: Kepulauan Andaman, Rantau IndiaMagnitud: 5.2Jarak: 43km Tenggara dari Port Blair,IndiaKedalaman: 65 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.