trending_flat

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan Aidilfitri di sepanjang bulan Syawal di Malaysia selalunya berlangsung dengan meriah; dengan pakaian pelbagai warna dan gaya, dan makanan tradisional dan moden yang beraneka rasa. Semasa musim perayaan juga, setiap isi rumah di Malaysia cenderung ke arah peningkatan pengambilan makanan dengan kadar gula yang tinggi. Di kala sibuk menyambut ketibaan Syawal, ibu bapa muda Malaysia menghadapi tanggungjawab kritikal untuk menjaga kesihatan pergigian anak-anak kecil mereka. Sambutan Hari Raya, biasanya tidak lengkap dengan makanan tradisional yang enak, aneka kuih-muih dengan kandungan gula yang tinggi serta minuman berkarbonat yang menyegarkan selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib Dr Noorhidayah Zainal Aalam Akan tetapi menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menanamkan dan mengekalkan tabiat pergigian yang sihat dan positif di dalam diri anak-anak sejak awal usia. […]

trending_flat

Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 - Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ mendedahkan 60% responden mengutamakan platform yang mempunyai ciri pencarian mudah, fungsi perbandingan, dan review yang membantu, diikuti rapat informasi produk komprehensif dan boleh dipercayai. Ini menekankan kepentingan membina platform mesra pengguna yang dipenuhi dengan kepelbagaian produk, rekomendasi professional, dan review pengguna untuk menawan Gen Z. Mengetengahkan habit mereka yang sering melakukan kajian, 30% Gen Z mempunyai strategi untuk pembelian, di mana mereka menangguh pembelian 70% barangan mereka dengan meninggalkannya di ‘cart’ untuk melakukan kajian menyeluruh sebelum komited untuk membeli. Ini menunjukkan kepentingan dalam membina persekitaran yang mesra kajian yang termasuk menawarkan pelbagai cara untuk mengkaji produk yang merangkumi rekomendasi professional dan memupuk review pengguna. Walaupun kemudahan kajian adalah penting, process ‘checkout’ yang mudah juga sama penting. Apabila ditanya “Apakah yang akan meningkatkan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di New Britain Region, P.N.G

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di New Britain Region, P.N.G pada jam  4:56 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:56 pagi, 15 April 2024Koordinat: 5.8° Selatan 151.0° TimurLokasi: New Britain Region, P.N.GMagnitud: 6.4Jarak: 30km Tenggara dari New Britain Island,PNGKedalaman: 68 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 - Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana. Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang, warna kulit, saiz, majlis, atau musim. Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknologi dan memberi fokus terhadap trend semasa seperti berstrim langsung dan pemasaran affiliate. "Peralihan kepada e-dagang memerlukan kita untuk sentiasa belajar dan […]

trending_flat

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 12:41 pagi hari ini. Semalam ia berlaku pada jam 2:26 petang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:41 pagi, 14 April 2024Koordinat: 1.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.3Jarak: 145km Timur dari Bitung,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Berfesyen di Aidilfitri: Antara keterujaan dan syariat Islam

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Persediaan umat Islam dalam menyambut kedatangan lebaran Aididilfitri yang berbaki tidak kurang dari seminggu merupakan detik yang sering menjadi keutamaan dalam setiap keluarga. Keterujaan dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri sering difokuskan kepada fesyen dan tema bagi setiap ahli keluarga selain daripada juadah yang bakal dihidangkan kepada tetamu. Pelbagai jenis fesyen untuk golongan lelaki, perempuan dan kanak-kanak menjadi titik fokus kepada pengusaha pakaian untuk menghasilkan pakaian dengan pelbagai jenama, fesyen, fabrik dan harga yang berbeza berdasarkan metod jualan sama ada secara atas talian, butik, bazar atau pasaraya. Dr Ariyanti Mustapha Keterujaan umat Islam dalam berbelanja untuk membeli pakaian baru sempena Aidilfitri adalah dituntut dalam Islam sebagai menzahirkan kesyukuran dan kejayaan umat Islam dalam mengharungi ujian berlapar, dahaga dan kepenatan sepanjang beribadah pada bulan Ramadan. Perkara tersebut adalah selari dengan tuntutan menghidupkan Sunnah iaitu berhias dengan pakaian-pakaian cantik […]

trending_flat

MCMC sita telefon dan kad sim pengendali akaun media sosial Mynewshub

CYBERJAYA 13 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan pengendali akaun media sosial MyNewsHub di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor kira-kira jam 8:40 malam semalam. Ia adalah susulan tindakan suspek tersebut memuat naik dan memainkan semula klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial. "Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut. Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dan satu unit telefon bimbit milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan." kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC turut berkata bahawa pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!". "Muat naik kandungan yang mempunyai niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu pihak lain seumpama […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation