trending_flat

Sedekahlah kepada mereka yang berhak

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Tidak kurang juga, dalam bulan Ramadan juga wujud golongan peminta derma, pengemis dan scammer derma yang berkembang biak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini berlaku kerana sifat pemurah masyarakat Islam untuk meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda, dan tiada sistem yang dapat menyusun atur segmen sedekah dan derma secara sistematik berbanding segmen zakat. Biasanya jumlah sedekah lebih besar daripada jumlah zakat fitrah yang dikeluarkan. Ini disebabkan sedekah atau derma tiada batasan jumlah, bersifat sukarela dan tiada batasan penerima secara khusus. Sedangkan zakat fitrah mempunyai […]

trending_flat

Benarkah ‘healing’ atau sebenarnya hilang?

Oleh: Amir Syazwan Abdul Samad, Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Perkataan ‘healing’ kini tidak lagi menjadi asing dalam masyarakat terutamanya golongan remaja. ‘Healing’ itu sendiri merupakan satu perkataan yang membawa maksud “the process of making or becoming sound or healthy again” dan yang dapat diberi makna sebagai menyembuhkan, atau perihal yang membawa kepada penyembuhan atau pemulihan. Amir Syazwan Abdul Samad Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Manusia merupakan makhluk sosial yang setiap harinya pasti akan melakukan interaksi dengan orang lain. Semakin kerap melakukan interaksi dengan orang lain, semakin banyak informasi yang akan diterima. Bahkan, kerapkali informasi tersebut menimbulkan emosi positif mahu pun negatif. Emosi ini juga dapat mempengaruhi dari sudut fizikal dan juga psikologi seseorang. Ketika seseorang merasakan emosi positif mahu pun negatif, maka akan membawa perubahan secara fizikal mahu pun secara psikologi. Hal ini berikutan kemajuan multimedia hanya di hujung […]

trending_flat

Bubur lambuk warnai kebersamaan di kalangan warga PPKI SMK Kota Masai

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi & Nik Nurzayumie Che Mat Zailani KOTA MASAI - Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang sangat popular apabila tiba bulan ramadhan. Kebiasaanya, ia dimasak secara bergotong royong lalu dijadikan menu berbuka puasa bersama atau diagih-agihkan kepada masyarakat setempat. Tidak ingjn melepaskan peluang, barisan pendidik PPKI SMK Kota Masai berganding bahu bergotong royong memasak menu bubur lambuk untuk dikongsikan bersama murid pendidikan khas. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Jamilah Ali menyatakan bahawa program ini termasuk salah satu dari program Ihya Ramadhan yang dianjurkan bersama bagi mewarnai kebersamaan antara guru dan murid di PPKI. “Program ini adalah bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan guru dan murid untuk sama-sama kita indahkan bulan ramadhan dengan nilai kebersamaan dan keharmonian serta kasih sayang antara kita semua,” katanya. Sepanjang bulan ramadhan, PPKI SMK Kota Masai mempersiapkan program-program keagamaan dalam […]

trending_flat

Logo Kasut Mirip Kalimah Allah: MCMC beri amaran jangan sebar Kandungan Bersifat Provokatif

CYBERJAYA 8 April 2024 - Susulan kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). "MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini." tegas MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC turut mengingatkat orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (race, royalty, religion), sebaliknya laporkan kepada […]

trending_flat

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG - Pengetua, Saridah Abdul Majid bersama barisan pendidik SMK Kota Masai meraikan bakal haji dalam kalangan guru dan menyempurnakan penyampaian sumbangan aidilfitri kepada 214 orang pelajar yang terpilih. Majlis berkenaan diadakan sempena Majlis Penutupan Ihya Ramadan yang berlangsung di  Sanggar Ilmu Haji Jamaluddin dan Dewan Sari Bestari SMK Kota Masai. Tidak hanya itu, Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie juga disambut meriah dengan penglibatan keseluruhan guru, murid dan wakil PIBG yang mewarnai ramadan dengan kebersamaan. “Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan guru-guru yang bakal menunaikan haji supaya ibadah yang dijalankan berjalan lancar dan mendapat haji yang mabrur,” katanya. Ramadan adalah bulan keberkatan dimana segala kebaikan yang dibuat akan memperoleh ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Kebersamaan yang dijalin serta ikatan ukhwah yang dijaga menjadi salah satu sifat mahmudah yang membawa kepada asbab […]

trending_flat

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Kota Raja, saya tekankan keperluan untuk kita kembalikan kegemilangan UMNO di Selangor. Dalam PRU 2022, UMNO mencatatkan prestasi terburuknya dalam sejarah. Satu kerusi pun tak menang. Kemudian kita tiba ke PRN. Cuma menang dua kerusi. Kalah teruk lagi. Selepas UMNO Selangor kalah teruk PRN Selangor, saya nyatakan bahawa ini adalah amaran terakhir untuk UMNO Selangor. Kalau keputusan PRN tu masih belum celikkan UMNO Selangor, tak ada apa yang boleh celikkan UMNO Selangor. Sekarang ni dah 8 bulan lepas PRN, masih tak ada apa-apa. Post mortem mendalam? Tak ada. Strategi baru tawan hati rakyat? Tak ada. Jadi, kalau pandangan saya tentang keperluan mendesak untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Selangor tidak diterima, saya kira lebih baik saya tumpukan kepada membantu UMNO di peringkat pusat & di peringkat […]

trending_flat

MCMC Siasat Penyebar Kandungan Palsu Mengenai Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2024

CYBERJAYA, 6 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun. "Semalam, empat (4) daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC. Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut. Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan." kata MCMC. Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu (1) tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Justeru, MCMC […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation