trending_flat

Kutipan Sisa Pepejal Meningkat 3,600 Tan Metrik Pada Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 April 2024 – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”), mencatatkan peningkatan kutipan sisa pepejal sebanyak 3,600 tan metrik pada hari ke 20 di bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun 2023. Jumlah tersebut merangkumi di keseluruhan ketiga-tiga kawasan konsesi di bawah pengurusan Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali, makanan yang tidak dihabiskan atau diusik, yang dijual di bazar-bazar Ramadan merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan sisa selain daripada plastik dan polistren bungkusan makanan. “Pembaziran makanan pada bulan Ramadan dapat dilihat menerusi kenaikan 2,800 tan metrik sampah yang dibawa ke tapak pelupusan dalam sehari, berbanding 2,500 tan metrik sampah pada hari biasa bagi kawasan Kuala Lumpur yang mana, mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di negara ini,” ujar […]

trending_flat

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐠𝐞𝐦𝐩𝐚𝐫 o𝐥𝐞𝐡 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 d𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 b𝐚𝐠𝐢 m𝐞𝐧𝐠𝐞𝐤𝐚𝐧𝐠 s𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 d𝐞𝐦𝐢 s𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 k𝐞 a𝐭𝐚𝐬 𝐊𝐊 𝐌𝐚𝐫𝐭

Oleh Lim Guan Eng Biarpun dengan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, disertai oleh amaran keras oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga pegawai atasan PDRM, kedai KK Mart ketiga telah menjadi sasaran serangan bom molotov. Seri Paduka Baginda sebelum ini telah bertitah agar semua pihak berhenti mengambil kesempatan daripada isu ini, sambil menitahkan bahawa ia harus diserahkan kepada pihak berkuasa. Baginda juga bertitah bahawa telah mengarahkan agar tindakan sewajarnya untuk diambil, maka tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk menyalakan api kemarahan. Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO enggan mempedulikan Titah Diraja ini dan masih meneruskan boikot terhadap KK Mart. Ini adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar bagi seorang pemimpin kerajaan negeri Melaka yang merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan […]

trending_flat

EAIC perkenalkan Talian Whatsapp Aduan salah laku penguat kuasa

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) semalam memperkenalkan saluran alternatif untuk memudahkan orang ramai membuat aduan berhubung salah laku penguat kuasa dengan memperkenalkan TALIAN WHATSAPP ADUAN di nombor seperti berikut: Menurut EAIC, orang awam hanya perlu menaip ADUAN SALAH LAKU dan diikuti dengan nama pengadu, alamat /nombor telefon atau e-mel untuk dihubungi, agensi yang diadukan, butiran aduan beserta lampiran bukti (foto/video/dokumen). Masa bagi operasi talian ialah pada waktu bekerja Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang. "Talian ini hanya akan menerima aduan secara bertulis dan akan memberikan makluman penerimaan aduan tersebut secara automatik sementara ia dirujuk dan diproses lanjut bagi kelulusan awal sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Suruhanjaya. Selain saluran ini, Suruhanjaya masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran yang sedia ada iaitu Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) di Portal EAIC, e-mel aduan@eaic.gov.my dan secara […]

trending_flat

17.65 Juta (58.7%) Profil Warganegara telah dikemaskini di Sistem PADU

PUTRAJAYA, 1 April 2024 - Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas 18 tahun telah berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri di sistem PADU, menjadikan 17.65 juta (58.7%) keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, yang berjaya dikemaskini di sistem PADU. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi lain yang terlibat atas usaha menjayakan pelaksanaan PADU. "Komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan oleh pasukan PADU sejak hari pertama pendaftaran dibuka hingga pendaftaran ditutup. Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan penghargaan saya kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil inisiatif untuk mendaftar PADU." kata Rafizi. Katanya lagi, seterusnya Kementerian Ekonomi akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri […]

trending_flat

Mohamad Rafi Shahzada dilantik Pengerusi Baharu Mara Corporation

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Majlis Amanah Rakyat mengumumkan Mohamad Rafi Shahzada dilantik sebagai Pengerusi baharu subsidiari MARA iaitu MARA Corporation Sdn Bhd berkuatkuasa pada 27 Mac 2024. Pelantikan Mohamad Rafi adalah bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah yang memegang jawatan tersebut sebelum ini. “Pelantikan Pengerusi MARA Corporation yang baharu adalah memastikan potensi dan prestasi syarikat dapat dikembangkan dan dipertingkatkan. Saya memberi harapan kepada beliau atas kapasiti pengalamannya yang luas dalam dunia korporat supaya memastikan pemilikan, penyertaan dan penguasaan agenda Bumiputera dapat diperkasakan sepenuhnya.” kata Pengerusi MARA Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Dr. Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Hamad Kama Piah, mantan Pengerusi MARA Corp atas perkhidmatan beliau bermula Julai 2023 sehingga Mac 2024 yang tidak dinafikan banyak memberikan sumbangan dan manfaat kepada subsidiari MARA. Mohamad Rafi, 57, memiliki kelayakan profesional perakaunan daripada London School […]

trending_flat

Penubuhan Konsortium Penyakit Jarang Jumpa Asean yang pertama seumpamanya diasaskan untuk memacu Akses Saksama kepada Rawatan untuk Komuniti Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia dan selanjutnya

− Penubuhan Konsortium Penyakit Jarang Jumpa ASEAN (ARdC) oleh lima kumpulan sokongan pesakit penyakit jarang jumpa di Asia Tenggara bakal menjadi pemangkin yang memacu kesaksamaan kesihatan untuk komuniti penyakit jarang jumpa di rantau ini.− Kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta dan pemerkasaan pesakit dikenal pasti sebagai elemen penting untuk meningkatkan akses dan kualiti penjagaan dalam rangka pembangunan lima tahun ARdC.− Sidang Kemuncak Penyakit Jarang Jumpa Asia Tenggara (SEA) kedua menekankan keperluan kritikal bagi pelaksanaan polisi akses berpusatkan pesakit untuk memastikan kesaksamaan kesihatan dalam komuniti penyakit jarang jumpa di seluruh rantau.  BANGKOK, Thailand, 1 April 2024 (Bernama) -- Penyakit jarang jumpa menjejaskan kehidupan jutaan orang walaupun ia jarang berlaku. Di Asia Tenggara, dianggarkan seramai 45 juta orang, kira-kira 9% daripada populasi rantau ini, menghidap penyakit jarang jumpa. [i] Persatuan Perubatan Genetik dan Genomik, Persatuan Perubatan Thailand dan Yayasan Penyakit Jarang Jumpa Thai berganding bahu […]

trending_flat

PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri

PUTRAJAYA, 1 April 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan. Bantuan khas kewangan tersebut membabitkan : 1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. 2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. Kata Anwar, bantuan tersebut akan disalurkan seawal 5 April ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation