trending_flat

Dato’ Awang Bemee dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 - Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah telah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Beliau yang merupakan anak jati negeri Sarawak pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah termasuk Mahkamah Persekutuan. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama tiga penggal sebelum ini. Awang Bemee juga merupakan Penasihat undang-undang Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB). Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian serta pernah menyertai kursus dan lawatan sambil belajar di bawah naungan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di United Kingdom dan Australia. 

trending_flat

PETRA pandang serius isu mikroplastik sebagai bahan pencemar baru

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 - Sebagai usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan bahan cemar baharu termasuk mikroplastik, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kualiti air. Menurut Menterinya Dato' Sri Haji Fadillah Yusof, di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, berdasarkan kajian NAHRIM terhadap enam (6) lembangan sungai telah mengumpul data purata kelimpahan mikroplastik di setiap lembangan sungai terpilih dan seterusnya ke laut adalah dipengaruhi oleh aktiviti antropogenik seperti industri dan domestik. Katanya lagi, pada ketika ini masih belum ada had piawaian pematuhan berkaitan bahan cemar baharu mikroplastik di dalam air. Contohnya, proses rawatan air perlu diberi perhatian bagi menjamin kualiti air yang selamat. "Maklumat daripada hasil penyelidikan NAHRIM sangat penting bagi tujuan penambahbaikan dan pengukuhan garis panduan, polisi dan akta sedia ada dalam usaha Kerajaan mengawal pencemaran […]

trending_flat

Buli siber : Kerajaan sedang teliti keperluan gubal undang-undang baharu bersesuaian dengan keperluan semasa

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 - Kementerian Komunikasi bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri (Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Kementerian Digital dalam usaha untuk menangani isu buli siber. Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, satu mesyuarat Berkaitan Isu Buli Siber telah diadakan pada 10 dan 17 Julai 2024. "Mesyuarat pada 17 Julai 2024 telah dipengerusikan secara bersama oleh saya, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Digital serta turut dihadiri YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri. Dalam mesnyuarat ini beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aspek kawal selia, aspek penguat kuasaan, aspek undang-undang, serta isu-isu yang munglin melibatkan perlara-perkata berkaitan dengan […]

trending_flat

Kerajaan serius terhadap perlindungan data peribadi – Gobind

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 - Kerajaan telahpun hari ini membentangkan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pindaan ini menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius masalah ketirisan data peribadi. Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo di dalam sidang media di Parlimen hari ini, dalam tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, statistik jumlah aduan yang diterima menunjukkan trend peningkatan sebanyak 5.1% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Katanya sebanyak 322 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi telah diterima oleh Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP). Sebanyak 157 aduan telah diterima pada suku keempat tahun 2023 manakala 165 aduan diterima pada suku pertama tahun 2024. "Bagi statistik pelanggaran data peribadi secara khususnya, trend meningkat dengan lebih ketara iaitu sebanyak 41% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Pada suku keempat tahun 2023, Pejabat Pesuruhjaya PDP telah menerima sebanyak 27 notifikasi pelanggaran […]

trending_flat

Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 hala tuju industri buluh

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 - Bagi memastikan industri buluh negara terus dipertingkatkan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Industri Perkayuan Negara (MTIB) telah menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 sebagai hala tuju. Menurut Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sidang Dewan Rakyat hari ini, pelan tindakan itu memberi tumpuan kepada 5 teras strategik pembangunan iaitu: Pengukuhan Dasar dan Perluasan Sumber; Peningkatan Modal Insan, Kepakaran dan Kapasiti; Pengukuhan Inovasi, Teknologi dan R&D&C (Research, Development & Commercialization); Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti; dan Pengukuhan Strategi Pemasaran dan Perkongsian Pintar. "Di bawah Pelan ini juga, Kementerian menyasarkan pengembangan pasaran eksport dan penggunaan domestik buluh sehingga RM85 juta menjelang tahun 2030. Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh pada tahun 2023 berjumlah RM20.1 juta berbanding pada tahun 2022 sebanyak RM13.7 juta. Ini menunjukkan peningkatan 47.2% daripada tahun sebelumnya. Produk buluh […]

trending_flat

Tanggungjawab bina dan selenggara parit di bawah PBT

KUALA LUMPUR 9 Julai 2024 - Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato' Sri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa pengurusan sistem saliran dan perparitan diuruskan oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuklah juga lain-lain agensi dan pemaju berkaitan. Menurut Fadillah di sidang Dewan Rakyat pagi ini, merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah PBT. "Walau bagaimanapun, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan sentiasa bekerjasama dengan agensi terbabit dalam memastikan sistem saliran dapat berfungsi dengan baik. Bagi tujuan pelarasan di peringkat institusi, Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah menggariskan pembahagian tanggungjawab di antara PBT dan JPS. Semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan atau perbandaran adalah dibawah tanggungjawab PBT manakala sistem saliran semulajadi […]

trending_flat

Lima inisiatif cepatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2024 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa memastikan buah-buahan tempatan yang bernilai tinggi dapat dieksport ke pasaran luar negara. Menurut Menterinya,  Datuk Seri Haji Mohamad Sabu di Dewan Rakyat hari ini, usaha untuk mengeksport buah durian segar dari Malaysia ke China telah bermula sejak 3 Mac 2023 setelah akses pasaran buah nangka segar berjaya diperolehi daripada General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC). Katanya dalam usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China, KPKM dan Jabatan Pertanian (DOA) telah mengambil inisiatif seperti berikut: Pertama: mengadakan rundingan secara berterusan dengan GACC; Kedua: menandatangani Kenyataan Bersama (Joint Statement) antara KPKM dan pihak GACC pada 6 Oktober 2023 untuk mengukuhkan komitmen supaya mempercepatkan akses pasaran produk pertanian termasuk buah durian segar ke China; Ketiga: menganjurkan lawatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation