Hikmah Mengingati Kematian Dari Perspektif Islam
Oleh: 1Siti Jamilah Mohd Sukri dan 2Nadiah Mohd Noor Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui kematian dan bakal meninggalkan dunia yang fana ini tidak kira pangkat, status atau darjat yang dimiliki. Persoalannya, bersediakah kita untuk menghadapi saat-saat ini? Lebih-lebih lagi kematian merupakan rahsia Allah SWT yang tidak mempunyai amaran mahupun tanda sebelum ianya menjemput. Bagi umat Islam terutamanya, beriman dengan qadha' dan qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib diimani. Salah satunya ialah kematian yang dirahsiakan oleh Allah SWT. Allah SWT merahsiakan kematian untuk menguji tahap keikhlasan seseorang individu dalam melaksanakan sesuatu amalan soleh sama ada dikerjakan semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya atau ada niat tersembunyi disebaliknya. Namun, tidak bermaksud bahawa seseorang Muslim tidak dibenarkan berniat untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan demi mengubah nasib hidup atau mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Namun, alangkah beruntungnya, jika seseorang individu berniat untuk mendapatkan […]