trending_flat

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah sesuatu yang kita semua alami, terutamanya di tempat kerja dewasa ini. Salah satu karakter yang semakin banyak ditemui dan sering menimbulkan cabaran unik di persekitaran kerja ini adalah narsisisme. Namun apakah sebenarnya narsisisme? Secara ringkasnya, menurut Gerald Corey di dalam bukunya yang sering dijadikan buku teks jurusan kaunseling, “Theory and Practice of Group Counseling,” narsisisme bermaksud sikap seseorang yang menganggap hanya mereka yang benar-benar penting, yang mahukan banyak pujian, dan yang tidak mengambil berat tentang perasaan orang lain. Individu yang mempunyai sifat narsistik sering memberi tumpuan kepada dirinya sendiri, dan sentiasa mencari perhatian dan validasi dari persekitaran sekelilingnya. Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Walaupun sikap narsisisme kadangkala boleh disalah anggap sebagai sikap seseorang yang mempunyai keyakinan atau motivasi diri yang tinggi, karakter ini sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang […]

trending_flat

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan mampu mencetuskan idea-idea baharu. Tanpa kebebasan akademik juga, masyarakat di sekitar universiti tidak akan menerima manfaat hasil kewujudan universiti. Dr. Abdul Muqit Muhammad Namun, selama puluhan tahun, masyarakat universiti di Malaysia, khususnya ahli akademik dan mahasiswa telah dibungkam dalam era kegelapan pasca pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mula diperkenalkan pada tahun 1971. Tidak dapat disangkal lagi, bahawa benarlah AUKU telah meninggalkan luka yang besar terhadap mahasiswa sehingga kesannya terlihat sehingga ke hari ini. Meskipun begitu, wajarkah beban kesalahan tersebut diletakkan sepenuhnya kepada AUKU? Meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap AUKU yang menyebabkan kesuraman daya fikir mahasiswa ialah pandangan yang terlalu dangkal dan bermudahan. Sedangkan AUKU tidak pernah dan tidak mampu menghalang mahasiswa dari berfikir dan berwacana, namun sejauh manakah […]

trending_flat

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi seorang guru yang berkesan bukan sekadar tentang menyampaikan fakta-fakta atau mengajar kemahiran akademik semata-mata. Lebih daripada itu, seorang guru yang berkualiti adalah mereka yang mempunyai sahsiah mulia. Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Sahsiah mulia merangkumi keseluruhan watak dan nilai-nilai yang dimiliki oleh seorang guru. Ia meliputi aspek-aspek seperti kejujuran, kesabaran, empati, dedikasi, dan teladan yang baik. Guru yang mempunyai sahsiah mulia bukan sahaja memperkaya pengetahuan murid-murid mereka, tetapi juga membentuk karakter mereka untuk menjadi individu yang bermoral dan bertanggungjawab. Salah satu aspek terpenting dalam sahsiah mulia seorang guru adalah kejujuran. Guru yang jujur tidak hanya mengamalkan kejujuran dalam aspek akademik, tetapi juga dalam setiap interaksi dengan murid, ibu bapa dan rakan sekerja. Mereka menjadi contoh teladan bagi murid-murid dan membentuk budaya […]

trending_flat

Hargai ibu selagi ada

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Dalam institusi keluarga, ibu memainkan peranan yang penting. Ibaratnya, ibu merupakan madrasah atau sekolah yang pertama bagi anak-anak dan bapa sebagai mudir atau pengetua. Ibulah yang menjadi guru pertama untuk mengenal Allah dan Nabi. Ibu yang mengajar anak mengenal dan menyebut huruf, perkataan dan pertuturan. Ibu juga membesarkan dan merawat anak-anak dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada galang ganti dan membawa ke syurga. Tangan yang menghayunkan buaian mampu menggegarkan dunia dengan hasil hayunannya. Begitu besar jasa ibu dalam menguruskan rumahtangga dan kemenjadian anak-anak. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Apa yang menyedihkan dalam masyarakat kini, jasa ibu seringkali dilupakan. Ibu tidak dihormati dan disayangi oleh anak-anak, malah dalam sesetengah kes ibu mengalami pengabaian dan penderaan. Terdapat anak yang tergamak menjadikan ibunya umpama orang gaji dan pembantu rumah. Ada anak yang membuang ibunya […]

trending_flat

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah ditayangkan di kaca televisyen bermula bulan Ramadan yang lepas. Drama ini membawa mesej yang mendalam tentang hakikat seorang individu khunsa menghadapi rintangan kehidupan yang sukar akibat tindakan drastik si ayah ketika beliau masih bayi. Kisah ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai interseksualiti atau umum mengenalinya sebagai ‘khunsa’. Dr. Mohd Salim Mohamed Khunsa merujuk kepada “intersex”, “pseudohermaphroditism”, “hermaphroditism”, dan “sex reversal” atau istilah perubatannya iaitu kelainan perkembangan seksual “(differentiation of sex development” atau “disorders of sex development”(DSD)). Pemahaman masyarakat Malaysia mengenai hakikat interseksualiti masih agak sempit dan kadangkala terkhilaf dengan menyamakannya dengan transeksualiti atau kecelaruan jantina sosial seperti mak nyah, pondan dan lelaki lembut. Malah, istilah yang diperkenalkan sejak 1999 iaitu “LGBTIQ” (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex, Questioning) yang turut memasukkan kategori interseks ke dalam kelompok […]

trending_flat

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai yang mempamerkan kekayaan material dan harta benda di media sosial. Namun, trend ini telah berubah. Kini, ramai yang mula berlumba-lumba untuk berkongsi kebahagiaan mereka di platform media sosial masing-masing, terutamanya mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Adakah media sosial telah menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga? Memperlihatkan kebahagiaan di media sosial seharusnya bermula daripada hati setiap individu. Jika perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang lain, ia mungkin tidak salah. Tetapi, masalah akan timbul apabila perkongsian itu menjadi berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan meluat dan iri hati. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika seorang individu yang pernah menghadapi kesukaran dalam hidupnya untuk berkongsi kata-kata motivasi dengan tujuan mendorong orang lain untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian kepada […]

trending_flat

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena tidak berbalik yang berupaya menjejaskan struktur ekonominya seperti berlakunya peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa. Perkara ini ditambah lagi dengan berlakunya peningkatan kos pengeluaran bagi suatu barangan yang akan mendorong kepada peningkatan kadar keberhutangan seseorang individu sehingga mampu untuk mendatangkan ancaman kesejahteraan kepada keadaan kewangan individu tersebut. Dr. Nurul Ashikin Alias Selain itu, kebanyakan daripada individu juga hidup dalam keadaan menanggung hutang, sama ada hutang peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan juga hutang-hutang yang lain. Bagaimanapun ia bukanlah suatu hal yang buruk jika pengurusan hutang tersebut mampu dikawal dengan baik. Apa yang menjadi kerisauan adalah apabila seseorang individu tersebut berhutang di luar dari batas kemampuannya. Disebabkan faktor inilah menunjukkan betapa pentingnya literasi kewangan yang tepat diperlukan oleh seseorang individu. Berdasarkan pemerhatian di kalangan golongan belia Malaysia, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation