trending_flat

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan Pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan dan mencalar imej Malaysia untuk menjadi hub Pendidikan antara terbaik di Asia Tenggara dan dunia amnya. Laporan menunjukkan seolah-olah Malaysia masih berada di takuk yang lama sekalipun suku abad pertama telah pun hampir tamat dan negara sedang bersedia untuk menghadapi suku abad kedua di abad ke-21 ini. Dr Abd Razak Zakaria Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia tersebut agak negetif merujuk kepada kualiti pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat. Enrolmen yang tinggi di prasekolah dan sekolah rendah namun murid-murid dilihat masih tidak menunjukkan kesediaan untuk belajar dan penguasaan mereka terhadap kemahiran asas sangat rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam misi mencapai zero defect dalam membekalkan pendidikan berkualiti seharusnya melihat kembali akan standard pembelajaran yang digariskan dalam mencapai objektif pendidikan […]

trending_flat

Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah

Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur-Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang menyatukan unsur-unsur pendidikan (didik) dengan elemen hiburan dalam satu aktiviti atau pengalaman pembelajaran. Dalam konteks ini, kegiatan pendidikan tidak hanya dipandang sebagai proses yang terlalu serius dan formal, tetapi juga sebagai suatu pengalaman yang menggembirakan dan merangsang minat serta keinginan untuk belajar. Pendekatan ini juga membuat pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat membantu murid memahami dan mengingati maklumat dengan lebih baik. Aktiviti-aktiviti dalam didik hibur yang dijalankan mungkin tidak hanya memfokuskan kepada penyampaian fakta dan konsep, tetapi juga melibatkan interaksi sosial dan kreativiti. Dr. Abd. Aziz Rekan Hafeezur-Rahman Awel Dengan cara ini, pembelajaran menjadi lebih menyeluruh dan berkesan, serta membantu mengembangkan pelbagai aspek kemahiran dan kepintaran murid. Dalam konteks pendidikan moden, didik hibur merupakan kaedah penting kerana setiap murid dianggap mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dan salah satunya adalah […]

trending_flat

Hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Mutakhir ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan masih bertelagah isu lama yang diulangsiar saban hari seperti isu khilafiyyah dengan tema bid’ah, dan isu semasa seperti boikot dan serangan Iran ke atas Israel. Ramai agamawan sahut menyahut dalam merespons dan memberi pandangan walau sebahagiannya tidak mempunyai kepakaran dan ilmu berkaitan. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Sedangkan setiap bidang ilmu, ada pakar yang memiliki kepakaran yang khusus. Begitu juga dengan bidang agama, ada bidang-bidang kepakaran yang khusus. Dalam pengajian Islam, pada dasarnya terdapat tiga komponen bidang utama, iaitu pengajian Syariah, Pengajian Usuluddin, Pengajian Tasawwuf atau akhlak serta bidang-bidang lain yang berkaitan seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Bidang pengajian Islam kini telah berkembang secara dinamik, lebih kompleks dan berfokus. Berbeza dengan ketekunan dan kemampuan ulama zaman silam […]

trending_flat

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong Kah Woh, memaklumkan berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran pada peringkat sekolah rendah pada tahun 2023 hanya 0.06 peratus berbanding 0.07 peratus pada tahun sebelumnya, manakala bagi peringkat sekolah menengah adalah 0.83 peratus berbanding 0.99 peratus. Statistik menunjukkan kadar keciciran murid dalam pelajaran menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dr. Samsul Farid Samsuddin Antara faktor pencapaian ini adalah strategi serta pembaharuan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam usaha untuk mengurangkan jurang pendidikan oleh KPM. Ini termasuk menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan pada tahun lalu. 13 jenis bantuan merupakan bantuan khusus, manakala 5 jenis merupakan bantuan umum yang diagihkan kepada murid tercicir akibat kemiskinan. Jenis-jenis bantuan yang diberikan adalah seperti Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan […]

trending_flat

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka umat Islam seluruh dunia akan beralih kepada puasa enam di bulan Syawal. Ini kerana puasa ini mempunyai kelebihan yang amat banyak sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim). Walau bagimanapun bukan setiap insan mempunyai waktu dan kelapangan yang mencukupi untuk melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Ada yang masih belum mengqadakan puasa Ramadan yang ditinggalkan sama ada disebabkan halangan haid, kesihatan, pekerjaan berat mahupun kesulitan tertentu. Persoalannya adakah mereka yang masih berhutang puasa Ramadan boleh melaksanakan puasa sunat Syawal sebelum melaksanakan qada puasa Ramadan ataupun wajib melaksanakan qada puasa Ramadan terlebih dahulu kemudian baharu melaksanakan puasa sunat Syawal. Begitu juga sah atau tidak niat menggabungkan puasa sunat Syawal dengan […]

trending_flat

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI telah memberi impak yang besar kepada seluruh kehidupan manusia secara global untuk mula mempelajari dan mengenalpasti kepentingan AI dalam kehidupan. Dr Ariyanti Mustapha Penggunaan teknologi AI yang mula berkembang sejak penyebaran wabak COVID-19 telah memberi impak kesedaran kepada semua masyarakat tentang kepentingan mendalami ilmu kecerdasan buatan yang telah mula digunakan dalam bidang pendidikan melalui pembelajaran secara atas talian, perubatan dan perniagaan dalam talian. Tanpa disedari, penggunaan AI telah mula menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia mula membuka minda masyarakat untuk melihat aspek positif yang boleh didapati hasil daripada penggunaan AI dalam pelbagai bidang kehidupan. AI Untuk Rakyat atau AI For Rakyat merupakan sebuah platform yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia yang boleh dicapai melalui pautan www.ai.gov.my. Ia merupakan sebuah platform untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar […]

trending_flat

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam masih lagi berpecah dan berselisih, serta gagal mencari titik temu dalam mewujudkan perpaduan bersama. Tidak kira isu fundamental atau isu cabang, tiada persepakatan dalam kalangan mereka, sama ada pada peringkat agamawan atau orang awam. Masing-masing ingin menjadi jaguh dengan pandangan tersendiri. Ketika para agamawan masih bertelagah dalam isu-isu khilafiyyah, maka masyarakat awam hanyut dalam memahami agama, juga mencari pendekatan dan cara untuk menjadi orang yang beragama. Mereka seolah hilang punca dan rujukan dalam beragama. Misalnya, ada sebilangan orang awam yang gemar mencampuri urusan hukum, sebilangan yang lain suka menjatuhkan hukum kepada orang, sebilangan cenderung kepada pandangan pelik hingga mengabaikan keputusan pihak berkuasa agama. Tidak kurang, ada juga kelompok yang anti kepada elemen Sunnah dan berbau agama dengan label Arabisasi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Lebih lanjut, segelintir […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation