Membakar surau dan masjid mencemar keharmonian beragama Malaysia MADANI
Oleh: Dr. Atifah Ahmad Yusoff Baru-baru ini, berlakunya perbuatan khianat membakar masjid dan surau di Sri Medan, Johor. Perbuatan khianat ini adalah perbuatan terkutuk yang kesannya bukan hanya kepada perasaan individu, tetapi kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam. Perbuatan provokasi ini melibatkan institusi agama iaitu rumah ibadah yang merupakan tempat suci untuk beribadah bagi penganut beragama Islam. Dr. Atifah Ahmad Yusoff Larangan provokasi dan menghina rumah ibadah adalah sangat dilarang oleh Islam. Hal ini kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama lain dan akan menyebabkan mereka bertindak balas dan mencela Islam kembali. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.” (Surah al-An‘am: 108) Rasulullah SAW sangat memahami sensitiviti keagamaan ini. Nabi memerintahkan untuk menghormati segala rumah ibadat dan […]