trending_flat

Senyumlah di musim perayaan

Oleh: Dr. Zubaidah Zanul Abidin, Prof. Madya Dr. Nosizana Mohd Salleh, Prof. Madya Dr. Lim Ghee Seong Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai sambutan perayaan hasil dari kepelbagaian kaum di dalam masyarakat. Antara perayaan yang diraikan oleh masyarakat di Malaysia ialah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan Krismas. Setiap kali hampirnya musim perayaan, bukan sahaja pusat membeli belah yang diserbu oleh rakyat Malaysia, malah klinik pergigian juga menerima ramai pesakit. Dr. Zubaidah Zanul Abidin Prof. Madya Dr. Nosizana Mohd Salleh Prof. Madya Dr. Lim Ghee Seong Dalam kita bergembira menyambut hari-hari yang berbahagia ini, sedarkah kita bahawa di antara kita terdapat individu yang sentiasa mengelak daripada berjumpa dengan tetamu atau bergambar bersama-sama ahli keluarga di musim perayaan? Masalah ini kerap dihadapi oleh individu yang telah kehilangan gigi, terutamanya bagi mereka yang telah […]

trending_flat

Susu ibu: Keajaiban alam yang tidak terbanding

Oleh: Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ibu-ibu berkerjaya sudah pasti mempunyai kekangan untuk menyusukan bayi secara langsung, atau ‘direct latching’, dan terpaksa memerah susu ketika di tempat kerja. Susu ini selalunya akan disejukbeku dan diberikan kepada bayi saat diperlukan. Ekoran ini, akan timbul situasi dimana ada kemungkinan susu yang diperah pada waktu siang, akan diberikan kepada bayi pada waktu petang atau malam, dan juga sebaliknya. Tahukah anda bahawa, sama seperti tubuh manusia, susu ibu juga mempamerkan sifat ritma sirkadian atau jam biologi? Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ritma sirkadian ialah jam biologi atau satu aturan masa dalam tubuh manusia yang berjalan mengikut rutin kitaran siang dan malam selama 24 jam. Pengaturan secara dalaman ini melibatkan pelbagai peringkat biologi, termasuk molekular, selular, sistem dan juga tingkah laku manusia. Penetapan ritma sirkadian ini penting untuk fungsi optimum tubuh manusia. Perkembangan bayi dari […]

trending_flat

Melihat Ke Hadapan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Bukan Dari Sisi Perkauman

Oleh Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, Pengerusi BERSIH Isu Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sering dilihat panas apabila ia sering dilihat dari sisi perkauman. Mana tidaknya, secara sejarah ia dikaitkan dengan insiden-insiden yang dianggap mengganggu kestabilan politik negara khususnya pada era 1960-an yang akhirnya membawa kepada pergantungan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1965 seterusnya dihentikan pada tahun 1976 apabila kerajaan menggubal Akta Kerajaan Tempatan menyebabkan pilihan raya kerajaan tempatan dimansuhkan. Kekhuatiran ini timbul bila mana kawasan bandar sering dikaitkan dengan kawasan yang didominasi secara besar oleh kaum Cina seolah kaum Melayu akan hilang kuasa mentadbir bandar. Saya fikir dalam konteks semasa, demografi bandar sudah tidak sama dengan tahun 1960-an memandangkang pada zaman tersebut kita mewarisi barah pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah Inggeris yang sengaja membiarkan kaum Cina berada di Bandar, Melayu di Kampung dan India di ladang getah. Melihat […]

trending_flat

Melayu dan Islam tak perlu tersinggung kenyataan Lim Kit Siang, sebaliknya…

Oleh Sheikh Umar Bagharib bin Ali Pandangan Tan Sri Lim Kit Siang (LKS) tidak salah. Bahkan pandangan LKS bagi saya adalah pandangan yang 'berperlembagaan'. Orang Melayu dan Islam tidak perlu risau. Kerana perlembagaan juga telah menetapkan garis-garis jelas berkaitan soal 'Melayu', 'Islam' serta hak keadilan yang mesti diberikan kepada semua kaum di negara kita. Sheikh Umar Bagharib bin Ali Untuk orang Melayu, isu paling utama bagi saya ialah mencari jalan bagaimana melahirkan para pemimpin Melayu yang jujur, adil, berintegriti serta mampu melonjakkan ekonomi negara. Malaysia harus bangkit lebih tinggi dan menjadi negara yang disegani. Bukan bertelagah tentang kenyataan LKS! Untuk orang Islam, kepimpinan terkait rapat soal kompetensi dan intergriti. Sarjana Islam Ibnu Taimiyyah menyebutnya sebagai 'Al-Quwwah' dan 'Al-Amanah'. Al-Quwwah bermaksud kepakaran dan kemampuan dalam mengendalikan bidang kuasa yg diberikan. Al-Amanah pula menurut Al-Mawardi ialah taqwa kepada Allah dan tidak menjual […]

trending_flat

Seruan Tindakan Malaysia seterusnya: Mencari Keadilan untuk Rakyat Palestin di ICJ di samping menyokong usaha lain di ICC

Saya menyeru kepimpinan Kerajaan Malaysia yang arif ini untuk bertindak sekarang memulakan prosiding mengheret Israel ke hadapan ICJ, pada masa yang sama menyokong usaha-usaha rakan kongsi kita berurusan dengan ICC, bukan hanya untuk orang-orang Palestin, tetapi juga atas nama integriti PBB dan nama kemanusiaan. Howard Lee ________________ Setakat 13 Disember, lebih 18,400 orang Palestin telah dibunuh secara kejam, dengan lebih 8,000 antaranya terdiri daripada kanak-kanak; 10,000 lagi (45 peratusnya wanita dan kanak-kanak) masih lagi hilang tanpa jejak; 1.9 juta dipindahkan secara paksa; dan 306, 500 kediaman habis ranap: begitulah angka korban dan kerugian yang semakin meningkat setiap detik berlalu di Gaza. Tidak kurang daripada 800 kilang-kilang dan lebih daripada 126 kemudahan kerajaan, 277 sekolah, 306 masjid, 7 gereja, 22 hospital, 110 klinik, dan 102 ambulans telah menjadi sasaran pemusnahan yang dikemudi oleh Rejim Zionis Israel. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai - […]

trending_flat

Mengurus pembaikan bangunan selepas banjir perlukan ilmu

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Saban tahun, kejadian banjir menjadi tajuk berita yang biasa kita dengar pada musim tengkujuh. Selain dari risiko terhadap nyawa manusia dan kerosakan harta benda, banjir juga mendatangkan masalah kepada pemilik rumah dan premis yang terpaksa mencuci bangunan mereka selepas setiap episod banjir berlaku. Bergantung kepada jenis struktur dan juga kadar kerosakan, terdapat cara yang betul untuk mencuci bangunan yang terjejas akibat terendam dalam tempoh banjir bagi memastikan ketahanan struktur dan fabrik bangunan dalam jangka masa panjang. Cara pencucian dan pembaikan yang betul juga dapat mengelakkan masalah kepada kemasan yang diperbaharui selepas pencucian dan pembaikan yang dijalankan. Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Kebanyakan struktur bangunan di Malaysia dibina menggunakan sistem struktur konkrit bertetulang dengan fabrik bangunan yang diperbuat daripada bata dan plaster yang dicat. Dalam keadaan banjir, struktur sebegini berpotensi untuk menyerap air banjir kerana […]

trending_flat

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini, bumi Gaza sudah ibarat padang jarak padang tekukur. Cebisan daging dan darah dapat dilihat di mana-mana. Semua bangunan yang menjadi tempat penduduk mendapat perlindungan dan manfaat seperti kediaman, tempat ibadah, hospital, sekolah dan sebagainya sudah hancur lumat akibat dibedil dan dibom. Dr. Nurul Husna Mansor Dr. Azmawaty Mohamad Nor Tidak lagi dapat disaksikan kanak kanak berlari lari keriangan, tidak lagi kelihatan kaum ibu saling bertegur sapa sambil membersihkan debu-debu di sekitar halaman rumah, tidak ada lagi sekumpulan bapa-bapa yang bekerja keras membanting tulang mencari nafkah buat isi rumah. Yang ada hanyalah tangisan dan raungan lantaran kehilangan insan tersayang. Segala yang dimiliki musnah dan lenyap sekelip mata. Yang berbaki hanyalah sisa runtuhan, kenangan dan trauma yang sangat mendalam kepada insan yang ditinggalkan. Dari sudut pandang psikologi, trauma yang dialami […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation