trending_flat

Luluskan Segera RUU Kawalan Produk Merokok 2023

Kumpulan Penyelidik Ketagihan Nikotin (NARCC) di Universiti Malaya (UM) memandang serius kecemasan yang melanda negara ini berhubung penggunaan vape dan rokok elektronik di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kami tidak boleh lagi berdiam diri melihat peningkatan drastik dalam penggunaan vape oleh generasi muda yang digembar-gemburkan sebagai sumber pendapatan baru dan cara berhenti merokok. Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, ketua koordinator NARCC dan pakar perunding kanan psikiatri UM, menegaskan bahawa tidak ada bukti kukuh menyokong vape sebagai terapi berhenti merokok sementara banyak lagi cara berhenti merokok yang bertauliah masih belum dimaksimakan. Hasil daripada kajian kohort di Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenai “Incidence of E-Cigarette or Vaping Product Use Associated Lung Injury (EVALI) among the Severe Acute Respiratory Infections (SARI) Patients” pada tahun 2021, yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Wong Chee Kuan, Dr Farizah Mohd Hairi, Dr Noraryana Hassan, Dr […]

trending_flat

Tetapkan takat tanggungjawab jenayah sivil dan syariah juvana demi siasah syar’iyyah negara

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin, Dr. Hanira Hanafi Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan kanak-kanak dan remaja di negara ini semakin membimbangkan. Laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana telah meningkat sebanyak 37.5 peratus pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya. Disember 2019 turut mencatatkan kes penangkapan 4 orang remaja bawah umur yang telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh atas pertuduhan berasingan melibatkan kes jenayah seksual. Terbaru, tular di media sosial satu rakaman video seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang didakwa telah memaksa rakan sejantinanya untuk melakukan tindak seksual ke atasnya. Dr. Siti Aisyah Samudin Dr. Hanira Hanafi Laporan dan statistik ini hanya sebahagian dari ribuan kes lain yang berjaya dilaporkan. Dianggarkan, banyak lagi kes seksual lain melibatkan pesalah bawah umur yang tidak dilaporkan atas beberapa faktor antaranya penglibatan maruah, wujud […]

trending_flat

Maulidurrasul agenda penyatuan ummah MADANI

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Saban tahun, umat Islam tidak terlepas untuk menyambut kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW apabila tibanya bulan Rabiulawal. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun, telah masyhur dalam kalangan hampir keseluruhan umat Islam sebagai tarikh keramat untuk diingati dan dihayati tentang kelahiran junjungan mulia tersebut. Sebagai tanda ingatan, umat Islam akan mengadakan pelbagai bentuk majlis bagi meraikan kelahiran Baginda SAW. Ada dalam bentuk ceramah, kuliah agama, aktiviti dakwah dan sebagainya lagi sebagai salah satu bentuk sambutan dan meraikan maulidurrasul tersebut. Ada pihak masjid yang mengambil peluang ini dengan menjemput penceramah tersohor, ada yang fokus kepada majlis selawat, dan ada juga yang menjalankan aktiviti gotong-royong menyediakan jamuan makanan. Semua itu dilakukan sebagai salah satu bentuk untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada Nabi SAW, melalui semangat kerjasama antara penduduk dan masyarakat setempat. Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Walau bagaimanapun, […]

trending_flat

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam kerangka hidup yang aman dan sejahtera. Sejahtera fizikal, mental serta spiritual. Hakikat kejadian Rasulullah SAW sebagai manusia sebenarnya sama dengan kita umatnya, namun berbeza kedudukan di sisi Allah SWT; di mana Rasulullah SAW adalah kekasih dan utusan Allah SWT kepada seluruh alam. Dr. Aizan Ali@Mat Zin Allah SWT telah menegaskan bahawa manusia ini dijadikan lemah (Surah al-Nisa:28), bersifat panik dan keluh kesah apabila ditimpa keburukan (Surah al-Ma’arij: ayat 19-20). Walau bagaimanapun, Allah SWT tidak membiarkan kita tertanya-tanya; bagaimana kaedah yang terbaik untuk menguruskan emosi yang panik dan keluh kesah? Justeru dalam ayat 22-23 surah yang sama, dinyatakan dengan jelas penawar yang paling mujarab iaitu solat. Orang yang istiqamah mendirikan solat dalam kehidupan sehari-hari akan terselamat daripada penyakit emosi: panik dan keluh kesah yang menggugat kesejahteraan mental dalam kehidupan […]

trending_flat

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir mengkafir kepada saudara seagama telah muncul seawal era sahabat. Khawarij merupakan kumpulan pertama yang muncul mengkufurkan mereka yang tidak sealiran pandangan dengan mereka. Gejala seperti ini berterusan sehingga ke masa kini. Ia lebih genting apabila wacana tentang kafir, munafiq, fasiq dan lain-lain diukur nilai menurut lensa politik dan bukannya menurut perspektif akidah yang sahih. Gejala ini lebih berleluasa dengan perkembangan media sosial di mana wacana tentang hukum akidah ini dibahas pula oleh orang awam yang majoritinya tidak berkeahlian dan cenderung pula kepada perspektif pegangan politik yang tertentu. Walau apapun bentuk perkembangannya, faktor utama kepada gejala kafir-mengkafir ini berlaku apabila salah faham terhadap maksud nas sama ada dalam al-Quran dan juga hadis. Dalam ajaran Islam, selain nas sebagai sumber agama, kaedah dalam memahami nas juga adalah setara penting bagi […]

trending_flat

Kesedaran awal ibu bapa bantu optimum potensi anak OKU

Oleh: Dr. Hanira Hanafi Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, OKU bermaksud “termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”. Dr. Hanira Hanafi Berdasarkan data terkini (sehingga 31 Januari 2023) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, golongan OKU yang paling ramai mendaftar adalah dari kategori OKU Masalah Pembelajaran iaitu seramai 235,751 orang. Golongan ini merupakan mereka yang mempunyai masalah berikut samada secara ringan, sederhana atau teruk: Global Developmental Delay (GDD), Sindrom Down, Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD), Autisme (Autism Spectrum Disorder), Kurang Upaya Intelektual dan Specific Learning Disability (Specific LD - Dyslexia Dyscalculia Dysgraphia). Golongan OKU Masalah Pembelajaran adalah golongan yang paling berisiko kerana kebanyakan anak-anak dari kategori ini kelihatan normal dari segi rupa paras mereka. Ini menyebabkan ramai ibu-bapa tidak menyedari […]

trending_flat

Ke mana lulusan KV hendak pergi?

Oleh: Dr. Abd. Razak Zakaria Sekolah Menengah vokasional (SMV) merujuk kepada sekolah-sekolah yang menawarkan latihan kemahiran berbanding pendidikan akademik. Pada awal penubuhannya pada tahun 1964, pendidikan vokasional lebih ditumpukan kepada murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah supaya mereka tidak terus tercicir daripada arus pendidikan perdana. Walau bagaimanapun, perubahan dasar baru kerajaan telah mengangkat pendidikan vokasional ke tahap yang lebih tinggi dan tidak lagi dianggap pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua. Dr. Abd. Razak Zakaria Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah meletakkan pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu bidang teras yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkualiti serta memenuhi hasrat negara dalam melahirkan ramai tenaga kerja mahir. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Teknik dan Vokasional berusaha menjayakan misi ini dengan memperkasakan lagi bidang Teknik dan Vokasional melalui […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation