trending_flat

Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang: Pesta Rakyat Penuh Inovasi dan Semangat Komuniti di Miri

oleh: Cik Saedah Manaf sumber gambar:https://www.facebook.com/K.PETRAMalaysia Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang telah melabuhkan tirainya dengan meriah pada hari Ahad lepas selepas tiga hari berlangsung di Pekarangan Boulevard Miri. Program ini bukan sahaja telah berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung dari seluruh Sarawak, malah memberi kenangan indah dan manis semua pengunung apabila mereke dihidangkan dengan gabungan elemen kesejahteraan rakyat, inovasi teknologi, dan semangat komuniti sepanjang program berlangsung. Dari awal lagi, suasana di sekitar lokasi acara mencerminkan keterujaan yang dirasai oleh setiap pengunjung. Berjalan di sekitar karnival, para tetamu disambut dengan deretan food trucks, kedai Jualan Rahmah, dan Sarawak Kitchen yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan. Tidak ketinggalan, coffee corner yang menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati kopi lazat sambil menikmati suasana yang meriah. Program ini juga telah membawa lebih daripada 200 perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan terus kepada rakyat, memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat […]

trending_flat

Menanggapi permasalahan kehidupan dari kacamata Islam

Oleh: Mohammad Baihaqi bin Md Yusnan Pernahkah anda ditanya soalan ini: Gelas itu separuh penuh atau separuh kosong? Apakah jawapan anda? Kedua-dua jawapan yang diberikan menggambarkan cara fikir seseorang terhadap sesuatu isu. Dalam konteks soalan ini, ia menggambarkan bagaimana seseorang melihat, memerhati, dan menanggapi makna di sebalik penuh atau kosongnya air di dalam gelas tersebut. Situasi ini boleh dikiaskan dengan pelbagai keadaan, pilihan, dan permasalahan harian kita. Dalam usaha menjawabnya, beberapa kefahaman penting perlu diluruskan terlebih dahulu. Kepentingan persoalan ini Mereka yang optimis sentiasa akan melihat gelas tersebut separuh penuh. Ini adalah kerana kecenderungan semulajadi yang mereka telah bina melalui pengalaman, ilmu, dan pergaulan mereka menjadikan mereka sentiasa positif dan sentiasa menjadikan mereka menanggapi sisi kebaikan di sebalik sesuatu yang berlaku. Sebaliknya, mereka yang pesimis akan melihat gelas tersebut separuh kosong. Mereka sentiasa melihat kekurangan, ketidak-cukupan dan permasalahan yang berlaku […]

trending_flat

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2024: “SUNGAI DAN ALUR DALAM KOMUNITI KITA”

Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia dengan panjang melebihi 6,650 kilometer merupakan pusat tamadun Mesir selama ribuan tahun. Sungai Amazon, sungai kedua terpanjang di dunia mengandungi biodiversiti yang kaya, hutan hujan terbesar di dunia dan membekalkan sebahagian besar oksigen bumi. Sungai Yangtze, sungai terpanjang di benua Asia memainkan peranan yang besar kepada ekonomi pertanian dan tenaga hidroelektrik China. Sungai Ganges di India bukan sahaja sumber air utama tetapi dianggap suci dan spiritual bagi jutaan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia. Malaysia juga boleh berbangga dengan anugerah sungai yang ada seperti Sungai Rajang yang kaya dengan biodiversiti yang menyokong kehidupan pelbagai spesies ikan dan hidupan liar, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi nadi kehidupan yang berada di sepanjang laluannya. Namun daripada 189 lembangan sungai utama di Malaysia, hanya sekumpulan kecil sahaja yang masih dikekalkan kemurnian dan kesuciannya. Terlalu banyak […]

trending_flat

Gunakan tanda aras multidimensi ukur kemiskinan asnaf

Oleh: Dr. Muhammad Nooraiman Zailani Pemberian bantuan yang betul memerlukan pengukuran kemiskinan yang lebih holistik menggunakan pendekatan multidimensi (Ander Burdain - Unsplash) Isu kemiskinan amat sukar untuk dihapuskan dan merupakan ancaman besar kepada masyarakat, terutamanya di negara membangun. Definisi dan alat pengukuran kemiskinan boleh mempengaruhi reka bentuk dasar serta program anti-kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Ahli-ahli ekonomi bersependapat bahawa aspek kemiskinan tidak boleh dilihat hanya menerusi satu dimensi seperti kewangan semata-mata, kerana pergantungan terhadap pendekatan kewangan dalam pengukuran kemiskinan tidak mampu menggambarkan sepenuhnya sifat kemiskinan yang bersifat multidimensi. Kemiskinan bukan sahaja melibatkan kekurangan pendapatan, tetapi juga ketidakupayaan untuk mengakses perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur yang mencukupi. Oleh itu, pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan untuk memahami kemiskinan dalam konteks yang lebih luas. Seiring dengan usaha untuk menganalisis kemiskinan dari perspektif multidimensi, Indeks Kemiskinan Multidimensi (IKM) […]

trending_flat

Sambutan Maulid Nabi bukti kecintaan, kesyukuran dan kegembiraan

Oleh: Dr. Mahyudin Daud, Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Pensyariatan sambutan Maulid Nabi SAW itu jelas daripada al-Quran, sunnah dan pandangan ulama (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Perayaan Maulid Nabi adalah bukti cinta kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW sekaligus memuliakan Baginda dan bergembira dengan kurnian Allah SWT yang paling besar. Sambutan tersebut juga adalah satu cara menzahirkan syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas nikmat kelahiran Nabi SAW sebagaimana firman Allah SWT: “Katakanlah wahai Muhammad SAW (kepada umatmu) dengan limpah kurnia Allah dan dengan rahmatNya maka dengan demikian bergembiralah oleh kaum muslimin.” Bagi pencinta Rasulullah SAW, sambutan tersebut adalah wajar secara logik dan disyariatkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Umat Islam sejak berkurun lamanya telah mengadakan sambutan tersebut dan para ulama telah bersepakat di atas hukum istihsannya bahkan tidak ada seorang ulama muktabar pun yang mengingkarinya. Merayakan Maulid Nabi hakikatnya […]

trending_flat

Sambutan Maulidur Rasul kini sebuah keperluan

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Pada setiap tahun umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Malah kerajaan memperuntukkan satu hari sebagai cuti umum khas bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini ia jatuh pada 16 September 2024, bersamaan tarikh sambutan Hari Malaysia. Sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi keperluan di zaman ini bagi mendekatkan kita kepada Rasulullah SAW (Ahmet Kurem - Unsplash) Walaupun sudah sekian lama sambutan Maulidur Rasul diadakan di Malaysia namun masih ada segelintir umat Islam yang tidak selesa dengan sambutan tersebut kerana dikatakan bid’ah yang berlawanan dengan syarak. Bagi mereka jika ia amalan yang dituntut oleh syarak maka sudah tentu para sahabat, Tabi’in dan imam empat mazhab (Syafie, Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) terlebih dahulu melaksanakannya. Malah mereka juga mendakwa Saidatina Aisyah yang hidup melebihi empat puluh tahun selepas kewafatan baginda pun tidak […]

trending_flat

Jangan disederhanakan kekejaman Israel

Oleh: Dr. Siti Aisyah binti Samudin Konflik antara Palestin dan Israel yang telah berlangsung selama beberapa dekad semakin memuncak dengan ketegangan yang berlaku sejak 7 Oktober 2023. Terkini, pejabat media kerajaan di Gaza memaklumkan seramai 40,139 orang, dengan 92,743 individu lagi mengalami kecederaan akibat daripada ketegangan itu. Turut dilaporkan bahawa lebih separuh daripada jumlah mangsa terkorban merupakan wanita dan kanak-kanak. Kezaliman Israel perlu dilihat dari lensa kemanusiaan, bukan hanya sebuah konflik agama yang berdekad lamanya (Bumblebib - Unsplash) Atas dasar ini, masyarakat perlu menyedari bahawa korban konflik ini bukan hanya terdiri daripada umat Islam, tetapi juga warga Palestin yang menganut agama lain seperti Kristian, Druze, bahkan kaum Yahudi anti zionis sendiri turut ada yang menjadi mangsa. Oleh itu, konflik Palestin-Israel tidak boleh disederhanakan sebagai konflik agama semata-mata, sebaliknya perlu difahami sebagai masalah politik dan kemanusiaan yang lebih mendalam. Kuasa barat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation