Cintai bahasa ibunda, pupuk semangat jiwa merdeka
Oleh Dr. Norfaizal Jamain Bahasa ibunda memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan semangat kebangsaan sesebuah bangsa. Dalam konteks Malaysia Madani, kepelbagaian bahasa ibunda seperti bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan lain-lain adalah cerminan kekayaan warisan budaya yang unik. Oleh itu, mencintai dan memelihara bahasa ibunda bukan sahaja sekadar menghargai warisan nenek moyang, tetapi juga satu usaha untuk memupuk semangat jiwa merdeka dalam kalangan rakyat. Penguasaan bahasa ibunda yang baik tanda jiwa penuturnya yang memahami nilai perjuangan kemerdekaan pakar bahasa lampau (Ansari Mulyadi - Unsplash) Sejarah kemerdekaan negara kita tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan tokoh-tokoh bahasa yang dengan gigih memperjuangkan hak untuk menggunakan bahasa ibunda dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam pendidikan dan urusan rasmi. Salah satu contoh yang paling menonjol ialah pejuang-pejuang bahasa yang berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Perjuangan ini adalah […]