trending_flat

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu sebuah premis di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah yang disyaki dijadikan stor haram tempat menyimpan dan mengedar gas petroleum cecair (LPG) pada 5 Mei yang lalu. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, serbuan telah dibuat setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai berat isipadu gas yang disyaki kurang daripada berat isipadu gas yang sepatutnya. "Pemeriksaan ke atas premis tersebut mendapati, terdapat 675 unit tong gas yang berisi dengan tong kosong pelbagai jenama ditemui di dalam dua buah lori dan rak yang berada dalam premis tersebut. Hasil pemeriksaan awal, premis tersebut tidak mempunyai lesen borong atau runcit yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Penguat kuasa KPDN telah menyita 94 unit tong gas pelbagai jenama berkapasiti 14kg […]

trending_flat

Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN

PUTRAJAYA, 3 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil tindakan ke atas premis kedai serbaneka di Presint 3, Putrajaya kerana disyaki menjual produk makanan yang tertera perkataan ‘No Palm Oil’ pada plastik pembungkusan produk berkenaan pada 2 Mei 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya yang bermula pada jam 11.45 pagi itu adalah hasil aduan awam yang telah diterima oleh pihak Kementerian. "Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menemui produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan ‘No Palm Oil’. Kesemua produk aiskrim tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60. Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit Dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022. Jika sabit […]

trending_flat

Program Jualan Rahmah (PJR) Aidilfitri dilancarkan seluruh negara, bantu persiapan rakyat sambut hari lebaran

PUTRAJAYA, 5 APRIL 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Aidilfitri sempena sambutan lebaran kali ini bermula pada 4 hingga 9 April 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan media hari ini, PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. "Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitri seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya. Pelaksanaan PJR Aidilfitri ini akan melibatkan sebanyak 302 lokasi berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Aidilfitri boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah." kata Armizan. Tambah Armizan, sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, KPDN telah melaksanakan […]

trending_flat

Minyak Masak Nice Day Tiada Tanda Halal kerana sedang perbaharui Sijil, elak langgar Undang-Undang

Oleh : JomCheck Kecoh di media sosial apabila imej sepaket minyak masak berjenama Nice Day yang diconteng dengan tulisan ‘non halal’ disebarkan dengan kapsyen yang mendakwa bahawa minyak berkenaan bersumberkan babi. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Rakan JomCheck, MyCheck Malaysia kemudiannya menjalankan semakan dan menerbitkan laporan penuh di laman sesawang mereka: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Logo halal tidak dicetak pada bungkusan produk kerana mematuhi undang-undang sementara mereka dalam proses memperbaharui sijil halal sedia ada. Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2280932 Semakan berkenaan isu ini menemui: a. Tulisan ‘Minyak Masak Sawit Bertapis’ pada paket jelas menidakkan tuduhan ia adalah minyak khinzir.b. Eksekutif Halal syarikat syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn.Bhd yang mengeluarkan jenama Nice Day, Izyan Irdawany tampil menjelaskan isu ini melalui Facebook.c. Beliau menjelaskan ketika isu ini tular, pihak syarikat sedang dalam proses pembaharuan sijil halal yang mengambil […]

trending_flat

Projek MySaveFood : 129.3 kilogram makanan dan 104.0 kilogram minuman berjaya dikumpulkan dari Bazar Ramadan Taman Kerang

KUANTAN 27 Mac 2024 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan, Pahang sekali gus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024 semalam. Program BRR merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH MADANI untuk menggalakkan para peniaga BRR menawarkan Menu RAHMAH sebagai usaha mengurangkan beban kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan ini. Timbalan Menteri turut melancarkan Program MySaveFood 2024 Peringkat Negeri Pahang. Program MySaveFood Ramadan merupakan satu inisiatif pengurusan sisa makanan Food Waste Management di bazar Ramadan secara berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman (yang selamat dimakan/diminum) yang tidak berjaya dijual oleh peniaga bazar. Program tersebut merupakan kerjasama strategik KPDN Pahang bersama Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri […]

trending_flat

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Taman Perpaduan, Tambun, Perak sekaligus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024. Program BRR tersebut merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan. "Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40% daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi tumpuan komuniti setempat […]

trending_flat

OPS PANTAU 2024 : Sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara

PUTRAJAYA 24 Mac 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menggerakkan lebih kurang 2,200 orang pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menerusi OPS PANTAU 2024 yang dilancarkan bermula 12 Mac lepas. Penguatkuasaan tersebut dijalankan secara berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan pengguna seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktivtiti penjualan secara dalam talian. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, berdasarkan statistik OPS PANTAU 2024 dari 12 Mac 2024 hingga 23 Mac 2024, sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 84 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07. "Sejumlah 685 pemeriksaan di Bazar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation