trending_flat

Muzium Negara simbol keutuhan perpaduan dan semangat patriotik rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 September 2023 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, telah merasmikan Sambutan 60 Tahun Muzium Negara anjuran Jabatan Muzium Malaysia. Sambutan tersebut dilaksanakan bersempena dengan penubuhan Muzium Negara pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Aaron berkata bahawa penganjuran program tersebut membuktikan kesatuan dan kerjasama utuh di antara muzium serta institusi yang terlibat serta penglibatan masyarakat secara tidak langsung mampu menyumbang kepada pembangunan sosial yang berterusan, khususnya dalam pembentukan dan pengukuhan jati diri kebangsaan. “Ia sejajar dengan matlamat utama Dasar Perpaduan Negara yang memperkasa usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya. Sewaktu berucap di majlis tersebut, Aaron turut mengumumkan pemberian tiket percuma selama tiga (3) hari mulai 1 September hingga 3 September 2023 kepada warganegara Malaysia yang […]

trending_flat

Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ dilancarkan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2023 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, telah melancarkan Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ buat julung-julung kalinya diadakan bersempena Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) di Fahrenheit88 Mall, Bukit Bintang. Program tersebut dilaksanakan dengan kolaborasi di antara Arkib Negara Malaysia bersama Fahrenheit88 Mall, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bertemakan ‘We Are Greater Together’ selaras dengan tema sambutan HKHM 2023 iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’. Pelaksanaan program itu juga adalah untuk mengiktiraf industri kartun tempatan di mana para kartunis telah menterjemahkan warisan dan budaya negara secara kreatif dan unik selain menepati hasrat kerajaan dalam usaha memelihara warisan dan budaya sebagai wadah melestarikan perpaduan. Ia juga mampu memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya kepada generasi muda hari ini tentang potensi industri kartun tempatan yang boleh diangkat hingga ke peringkat global sebagaimana karya […]

trending_flat

Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai pupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional

PASIR GUDANG, 10 Jun 2023 - Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai di sini hari ini. Kredit Foto : Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam satu siaran media hari ini, objektif utama penganjuran program tersebut adalah sebagai medium memperkenalkan budaya, etnik, kepelbagaian adat resam etnik dari Negeri Sabah dan Sarawak khususnya kepada masyarakat di Negeri Johor dan memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalanganmasyarakat serta memelihara keharmonian dan kesejahteraan komuniti. Kata KPN lebih 30,000 penduduk di Negeri Johor merupakan masyarakat berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya menyambut perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Justeru, program tersebut dilihat dapat dijadikan platform menyuntik semangat perpaduan dalam kepelbagaian. "Pelaksanaan program sambutan perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai seumpama ini dapat mempromosikan keunikan warisan budaya di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation