trending_flat

Conteng Wajah Perdana Menteri Perbuatan Politik Ekstrem

ALOR SETAR, 13 Julai - Perbuatan menconteng wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada papan iklan di beberapa kawasan dalam negeri ini, disifatkan perbuatan yang menjurus kepada permainan politik ekstrem dan tidak sepatutnya berlaku. Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik melampau seumpama itu membahayakan dan tidak boleh diberi tempat di dalam negara ini ketika era kemajuan teknologi terkini. "Kalau kita tak suka pun, sentiasa ada had yang tidak boleh dilanggar. Sebab itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkali-kali mengingatkan mengenai kenyataan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja agar tiada pihak yang melangkaui batas. "Kita takkan aman kalau bawa politik melampau sebaliknya perlu sentiasa bersikap rasional. Semua ini perlu bermula dengan kepimpinan tetapi kadang-kadang ada pemimpin buat kenyataan yang berbentuk menghasut. Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai barisan […]

trending_flat

Tun M dakwa Tengku Zafrul yang over excited

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Menteri MITI Tengku Zafrul kelihatan agak over-excited dengan laporan yang tidak tepat yang mengatakan bahawa saya bertemu pelabur yang ingin melabur sehingga RM500 billion. Dalam cacatan di Facebook rasminya, Dr Mahathir berkata laporan itu telah diperbetulkan sendiri oleh penerbit akhbar tersebut tanpa permintaan dari sbeliau, dan kenyataan yang sebenar ialah pelaburan yang beliau nyatakan adalah sebanyak RM500 million telah dimuat naik mengganti laporan asal. "Agaknya sebelum sempat akhbar itu lakukan pembetulan, Tengku Zafrul tanpa berlengah telah memuat naik di video di media sosialnya dengan memberi perincian bahawa RM309 bilion ialah pelaburan tertinggi setahun yang pernah didapati oleh Malaysia, dan di zaman saya jadi PM pun tak pernah dapat pelaburan mencecah RM500 billion." "Jika sifat over-excited Tengku Zafrul terhadap laporan yang tidak tepat itu terdapat juga di dalam dirinya ketika mencari dan mendapatkan […]

trending_flat

UMNO Kedah yakin ahlinya kekal beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

ALOR SETAR, 3 Julai 2023 - UMNO Kedah yakin ahli-ahlinya masih kekal dengan semangat parti dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kehilangan sokongan ahli UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu yang kini dilihat sudah semakin reda. "Pada saya, ahli UMNO masih lagi kekal dengan semangat parti. Kalau tengok kepada jumlah undi yang ada itu, maknanya kita tetap ada deposit daripada situ. Cumanya waktu itu (PRU15) ada persepsi menyebabkan ada yang beralih angin, tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Kedah dan Penyerahan KPI DUN Bersama Pengarah Koordinasi Pilihan Raya UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di sini hari […]

trending_flat

SOKONGAN PENGUNDI MUDA KEPADA PN PADA PRU15 TIDAK LAGI SAMA PADA PRN KALI INI

ALOR SETAR, 2 Julai - Sokongan pengundi muda yang dikatakan lebih memihak kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, hanya satu momokan politik dan tidak boleh disamakan dengan situasi semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ini kerana menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca PRU15, golongan muda dan pertengahan khususnya di negeri ini sudah dapat melihat peluang untuk mereka melakukan perubahan. "Apa yang berlaku pada November 2022 (dalam PRU15) lalu waktu itu suasananya sangat berbeza dengan tujuh bulan kemudian, sebab pada waktu itu kerajaan tidak ditubuhkan di Putrajaya. Semua orang (parti politik) berkejar untuk menubuhkan kerajaan di Putrajaya, tapi sekarang kita dah tubuhkan kerajaan di Putrajaya, kerajaan BN, Pakatan Harapan (PH) dah ada di Putrajaya". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Perpaduan BN dan […]

trending_flat

TONY PUA ADALAH PELAMPAU POLITIK DALAM DAP

ALOR SETAR, 24 JUN 2023 - Tindakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua melabel Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup' adalah sikap seorang pelampau politik. Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan itu tidak perlu dilayan kerana golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau, sememangnya wujud dalam setiap organisasi. "Dalam mana-mana parti politik pun, ada kumpulan dipanggil pelampau atau ekstrem. Jenis pelampau ini, mereka akan anggap semua orang lain tak betul dan hanya dia sajalah yang terbaik. Golongan ini perangai mereka tak boleh diubah dan mereka takkan beri kebaikan sama ada kepada partinya sendiri mahu pun rakan kongsi". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku di sini, hari ini. Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pelampau politik seperti Tony Pua berkemungkinan mempunyai 'masalah otak'. […]

trending_flat

Kenyataan Tony Pua tidak mewakili parti – Anthony Loke

24 JUN 2023 - Kenyataan Tony Pua dalam satu majlis anjuran DAP di Petaling Jaya yang berunsur menyerang terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan bukanlah suara mewakili parti dan ianya suatu yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah sekarang. Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) dalam kenyataan media menyatakan, isu yang berbangkit adalah tidak mencerminkan pendirian parti. Menurutnya, kerjasama yang terbentuk dalam kerajaan kini adalah keputusan yang dipersetujui bersama dengan gabungan politik lain oleh pucuk pimpinan parti. “ Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan hala tuju parti pada masa kini. Keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan perlu dijaga demi kestabilan politik pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran. Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP, tegasnya.

trending_flat

UMNO KEDAH DIJANGKA TANDING SEKURANG-KURANGNYA 15 KERUSI DUN

PENDANG, 23 Jun - UMNO Kedah dijangka bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka selesai sebelum Aidiladha ini. “Kalau kita ada 15 DUN yang bertanding itu kira minimumlah. Kalau kita dapat lebih daripada itu, maknanya itu sudah banyaklah daripada itu". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat persiapan PRN UMNO DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang di sini, hari ini. Mengulas mengenai pembahagian dua daripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah, Mahdzir berkata perkara itu dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi. “Saya ingat yang itu bukan isulah untuk diselesaikan. Saya ingat Insya Allah dalam minggu ini sebelum […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation