trending_flat

Tiada Warlord UMNO Kedah Sertai PN

ALOR SETAR, 20 JUN 2023 - UMNO Kedah menafikan terdapat 'warlord' atau pemimpin utama parti di negeri itu yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti yang uar-uarkan sebelum ini. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dakwaan itu hanya persepsi dan mainan propaganda menjelang PRN yang direka oleh PN untuk meraih sokongan rakyat. "Setakat ini tidak nampak, tidak ada di Kedah..saya fikir mana-mana organisasi parti politik akan ada musim di mana ada yang keluar dari parti atau dikenakan tindakan dan mereka bawa diri. Bukan sahaja UMNO pergi ke parti lain, tapi dari parti lain ke UMNO pun ada terjadi. "Contohnya, bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyertai Majlis Ulama UMNO. Jadi, tidak perlu guna persepsi untuk pilihan raya kerana pada akhirnya rakyat akan pilih sama ada […]

trending_flat

Ada Urusan Sejarah Tidak Selesai Antara Zaman British dan Kedah

ALOR SETAR, 20 JUN 2023- UMNO negeri Kedah menyifatkan masih terdapat urusan yang belum selesai berkaitan sejarah antara zaman penjajahan British dan kerajaan Kedah pada masa itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengenai kedudukan Pulau Pinang dan Kedah. "Sebagai rakyat Kedah dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Barisan Nasional (BN) negeri, saya menjunjung titah Tuanku pada Hari keputeraan Tuanku (yang ke-81) adalah ucapan yang lahir daripada hati Tuanku. "(Ia) berkaitan dengan sejarah negeri Kedah yang panjang danmengambil daripada titah ucapan Baginda menunjukkan Tuanku sangat memahami bahawa fakta sejarah di Kedah ini khususnya dalam sejarah Kedah tua sehinggalah kepada zaman penjajahan British, ada perkara yang saya boleh tafsirkan 'unfinish business' yang tidak diselesaikan oleh British," katanya pada sidang media di sini, hari ini. […]

trending_flat

“KALIH BAGI SAMA” – DI MANA SONGSANGNYA?

ALOR SETAR, 17 Jun - Di mana songsangnya kempen 'Kalih Bagi Sama'? Jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kempen itu adalah sebahagian gerakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan kembali pengundi di negeri berkenaan selain tidak melanggar amalan demokrasi di negara ini. “Di mana songsangnya? Istilah songsang tak ada apabila tiba kempen pilihan raya, kita guna ‘Kalih Bagi Sama’ kerana ia adalah hak parti untuk berkempen. Kita tawarkan kepada rakyat Kedah jika undi BN dan PH, makna sama undi kerajaan di Persekutuan. “Dalam amalan demokrasi ini tak salah, ada perkara lebih salah jika mencarut, maki orang, fitnah, ikut suka hati kata pada orang. Itu semua lebih dahsyat lagi daripada songsang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO Kedah di sini, malam tadi. https://youtu.be/IwvocWQVBZc Jelas Mahdzir, kempen itu juga adalah tawaran […]

trending_flat

AHLI UMNO USAH TERKESAN DENGAN ‘RAMALAN NAKAL’ SOAL SURVIVAL UMNO

ALOR SETAR, 7 Jun 2023 - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan medan bagi ahli dan kepimpinan parti UMNO untuk bermuhasabah, kembali menilai diri dan berbincang sesama mereka. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pada saat ini, warga UMNO yang tulen perlu mengutamakan agenda perpaduan dalaman parti dan membina semula pertubuhan keramat bangsa ini sebagai sebuah parti tonggak negara yang diyakini rakyat, khususnya umat Melayu Islam. Menurutnya, warga parti seharusnya tidak cepat melatah apabila mendengar naratif nakal ramalan pihak-pihak tertentu yang mendakwa kononnya UMNO akan tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. “Adalah kurang bijak untuk bersikap terlalu mengambil peduli tentang persepsi luar terutama yang dilihat cuba mengganggu emosi para perwakilan” Shaiful yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok bertegas bahawa, adalah lebih baik jika tumpuan diberi kepada pelbagai mesej yang disampaikan […]

trending_flat

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun - Formula 'menang-menang' bagi agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah sebagai sandaran menawan Kedah daripada Perikatan Nasional (PN). Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, formula tersebut diyakini dapat menembusi beberapa kubu kuat PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurutnya, persetujuan itu dicapai setelah kedua-dua gabungan mengadakan rundingan dengan mengenepikan emosi dan berunding dalam suasana harmoni. “Keputusan itu akhirnya datang daripada pucuk pimpinan kedua-dua pihak, sebaiknya kita tengok agihan (kerusi) yang seakan hampir-hampir sama rata antara PH dan BN,” katanya dalam sidang media ketika hadir pada majlis kesyukuran meraikan Anugerah Balai Polis Luar Bandar Terbaik di Malaysia, di Balai Polis Kampung Tanjung, Pedu di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad. Tegas Mahdzir, kesepakatan dalam agihan […]

trending_flat

AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN

ALOR SETAR, 4 Jun 2023 - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin terasa namun sehingga kini pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi enam PRN belum dimuktamadkan.  Tiga negeri ditadbir Pas, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan untuk dikuasai manakala kekuatan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan diperkukuhkan agar terus ditadbir PH. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kesemua negeri terlibat dijangka dibubarkan dalam tempoh kurang sebulan dari sekarang. Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, semangat perpaduan yang diterapkan di peringkat Pusat harus diterjemahkan ke peringkat negeri sekiranya mahu merampas negeri-negeri diterajui Pas. “Kriteria penting untuk kekalkan persefahaman antara PH-BN terutama dalam agihan kerusi adalah semangat perpaduan dan Madani dengan mengekalkan hubungan baik antara parti-parti komponen, jika mahu rampas Kedah serta […]

trending_flat

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun - Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan bagi menyelesaikan isu dengan negeri Pulau Pinang. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah adalah berpunca daripada tuntutan caj air mentah ke atas negeri jirannya yang sudah berlarutan sekian lama. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid ditemui media "Ya saya fikir dia hanya bermula daripada bekalan air, sumber bekalan air dari Kedah yang pergi ke Pulau Pinang. "Air tu daripada hulu Kedah mengalir (melalui) Sungai Muda yang hujungnya ada sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang, itu yang jadi pertikaian yang panjang dan sudah lama. "Jadi saya fikir paling baik sekali […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation