trending_flat

PM terima Memorandum Transformasi Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2022 - Memorandum Transformasi Parlimen telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari bin Abdul kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada petang semalam. Ia adalah sebagai susulan komitmen yang telah dibuat antara Kerajaan dengan Pembangkang Februari lalu. Perdana Menteri menyambut baik usaha tersebut dan memaklumkan kepada kedua-dua Speaker bahawa penelitian khusus akan dilakukan termasuk pandangan objektif Jemaah Menteri dan pihak-pihak berwajib yang lain. Jawatankuasa Transformasi Parlimen itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Rais semenjak setahun lalu telah menyelesaikan kerja-kerja semakan perundangan ke arah menjadikan Parlimen bebas daripada kepentingan dan kuasa mana-mana pihak termasuk pihak Eksekutif. Memorandum itu juga mengesyorkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperbaharui dan dilunaskan dengan segera supaya konsep “Asingan Kuasa” benar-benar dilaksanakan dan bersekali menjaga kepentingan […]

trending_flat

Perjanjian Persefahaman Kerjasama pastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh – Ahmad Zahid

17 Disember 2022 - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah suatu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh, maka fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan. Katanya dalam satu catatan di Facebook rasmi beliau hari ini, fokus ekonomi perlu diberikan perhatian segera lebih-lebih lagi persediaan negara mendepani suasana ekonomi yang lembap. "Malah Bank Dunia menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di negara-negara seluruh dunia akan membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023. Implikasinya adalah tahap permintaan akan berkurangan akibat kadar faedah yang tinggi yang seterusnya merencatkan ekonomi dunia. Terdapat juga kemungkinan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia akan terjerumus dalam masalah ekonomi dan ini memberikan kesan langsung yang tidak baik kepada dunia. […]

trending_flat

GRS bawa aspirasi rakyat Sabah – Armizan

PUCHONG, 15 Disember 2022 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan bahawa keahlian parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ibarat bermain dua kolam. Menjawab soalan pemberita selepas sesi perjumpaan bersama NGO Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) di sini semalam, Armizan berkata sentimen masayarakat di Sabah adalah menginginkan supaya parti politik bergerak sebagai parti lokal. "Itu agenda yang kita inginkan sebab kita melihat landskap politik Malaysia pada hari ini, supaya dapat memperjuangkan agenda Sabah serta kepentingan negeri itu adalah lebih efektif melalui gagasan lokal. Itu sebabnya kita tidak boleh menentang aspirasi yang diingini oleh majoriti masyarakat Sabah dan itu juga sebabnya kenapa kita menubuhkan dan menyertai GRS pada masa itu bagi membolehkan parti-parti lain menerima dan sedia untuk bekerja sama dengan kita Sebagaiman di peringkat Nasional, di Sabah […]

trending_flat

PELUNCURAN BUKU KEADILAN BAGI ORANG YANG BERSOLAT TERBITAN ABIM, DI PERAK

13hb November 2022: Alhamdulillah, bertempat di Chepor, Perak, Presiden ABIM Ke-2, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan buku “Keadilan Bagi Orang Yang Bersolat” terbitan ABIM dan Institut Bitara sempena Majlis Pelancaran Pra Sambutan 30 Tahun SERI ABIM Al-Ummah, Perak. Hadir sama, Prof. Ustaz Dr. Razali Nawawi (Presiden ABIM Pertama); Prof. Dato’ Dr. Redzuan Othman (Pengerusi Majlis Syura WADAH-ABIM-PKPIM Kebangsaan) dan Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM ke-10). Naskah ini adalah satu nukilan dari inspirasi yang digarap sewaktu DSAI menatap Kitab “Munyatu ‘l-Musalli” karangan Shaykh Daud bin Abdullah Al-Fatani, ketika dipenjarakan sebagai tahanan politik. Kitab ini amat besar nilainya dalam kompilasi khazanah manuskrip Melayu lama yang menjadi simbol penerusan kegemilangan budaya ilmu di alam Melayu. Shaykh Daud ketika mengajar tentang kesempurnaan solat menerusi tulisan beliau dalam kitab Munyatu ‘l-Musalli turut mengabadikan kepentingan menghormati kerukunan masyarakat terutama sang penguasa yang wajib […]

trending_flat

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata soal pembentukan kabinet kerajaan diserahkan kepada beliau untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tadi, ia akan dilakukan sesegera mungkin. "Sepertimana yang saya sebut, tidak seperti mana biasa Kerajaan Perpaduan ini melibatkan banyak parti jadi sebelum buat keputusan saya mesti dengar semua pandangan dan kemudian masalahnya jumlah (anggota) kabinet itu dikecilkan. Kalau dulu dia masuk ajer la. Lima puluh? Ok. Enam puluh? Ok. Tak cukup lagi? (Ada) Duta Khas. Tak cukup lagi? (Ada) Penasihat Khas. Saya tak sanggup buat begitu." katanya yang dipercayai merujuk kepada saiz kabinet kerajaan terdahulu. Mengulas mengenai kenyataan Ramkarpal Singh bahawa tidak perlu lagi usul undi percaya di sidang Parlimen nanti kerana beliau sudah memperolehi jumlah majoriti yang jelas, Anwar berkata bahawa usul itu tetap akan diteruskan. "Saya […]

trending_flat

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut baik gagasan baharu kerajaan Negeri Pahang yang merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PH). Katanya dalam satu kenyataan hari ini, dinamik tersebut adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. "Menariknya situasi selepas Pilihanraya Umum ke-15 kali ini adalah buat julung kalinya kerajaan negeri yang telah setelah begitu lama diterajui oleh Barisan Nasional, kali ini bergabung bersama barisan pembangkang dari Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan. Dinamik ini adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah […]

trending_flat

Permuafakatan PH-BN di Perak telah merintis jalan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan

25 November 2022 - Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda, AMANAH Negeri Perak, Khairol Najib Hashim berkata Pemuda AMANAH Negeri Perak juga ingin menzahirkan junjungan kasih kami kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah atas perkenan baginda melantik Dato’ Saarani bin Mohamad sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang baharu. "Permuafakatan PH-BN di Negeri Perak ini telah merintis jalan dalam pembentukan kerajaan persekutuan pada hari ini. Ianya bermula di negeri bertuah ini iaitu Perak Darul Ridzuan. Menginsafi bahawa […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation