trending_flat

Henti tular video 3 beradik maut di Kelantan

CYBERJAYA 19 Disember 2022 - Orang ramai untuk henti menularkan video tiga (3) beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pada pagi ini bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut berkata bahawa langkahproaktif telah diambil bagi mengangkat perkara ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video yang berkaitan. "Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian, sama ada melalui aplikasi Whatsapp ataupun rakaman video di media sosial. Bagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosial juga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yang sensitif dan […]

trending_flat

[Galeri] Teo Nie Ching ‘clock in’ hari ini di KKD

KUALA LUMPUR, 12 Dis - Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (张念群) memulakan tugas pada hari ini 12 Disember 2022 di Kementerian Komunikasi dan Digital. Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin

trending_flat

Fahmi harap RTM berperanan jadikan Kerajaan Perpaduan lebih baik

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berharap stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan terus komited untuk memainkan peranan sebagai agensi penyiar dengan informasi dan hiburan terkini melalui pelbagai platform TV, radio dan media digital kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan Kerajaan Perpaduan ini lebih baik. "Salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti potensi penyiaran ialah IPPTAR merupakan satu kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak. Saya yakin IPPTAR dapat mempertingkatkan potensi modal insan seiring dengan perkembangan teknologi penyiaran yang terkini. Terima kasih atas kesempatan lawatan ini dan saya harap semua pihak memainkan peranan yang lebih baik serta jelas agar memastikan Kerajaan Perpaduan ini dapat dicapai bersama-sama." kata beliau dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam. Semalam beliau mengadakan lawatan ke RTM bagi bersama-sama dengan warga RTM dan menyampaikan beberapa taklimat kepada semua jabatan untuk mencipta pelbagai kandungan […]

trending_flat

Pengguna Yang Bijak, Harus Tahu Menggunakan Teknologi Secara Bertanggungjawab

CYBERJAYA, 16 NOVEMBER 2022 – Penggunaan media sosial yang sangat aktif pada bulan ini disebabkan oleh musim pilihanraya. Trend yang sebegini semakin meningkat naik di Malaysia mahupun di dunia di mana masyarakat mendapatkan maklumat, berita mahupun isu-isu semasa adalah dengan menggunakan platform atas talian atau media sosial seperti portal berita internet, Facebook, Twitter, Whatsapp dan Instagram berbanding sumber tradisional seperti televisyen dan akhbar harian. Tidak dapat tidak, trend ini merupakan satu manifestasi gaya hidup bagi setiap peringkat umur, baik yang muda mahupun yang telah berusia. Dengan adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit kita semua mudah untuk mengakses media sosial di mana saja kita berada. Kita juga dengan mudah dapat menerima dan menyampaikan apa jua berita dengan pantas. Seandainya kita tidak berhati-hati, adakalanya sesetengah pihak akan mengambil kesempatan dengan mengeluarkan berita yang palsu, kandungan yang tidak tepat serta status yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation