trending_flat

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KEPADA KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU, 27 DISEMBER 2022 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. Kunjungan adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sabah sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember lepas. Ia turut disertai oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Hadriyani Ahmad, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi MAFS. Menurut Chan, pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak dalam menangani isu keterjaminan makanan. Turut dibincangkan pelbagai perkara termasuk pendekatan menghormati autonomi Kerajaan Wilayah dalam bidang pertanian serta meneroka ruang kerjasama terutamanya bersama Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, yang diterajui menterinya, Datuk Seri Dr Jeffrey […]

trending_flat

Kemasukan telur ayam dari India adalah fasa percubaan – MAFS

SEPANG 16 Disember 2022 - Bagi menampung kekurangan bekalan telur sejak beberapa bulan yang lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah membawa masuk telur ayam dari negara luar. Dalam satu kenyataan semalam. MAFS berkata kebenaran bagi kemasukan telur ayam dari negara India semalammelalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan. "Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza. Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation