trending_flat

PROGRAM RHYTHMS OF KINABALU 2024 PROMOSIKAN SENI BUDAYA SABAH

Kemeriahan Majlis Perasmian Rhythms of Kinabalu 2024 (ROK) yang berlangsung di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Produksi Seni Kreatif Kota Kinabalu telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya (Culture-Based Tourism) iaitu Rhythms Of Kinabalu 2024 (ROK 2024) pada 25, 26 dan 27 Oktober 2024, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu Sabah. Program ini merupakan penganjuran edisi ke 10 yang diadakan sejak tahun 2012 dan pada tahun 2024, penganjuran ROK telah mendapat kerjasama dari pelbagai agensi di negeri Sabah sebagai rakan penganjur bersama. Program ini juga adalah inisiatif MOTAC melalui JKKN dalam usaha menyemarakkan dan memelihara kesenian tradisi tempatan, khususnya di negeri Sabah. Pada tahun ini ROK menonjolkan kelainan dan keunikan dengan  mempersembahkan lagu-lagu karya etnik negeri Sabah yang berkonsepkan “World […]

trending_flat

PEMENTASAN KARYA AGUNG TEATER ASY SYURA SEMARAKKAN TEATER NEGERI PERLIS

Poster Karya Agung : Teater As Syura KANGAR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perlis akan mementaskan Teater Asy Syura karya Tan Sri Johan Jaafar pada 25 dan 26 Oktober 2024 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Auditorium, Kompleks JKKN Perlis. Pementasan hari pertama akan diserikan dengan kehadiran YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama isteri. Turut hadir bersama menyaksikan pementasan teater ialah YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis dan YBrs. Puan Salmiyah binti Ahmad, Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Program Karya Agung ini merupakan inisiatif Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf diperingkat […]

trending_flat

‘TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES’ 2024 Membawa Lebih Keterujaan Untuk Peminat di Malaysia.

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2024 – TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 bersedia untuk menemui peminatnya dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur. Bagi peminat dan pengumpul, ada pengalaman menarik menanti anda untuk saksikan sendiri iaitu watak ikonik di Jepun, ULTRAMAN! Jadilah antara peminat terawal bertemu dengan Ultra Hero terbaharu, Ultraman Arc, yang tampil di Malaysia menerusi persembahan pentas yang menarik. Ini juga akan menjadi masa untuk menyaksikan patung Ultraman Arc, bersaiz manusia (2 Meter) yang telah diukir berdasarkan S.H.Fihuarts Adakah anda terlepas peluang untuk bergambar dengan Ultraman Blazar? Jangan risau kerana patung hero akan dipamerkan Jadi, manfaatkan sebaiknya dua peluang yang sukar diperolehi ini untuk bergambar dengan hero kegemaran anda. Malah acara ini juga akan mempamerkan figura-figura Eksklusif Acara dan Tamashii Spot yang menjadi buruan ramai! Ultraman Arc Tahun ini menjanjikan persembahan […]

trending_flat

BLUESCOPE MELANCARKAN PROGRAM ANUGERAH ASEAN UNTUK MERAIKAN KECEMERLANGAN SERANTAU DALAM SENI BINA KELULI

Sumber Gambar: https://www.nsbluescope.com/asean/bluescope-steel-architectural-asean-awards-2024-colorbond/ SINGAPURA, 16 Okt (Bernama) -- Anugerah Seni Bina Keluli BlueScope ASEAN 2024 kini dibuka kepada projek-projek yang menggunakan keluli BlueScope di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Penyertaan diterima dalam sektor bangunan Kediaman, Komersial, Industri dan Institusi, sementara terdapat kategori tambahan iaitu ‘Kecantikan Tahan Lama COLORBOND®’ - kategori ini meraikan projek-projek yang telah menghadapi pelbagai keadaan cuaca namun tetap mengekalkan keindahan dan kekuatan mereka hasil penggunaan keluli COLORBOND® daripada BlueScope.“Di BlueScope, kami berhasrat untuk mencipta dan memberi inspirasi kepada penyelesaian pintar dalam penggunaan keluli, dan program anugerah baharu kami adalah peluang yang baik untuk mempamerkan beberapa projek seni bina terbaik di rantau ini. Selain menetapkan penanda aras industri dan mempromosikan amalan terbaik, anugerah ini juga merupakan cara yang hebat untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dan menyokong komuniti arkitek ASEAN yang dinamik,” kata Connell Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif NS BlueScope.Anugerah Seni […]

trending_flat

PEMENTASAN KARYA AGUNG: TOK JANGGUT ’13 LIANG’ MENGANGKAT PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN DI DEWAN UTAMA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KUBANG KERIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Rupa Jiwa, Universiti Sains Malaysia (USM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Pementasan Karya Agung: Tok Janggut ’13 Liang’ pada 19 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. Penganjuran program karya agung ini diadakan adalah bertujuan untuk mengangkat karya agung di negeri-negeri dan bagi negeri Kelantan telah memilih karya perjuangan tokoh tempatan ‘Tok Janggut’ atau nama sebenarnya Tuan Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas yang melawan penjajahan Inggeris di Negeri Kelantan sekitar awal 1900 apabila sentimen percukaian yang dikenakan ke atas rakyat setempat dengan menggunakan kuasa Sultan setelah berjaya menguasainya. Pementasan Tok Janggut ‘13 Liang’ mengetengahkan garapan penceritaan, penggunaan kesan teknik sinografi, pemilihan pelakon serta gabungan elemen […]

trending_flat

FESTIVAL PELANCONGAN BUDAYA: FESTIVAL CAKLEMPONG 2024

SEREMBAN, 30 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya : Festival Caklempong 2024 bermula pada 27 hingga 29 September 2024 bertempat di GEMBOX Nilai, Negeri Sembilan. Festival Caklempong 2024 merupakan platform utama dalam mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta dapat meningkatkan kefahaman dan aprisiasi seni masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Memperluaskan skop pelaksanaan program dan tidak hanya memfokus kepada Caklempong sahaja malah melibatkan pelbagai kesenian dan kebudayaan merangkumi makanan tradisi, persembahan pentas, kraftangan, memberi pendedahan dan peluang penggiat seni peringkat negeri untuk menyertai acara persembahan dan pertandingan – pertandingan yang dianjurkan. Program ini juga berperanan sebagai pusat rujukan dalam menghasilkan karya kreatif, inovatif, berkualiti dan berprestij. Festival Caklempong 2024 telah menyediakan peluang dan ruang berkarya […]

trending_flat

KEM GENERASI BUDAYA MELAHIRKAN PELAPIS WARISAN SENI BUDAYA

Timbalan Ketua Pengarah, (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Rosnan Nordin ketika memberi ucapan dalam Majlis Perasmian Kem Generasi Budaya 2024 di White Camp Resort, Balik Pulau PULAU PINANG, 19 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia akan menganjurkan enam (6) siri Kem Generasi Budaya mengikut zon seluruh Malaysia. Bagi pelaksanaan pertama Kem Generasi Budaya adalah dilaksanakan di Zon Utara pada 18-21 September 2024, manakala Zon Sarawak pada 23-26 September 2024, Zon Tengah pada 2-5 Oktober 2024, Zon Timur pada 8-11 Oktober 2024, Zon Selatan pada 15-18 Oktober 2024 dan Zon Sabah pada 28-31 Oktober 2024. Majlis Perasmian Kem Generasi Muda dilaksanakan pada 18 September 2024 di White Camp Resort, Balik Pulau. Kem Generasi Budaya ini adalah merupakan program yang memberi fokus kepada penerapan jati diri dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation