trending_flat

Melestari seni dan estetika Hamdolok: Dari Mekah ke Batu Pahat

Mendengar namanya mungkin agak janggal untuk ramai di kalangan kita. Namun jika kita sudah menonton persembahannya, pasti akan melihat persamaan yang ada dengan seni teater rakyat serantau yang lain, seperti boria, hadrah, dan mendu. Dikatakan bermula sekitar 1930-an di Batu Pahat, Johor; hamdolok menggabungkan beberapa elemen unik, termasuklah nyanyian (qasidah dan nasyid), tarian (zapin Arab dan Melayu), muzik (gambus) dan lakonan (sketsa humor). Nilai estetika persembahannya juga menggabungkan kesenian Timur Tengah dan masyarakat Melayu Johor. Dr. Rosdeen Suboh Menurut Dr. Rosdeen Suboh, nama hamdolok adalah dari gabungan perkataan Arab ‘hamd’ iaitu pujian, manakala ‘dolok’ membawa tiga makna yang berbeza. Pertama, ianya dikatakan berasal dari perkataan jawa ‘dhelok’ yang bermaksud melihat atau menonton; kedua perkataan melayu ‘olok-olok’ atau main-main; dan ketiga perkataan Arab iaitu Allah. “Maka teater rakyat hamdolok ini boleh dikatakan sebagai sebuah bentuk seni persembahan budaya komuniti Melayu dengan […]

trending_flat

Program Merdeka Sukacipta kukuhkan perpaduan masyarakat

KUALA LUMPUR, 17 September 2023 - Balai Seni Negara telah megadakan program Merdeka Sukacipta, bersempena sambutan Hari Malaysia 2023 dan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-66 pada tahun ini. Program tersebut berlangsung pada 16 dan 17 September 2023 bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur dan telah mendapat kerjasama daripada Nestle Milo, Gardenia, Farm Fresh, Gempak Starz dan Institut Jantung Negara (IJN). Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-Kanak “Merdeka Sukacipta”, Pertandingan Kostum Kreatif dan Pertandingan Seni Melukis Figuratif. Bagi Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-Kanak “Merdeka Sukacipta”, ia dibahagikan mengikut lima kategori iaitu Mewarna (OKU), Mewarna (6 tahun), Mewarna (7 – 9 tahun), Mewarna dan Melukis (10 – 12 tahun) serta Melukis (13 – 15 tahun). Manakala Pertandingan Kostum Kreatif pula terbuka kepada warganegara berumur 6 tahun ke atas mengikut kategori umur. Sementara itu, Pertandingan […]

trending_flat

ICWC ’23 Membentuk Masa Depan Pelancongan Malaysia & Perniagaan Global Melalui Kepelbagaian Budaya

KUALA LUMPUR, 8 SEPTEMBER 2023 - Acara 'A Taste of ICWC' yang menakjubkan yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di dalam lanskap budaya dan perniagaan, sebagai pembuka tirai kepada Persidangan Antarabangsa dan Pameran Budaya Dunia 2023 (ICWC '23). Dianjurkan oleh UDS Media Sdn. Bhd., acara ini memberikan gambaran menarik kepada persidangan yang bakal berlangsung pada bulan November, dengan penekanan yang kuat pada memacu perniagaan melalui pelancongan dan kerjasama merentas budaya. 'A Taste of ICWC' melangkaui pameran kepelbagaian budaya; ia turut membawa para pengunjung menyelami pelbagai budaya dunia. Wakil dari negara seperti New Zealand, Fiji, Australia, Cuba, Ukraine dan banyak lagi berinteraksi secara langsung dengan para pengunjung melalui gerai pameran interaktif yang direka khas bagi menyampaikan intipati budaya mereka yang menjadi asas untuk perkongsian merentas budaya. […]

trending_flat

Festival Bung Bratak rancakkan industri pelancongan

3 September 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan program MerakyatkanSeni Budaya: Festival Bung Bratak pada 2 – 3 September 2023 bertempat di Pusat Warisan Bung Bratak, Bau, Kuching,Sarawak. Menurut MOTAC, penganjuran program tersebut yang merupakan satu usahasama antara MOTAC dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak serta Pejabat Daerah Bau, dilihat berupaya merancakkan lagi industri pelancongan di Daerah Bau dan Pusat Warisan Bung Bratak. "Penganjuran program ini bermatlamat untuk memupuk nilainilai murni dan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti Bidayuh yang merupakan etnik ke-4 terbesar di Sarawak. Pusat ini merupakan tapak yang dibina untukmengekalkan warisan dalam usaha memulihara dan memelihara warisan etnik Bidayuh di Malaysia khasnya. Bung Bratak, dahulunya merupakan kawasan penempatan awal masyarakat Bidayuh bagi sub etnik Bidayuh iaitu JagoiBratak. Antara impak Pusat Warisan Bung Bratak kepada industri seni, budaya dan pelancongan Negeri Sarawak iniadalah […]

trending_flat

Kembara RIUH 2023 Selangor dekatkan seni dengan masyarakat

Kembara RIUH 2023 edisi Selangor anjuran Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu dengan sasaran 20,000 pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat. Menurut MyCreative, Kembara RIUH 2023 yang membuka ruang kepada lebih 100 artis dan usahawan kreatif tempatan, diadakan bertujuan mendekatkan seni dengan masyarakat. "Pelbagai aktiviti akan diadakan, seperti persembahan muzik, bengkel kreatif dengan elemen mesra alam dan kelestarian, program kesenian, himpunan permotoran, vendor barangan dan makanan. Ini termasuk 25 gerai makanan yang menawarkan pilihan hidangan Menu RAHMAH berharga RM5.00 dan ke bawah." kata MyCreative. Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menampilkan 20 artis terkenal tanah air. Antaranya, Dato’ M. Nasir, Hujan, Dolla, Balan Kash dan SOG.

trending_flat

Muzium ‘Pop-Up’ The World Of Tim Burton Menerima Kunjungan Lebih 100 Orang Anak Yatim Bertujuan Untuk Menyediakan Kemudahan Pendidikan Kesenian Kepada Semua Golongan

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2023 - Sejak pelancarannya pada Mac 2023, muzium pop-up bertaraf dunia, The World of Tim Burton telah mengkagumkan ribuan penggemar seni dan peminat pengarah filem dan seniman ikonik, Tim Burton, dari seluruh rantau Asia Tenggara. Dilengkapi dengan lebih 500 buah karya seni asli termasuk lukisan, fotograf, buku-buku lakaran, hasil kerja imej bergerak dan arca dalam lebih 10 buah seksyen bertema, muzium pop-up tersebut membolehkan para pengunjung mengalami watak-watak dan dunia hasil seni Tim Burton seperti Edward Scissorshands, Alice in Wonderland, Charlie and the Chocolate Factory, Beetlejuice, Frankenweenie, Tim Burton's The Nightmare Before Christmas, Corpse Bride, Batman, Wednesday dan banyak lagi. Penganjur dan penerbit The World of Tim Burton, Toybox Projects Sdn. Bhd. mendapati seni dapat memberikan inspirasi, semangat dan memperkasakan minda-minda muda, lantas mengambil peluang untuk melakukan perubahan dalam kehidupan mereka-mereka yang tidak mendapat kemudahan mengalami […]

trending_flat

HANYA SATU: “THETA” DI BALAI SENI NEGARA

KUALA LUMPUR – Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara kini membawakan karya "THETA", instalasi terbaharu oleh artis Bono Stellar yang dipamerkan di Lobi Galeri Balai Seni Negara bermula 24 April 2023 sehingga 24 Julai 2023. "THETA" menampilkan projeksi warna dan eksperimen untuk menciptakan ilusi mimpi yang didorong oleh gelombang Theta. Pengunjung berpeluang untuk merasai ruang instalasi imersif yang dapat menimbulkan pengalaman unik ilusi yang dicipta menerusi garis dan bahan reflektif. Ia mewujudkan pengalaman seperti mimpi yang nyata, sambil mencetus tanda soal, rasa ingin tahu serta renungan dalam kalangan penonton. Bono Stellar Menurut Bono Stellar, “dengan pelbagai metodologi yang diamalkan sebelum ini dalam proses penyembuhan diri, kini saya menggunakan gelombang Theta sebagai satu cara untuk melahirkan rasa syukur dan menabur niat di alam minda bawah sedar, membiarkannya tumbuh semasa saya tidur. Saya mengamati minda saya semasa sedar dengan tujuan untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation