trending_flat

Potensi graphene oksida dalam rawatan kanser

Oleh: Dr Rafeezul Mohamed Pengenalan Kanser merupakan penyakit kompleks yang terus mencabar para penyelidik perubatan di seluruh dunia. Graphene oksida (GO) merupakan bahan nano dua dimensi yang telah menarik minat yang besar disebabkan oleh sifat fisiko-kimia yang unik dan berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi bioperubatan termasuk rawatan kanser. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan potensi GO dalam rawatan kanser. Artikel ini merangkumi sifat-sifat unik GO, kaedah sintesis, dan teknik fungsian permukaannya. Pelbagai aplikasi GO dalam diagnosis atau pengesanan awal kanser, penghantaran ubat kanser, terapi fototerma, imunoterapi, serta kombinasi sinergistik dengan rawatan konvensional diterangkan secara terperinci. Selain itu, cabaran, pertimbangan keselamatan, dan prospek masa depan dalam menterjemahkan terapi kanser meggunakan GO pada peringkat klinikal turut dihuraikan dalam artikel ini. Dr Rafeezul Mohamed Sifat-sifat dan Sintesis GO GO terdiri daripada lapisan atom karbon yang tersusun dalam bentuk heksagonal. GO mempunyai ketebalan yang […]

trending_flat

Anwar tiba di Nanning

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Nanning bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS. Beliau diiring Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Di dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata bahawa sewaktu berucap di Majlis Perasmian CAEXPO dan untuk China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama para pemimpin ASEAN yang lain, beliau menyentuh kepentingan kebersamaan rantau Asean dan China agar terus fokus kepada aspek keamanan, kestabilan selain perdagangan beserta pelaburan yang terkait, kendatipun menopang cabaran pasca-pandemik dan dinamika geopolitik dunia masa kini. Katanya adalah penting usaha sedemikian dipelbagaikan seiring dengan perubahan dunia yang semakin mencabar. "Saya sempat menyentuh mengenai Rundingan Penambahbaikan ACFTA 3.0 yang sedang berjalan dimana ia amat penting bagi pemulihan pasca-pandemik COVID-19, hatta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara […]

trending_flat

TPM rasmi Karnival Sara Hidup Sarawak

KUCHING, 17 September 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada hari ini telah merasmikan Program Outreach Sara Hidup Pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional serta Karnival Sara Hidup Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 bertempat di Dewan HIKMAH, Kuching, Sarawak. Turut hadir adalah Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan bin Mohd Ali. Karnival Sara Hidup merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberi fokus kepada sumbangan bantuan kewangan tanpa tunai kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional serta pendedahan awal terhadap peluang pendidikan ke peringkat tinggi melalui pameran pendidikan dan kerjaya yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan Swasta seperti berikut: I. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT);II. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);III. Tabung […]

trending_flat

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Kredit video : Rancangan Podcast Politik Malaysia, Keluar Sekejap. Sedutan EP50 #KeluarSekejap:Ulasan @TSWanJunaidi tentang pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Dengar dan tonton Episode 50 penuh di Spotify atau YouTube. #KeluarSekejap pic.twitter.com/v0QTV4ATHp— Keluar Sekejap (@keluarsekejap) September 16, 2023

trending_flat

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi santuni warga Kolej Komuniti Kuching dalam sesi Segulai Sejalai

KUCHING, 16 SEPTEMBER - Seramai 60 orang yang terdiri daripada Pengarah-pengarah politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak dan warga Kolej Komuniti Kuching (KKKG) disantuni oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, DatukMohammad Yusof Apdal pada sesi Segulai Sejalai bertempat di Dewan Serbaguna, KKKG, hari ini. Lawatan tersebut membolehkan Mohammad Yusof melihat sendiri keunikan dan kecemerlangan KKKG dalam meningkatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia khususnya di Negeri Sarawak. "Setiap Kolej Komuniti mempunyai fokus dan keistimewaannya tersendiri, di mana setiap kursus yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat. Dalam menjayakan Ekonomi MADANI, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh menyumbang dengan lebih berkesan, khususnya melalui pendekatan 4P iaitu Penyediaan bakat; Penyelidikan dan inovasi; Pemindahan dan Perkongsian ilmu dengan masyarakat; dan Pengantarabangsaan." katanya. Ujarnya lagi, KPT melalui Kolej Komuniti berperanan besar dalam meningkatkan perkongsian ilmu dengan […]

trending_flat

JKDNKA berjaya tumpaskan sindiket seludup rokok, minuman keras dan bongkar makmal haram proses arak tiruan

KUALA LUMPUR, 15 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah melaksanakan pelbagai operasi termasuk Op Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 14 September 2023. Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Pengarah JKDNKA PDRM, CP Dato’ Sri Hazani Bin Ghazali berkata melalui operasi-operasi yang dijalankan tersebut seramai 3,764 individu telah ditahan dan pelbagai barangan seperti ubat–ubatan palsu, barang tidak bercukai kastam, haiwan dan hidupan liar telah dirampas dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM726,441,416.62. Katanya lagi, pada 7 September 2023, hasil risikan yang dijalankan oleh Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), JKDNKA Bukit Aman bersama Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras telah melancarkan tiga (3) serbuan di Kajang, Selangor. "Hasil serbuan tersebut telah berjaya menumpaskan satu (1) sindiket kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras […]

trending_flat

Majlis Penghantaran 3 Kontena – Wakaf Sejuta Qur’an

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur dapat bersama meluncurkan Majlis Penghantaran 3 Kontena - Wakaf Sejuta Qur’an di Nasyrul Quran, Putrajaya dengan kerjasama Yayasan Restu dan Nasyrul Quran. Di dalam catatannya di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata penghantaran tersebut melibatkan 30 ribu naskhah al-Qur’an terjemahan bahasa Inggeris diiringi dengan terjemahan bahasa Cina, ketiga buah negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom. "Usaha wakaf sejuta Qur’an menghadirkan suatu isyarat yang jelas – bahawa keganasan tidak dapat dihapuskan dengan keganasan. Malaysia berhasrat menggunakan pendekatan berhikmah bagi menangani gejala Islamofobia ketimbang pendekatan reaksionari (bertindak balas) yang berdasarkan emosional. Usaha Kerajaan Perpaduan menyokong inisiatif ini adalah konsisten dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan Al-Quran khususnya mengungkap semangat Madani yang menjunjung nilai dan akhlak bertunjangkan agama. Dua fasa disasarkan antara 2023-2025 bagi tugas melengkapkan cetakan sejuta naskhah terjemahan al-Qur’an pelbagai bahasa. 15 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation