trending_flat

Alami kemeriahan Hari Raya yang menggamit warisan budaya di Suria Klcc, Alamanda dan Mesra Mall

Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC menjemput para pengunjung untuk menulusuri sambutan yang imersif pada musim perayaan Hari Raya kali ini. Suria KLCC membawakan kempen Hari Raya yang berlangsung selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21 April bersempena dengan hari lebaran yang bakal kunjung tiba pada 10 dan 11 April kelak. Dekorasi sambutan perayaan Hari Raya kali ini bakal memukau para pengunjung apabila laman ‘Centre Court’ ditransformasikan menjadi suasana taman yang bertemakan keindahan bunga ‘bougainveilla” atau lebih dikenali sebagai bunga kertas, pokok palma dan juga pelbagai dedaun dan bunga tropika tempatan. Berdiri di tengah-tengah ruang hiasan yang gah, tersergam indah sebuah ‘Rumah Kampung’ tradisional dengan tata landskap yang menggamit nostalgia. Dekorasi lebaran kali ini turut membawakan latar belakang yang klasik dan sempurna apabila ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dilengkapi dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang. Pengunjung […]

trending_flat

Juadah bubur lambuk harus diangkat sebagai simbol perpaduan

SIBU, 23 Mac 2024 - Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program GERAK RAHMAH: ‘Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkei Perdana 2024’ yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. Menurut Kementerian Perpaduan Negara, Program Gerak Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memperkasa, dan mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan dalam komuniti khususnya dalam mendukung aspirasi Kerajaan untuk membangunkan Komuniti Rahmah. Program dilaksanakan di tiga (3) peringkat, iaitu peringkat kebangsaan di Sibu Sarawak, peringkat negeri di 16 buah negeri, dan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Aaron menyatakan bahawa kejayaan program sebelum ini telah memberikan dorongan positif terhadap nilai-nilai kebersamaan, muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Pada tahun 2023, hampir 4,002 KRT telah menyertai program tersebut dengan pengedaran sebanyak 400,000 bekas bubur lambuk. Manakala pada tahun ini disasarkan lebih 600,000 bekas […]

trending_flat

Pengimport Kurma Israel tarik produk dari Pasaran, Mohon Maaf.

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, isu kurma yang didakwa dari Israel pasti menjadi perbualan hangat. Tahun ini, isu ini lebih mendapat perhatian kerana terdapat beberapa portal yang berkongsi senarai kurma dari Israel yang ada di pasaran Malaysia. Selain itu turut tular video peniaga yang menukar kotak kurma sekaligus mewujudkan persepsi bahawa kurma tersebut dari Israel. Benarkah terdapat kurma dari Israel yang dijual di Malaysia sedangkan kedua-dua negara ini tiada sebarang hubungan diplomatik? Rakan JOMCHECK, MalaysiaKini melaporkan kurma dari Israel wujud di pasaran Malaysia dan telah dirampas pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. STATUS: BENARPENJELASAN: Pengimport produk tersebut iaitu Matahari Sdn Bhd mendapat bekalan dari syarikat di Greece, meletak nama negara Israel bagi pematuhan pensijilan organik. Mereka telah membuat permohonan maaf dan menarik balik produk itu dari pasaran. Sumber: […]

trending_flat

Malaysia tolak tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 - Kerajaan memutuskan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan SukanKomanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026. Keputusan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi. Menurit Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini, delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari 2024. "Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar. Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini." kata KBS. Justeru, Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Laut Jawa, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Jawa pada jam 4:53 petang tadi. Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:53 petang, 22 Mac 2024Koordinat: 6.0° Selatan 112.4° TimurLokasi: Laut JawaMagnitud: 6.4Jarak: 141km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 14 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

SPX Express Mengoptimumkan Rangkaian Logistik, Mempercepatkan Penghantaran E-Dagang kepada 30%

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 – SPX Express (SPX), rakan logistik dipercayai Shopee meraikan kenaikan prestasi kecekapan e-dagang seluruh negara dengan pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja baharu di Klang, Selangor. Sejak Januari 2024, SPX telah mencapai penambahbaikan 30% dalam waktu penghantaran terhadap bungkusan yang dihantar dari kawasan Lembah Klang ke luar Lembah Klang. SPX berterusan menambah baik keseluruhan rangkaian logistik di seluruh Malaysia; 50% pelanggan kini boleh menerima pesanan mereka dalam masa tidak lebih tiga hari. Pada 2024, SPX berazam untuk berterusan meningkatkan kapasiti dan kawasan penghantaran, menambahbaik pengalaman menyeluruh pengguna, dan mengurangkan kos untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat rakyat Malaysia. Rangkaian meluas SPX yang merangkumi lebih 140 hab dan gudang dan lebih 1,200 pusat perkhidmatan yang menyokong penghantaran barangan dari penjual (seller drop-offs) dan kutipan barangan oleh pembeli (buyer self-collection) dari seluruh Malaysia meletakkan SPX sebagai peneraju […]

trending_flat

Adaptasi AI dalam kurikulum mengikut keperluan semasa

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan (AI) dalam pendidikan perlu disesuaikan dengan kandungan pendidikan semasa, memberi pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan pelajar dan membolehkan pembelajaran personal dilaksanakan bagi menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran. Dengan perkembangan teknologi AI pada masa kini, adalah penting untuk mengadaptasi kurikulum AI seiring dengan trend dan pembangunan pendidikan bagi memenuhi permintaan industri. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Untuk membangunkan kurikulum dalam bidang AI, beberapa fasa perlu dilaksanakan seperti reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan yang merangkumi konsep, prinsip dan aplikasi AI untuk memberikan pemahaman mendalam kepada pendidik dan pelajar berkaitan asas berkaitan teknologi AI. Kurikulum AI yang direka bentuk dengan baik perlu meliputi dari aspek multidisiplin dan keselarasan dengan piawaian industri serta objektif pendidikan. Walau bagaimanapun, mengembangkan dan mengadaptasi kurikulum AI mempunyai pelbagai cabaran dan kekangan. Salah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation