UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli
Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM RIVER, 20 Mac 2024 – Semua kalangan masyarakat berhak menerima pendidikan yang sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga banyak mengambil langkah baru dalam memastikan masyarakat orang asli tidak mengalami keciciran dan dapat belajar dengan sejahtera di sekolah. Bagi menyokong aspirasi KPM, UPSI bekerjasama dengan Yakult, PPD Muallim dan Pusat Kesihatan Muallim dalam menganjurkan program Back to school yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Slim River. Pengetua Kolej Harun Aminurrashid UPSI, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan diantara UPSI dan masyarakat orang asli. “Program sebegini bertujuan melahirkan rasa tanggungjawab sosial untuk bersama memberikan sesuatu yang bermanfaat dalam komuniti setempat. Sikap ambil peduli dan ganding bahu perlu kita tanam untuk membangun masyarakat madani dan menerajui kecemerlangan intelek bagi anak-anak orang asli”. […]