trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Kuril

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Kuril pada jam 5:15 petang tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:15 petang, 28 Disember 2023Koordinat: 44.4° Utara 149.1° TimurLokasi: Kepulauan KurilMagnitud: 6.4Jarak: 542km Timur dari Asahikawa,JepunKedalaman: 48 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

KPKT berjaya laksanakan 5,196 projek pembangunan rakyat sepanjang tahun ini

SERI KEMBANGAN, 28 Disember 2023 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengumumkan kejayaan pelaksanaan 5,196 projek pembangunan kepada rakyat bagi tahun 2023 dengan jumlahperuntukan sebanyak RM700 juta. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media semasa lawatan kerja turun padang beliau ke Pasar Bazar Rakyat Seri Kembangan pada pagi ini. Beliau turut meninjau kerja-kerja membaik pulih pasar tersebut dengan memberikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300 ribu yang telah disalurkan oleh KPKT meliputi kerja-kerja mengecat semula struktur besi, dinding bata, penggantian penutup longkang (MS Grating) dan kerja-kerja menaik taraf tandas/pembaikan tandas. Dalam sidang media tersebut, YB Kor Ming turut memaklumkan bagi tahun 2023, jumlah peruntukan BP.1 yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengalami peningkatan yang ketara dengan jumlah sebanyak RM700 juta berbanding RM489 juta pada tahun 2022. Ia melibatkan keseluruhan pelaksanaan 5,196 projek […]

trending_flat

PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diluncurkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari 2024 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain. Rafizi turut berpendapat bahawa sistem PADU tersebut adalah 'padu' kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan perunding (consultant) dan kontraktor luar. "Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan. PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan […]

trending_flat

Jadikan pematuhan halal sebagai tanggungjawab sosial aktiviti perniagaan

Oleh: Juliana Anis Ramli Kewujudan industri halal di pasaran perniagaan dianggap bukan sahaja memenuhi tuntutan agama bahkan ia adalah salah satu segmen yang penting dalam sumbangan terhadap ekonomi negara yang signifikan dan relevan. Keperluan industri halal dalam pasaran adalah satu indikasi terhadap sambutan yang tinggi daripada pelanggan di dalam dan luar negara, berikutan kepada peningkatan dalam permintaan dan kuasa membeli terhadap produk dan perkhidmatan halal. Juliana Anis Ramli Maka, tidak hairanlah Malaysia dianggap sebagai peneraju hab halal antarabangsa dan menjadi sumber rujukan penting dari luar negara, lebih-lebih lagi dalam aspek produk makanan dan persijilan halal. Halal adalah didefinisikan sebagai ‘dibenarkan’ (permitted) dalam hukum Islam yang merangkumi segala aspek termasuk produk (makanan dan minuman) dan perkhidmatan dari pelbagai sektor seperti perbankan dan kewangan, farmaseutikal, kosmetik, logistik, pelancongan, kesihatan dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan dalam pengambilan makanan halal demi menjaga kepentingan umat […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 6:43 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:43 pagi, 28 Disember 2023Koordinat: 8.1° Selatan 107.8° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 99km Barat Daya dari Tasikmalaya, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

KDN gerakkan agensi dan aset hadapi banjir

Susulan hujan berterusan di beberapa negeri dan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, anggota dan aset-aset Jabatan/Agensi pengurusan banjir di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kawasan terjejas telah digerakkan. Menurut KDN, tugas dan tanggungjawabnya diketuai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah berpandukan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara). "Gerak kerja PDRM turut dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Sehingga kini, sejumlah 647 anggota PDRM dan 154 petugas RELA telah diatur gerak dengan kekuatan aset sebanyak 35 buah bot, 29 buah lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda. Kekuatan anggota dan aset akan di tambah berdasarkan situasi bencana." kata KDN. KDN turut menasihatkan kepada seluruh rakyat yang berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, […]

trending_flat

Isu Stesen Petronas kehabisan stok diesel telah selesai – Armizan

Susulan laporan media baru-baru ini berkaitan pengumuman oleh Petronas bahawa beberapa stesen minyaknya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata isu tersebut telah selesai. Kata Armizan, isu tersebut telah diselesaikan melalui kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan (MOF) dan Petronas sendiri. "Petronas akan membuat penghantaran bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Petronas juga telah disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesyen-stesyen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh." jelas Armizan. Tambah beliau, Petronas telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation