Pembaharuan lesen memandu dan kenderaan motor boleh dibuat melalui MyJPJ mulai Februari ini
Bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024. Menurut Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ tersebut akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara). "Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ." katanya. Dalam pada iatu, bermula hari ini orang awam boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan fungsi baharu iaitu ‘Kongsi LKM’ di Aplikasi MyJPJ. Kata Siew Fook, melalui fungsi baharu itu, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM sesama ahli keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh […]