trending_flat

Keperluan pengurusan teknostres dalam pendidikan

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Kemajuan teknologi telah mengubah sistem pendidikan yang menawarkan spektrum baharu khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Walau bagaimanapun, dengan integrasi teknologi dalam pendidikan, muncul fenomena teknostres yang merupakan satu istilah yang merangkumi tekanan dan kebimbangan akibat penggunaan teknologi digital. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Dalam konteks pendidikan, teknostres menjelma apabila pelajar bergelut dengan tuntutan dan cabaran yang ditimbulkan oleh pengintergrasian teknologi baharu dalam dunia akademik. Memahami dan menangani tekanan teknologi adalah penting untuk memastikan manfaat teknologi dalam pendidikan dimaksimumkan sebaik mungkin sambil meminimumkan kesan negatif terhadap kesejahteraan pelajar. Mengintegrasikan pengurusan teknostres dalam amalan pendidikan adalah penting dalam era digital. Ini adalah kerana apabila teknologi menjadi semakin meluas dalam tetapan pendidikan, pelajar sering bergelut dengan tekanan yang berkaitan dengan prosedur dan amalan terbaik dalam penggunaannya. Bebanan maklumat yang berlebihan akan menyebabkan […]

trending_flat

Mengurus pembaikan bangunan selepas banjir perlukan ilmu

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Saban tahun, kejadian banjir menjadi tajuk berita yang biasa kita dengar pada musim tengkujuh. Selain dari risiko terhadap nyawa manusia dan kerosakan harta benda, banjir juga mendatangkan masalah kepada pemilik rumah dan premis yang terpaksa mencuci bangunan mereka selepas setiap episod banjir berlaku. Bergantung kepada jenis struktur dan juga kadar kerosakan, terdapat cara yang betul untuk mencuci bangunan yang terjejas akibat terendam dalam tempoh banjir bagi memastikan ketahanan struktur dan fabrik bangunan dalam jangka masa panjang. Cara pencucian dan pembaikan yang betul juga dapat mengelakkan masalah kepada kemasan yang diperbaharui selepas pencucian dan pembaikan yang dijalankan. Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Kebanyakan struktur bangunan di Malaysia dibina menggunakan sistem struktur konkrit bertetulang dengan fabrik bangunan yang diperbuat daripada bata dan plaster yang dicat. Dalam keadaan banjir, struktur sebegini berpotensi untuk menyerap air banjir kerana […]

trending_flat

Tourism Malaysia anjur Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perlis 2023

KANGAR, 11 Disember 2023 - Seramai 10 pengamal media terdiri daripada wakil media elektronik, penghasil kandungan serta pempengaruh media sosial telah dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perlis 2023 anjuran Tourism Malaysia selama tiga hari dua malam untuk meneroka produk-produk ekopelancongan, pelancongan minat khas dan gastronomi di sekitar Arau, Padang Besar dan Kangar. Menurut Tourism Malaysia, program lawatan suai kenal yang berlangsung dari 6 hingga 8 Disember 2023 tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan media bagi membantu mempromosikan produk-produk pelancongan domestik yang dilawati secara dalam talian, khususnya di media sosial. Kata Tourism Malaysia, antara lokasi yang diketengahkan dalam lawatan tersebut ialah pengalaman menerokaGua Wang Burma di Padang Besar yang terletak dalam jajaran Perlis Geopark. Produk pelancongan tersebut merupakan antara salah satu destinasi yang ditawarkan dalam 41 Pakej Ekopelancongan Negeri Perlis oleh lapan pengusaha pelancongan di bawah kelolaan Tourism Malaysia. "Para […]

trending_flat

Perlunya kerangka pengurusan risiko untuk IPT

Oleh: Dr. Azleen Ilias Pengurusan risiko dan kawalan dalaman penting adalah di dalam sektor swasta kerana sektor ini diperlukan untuk memelihara keuntungan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, pengurusan risiko tidak terkecuali dalam sektor awam. Kerajaan perlu memberi penekanan kepada pengurangan risiko yang dihadapinya seperti penipuan, salah guna kuasa, dan kesilapan dalam membuat keputusan yang tidak mengikut kehendak kerajaan atau sektor awam. Dr. Azleen Ilias Konteks pengurusan risiko adalah amat luas dan tentunya boleh digunakan dalam industri pendidikan. Terdapat lima risiko teratas iaitu keselamatan siber dan tadbir urus maklumat, pengalaman pelajar, pengambilan pelajar, kesihatan mental, dan kemampanan kewangan. IPT di Malaysia pasti menghadapi risiko ketika menjalankan aktiviti institusi mereka dan mencapai matlamat strategik mereka. Terdapat inisiatif Green Book dari Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi tumpuan kepada peranan lembaga pengarah dan pengurusan risiko. Ia berdasarkan Program Transformasi Universiti. Ia juga menunjukkan bahawa hanya […]

trending_flat

KPN, Timbalan KPN Penuhi Undangan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Sumber : Facebook Rasmi PDRM Cheras, 10 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi hadir memenuhi undangan ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan dekat Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Program yang dianjurkan bersempena setahun usia pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 Disember lalu dan secara rasmi melabuhkan tirainya pada hari ini dengan disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antara objektif penganjuran program tersebut ialah bagi mendekatkan lagi Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dengan rakyat, disamping memaklumkan secara terus kejayaan-kejayaan yang telah ditempa oleh negara sepanjang setahun pimpinan Kerajaan MADANI. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Kementerian Dalam Negeri juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program tersebut dengan membuka ruang pameran dan kaunter diskaun saman […]

trending_flat

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini, bumi Gaza sudah ibarat padang jarak padang tekukur. Cebisan daging dan darah dapat dilihat di mana-mana. Semua bangunan yang menjadi tempat penduduk mendapat perlindungan dan manfaat seperti kediaman, tempat ibadah, hospital, sekolah dan sebagainya sudah hancur lumat akibat dibedil dan dibom. Dr. Nurul Husna Mansor Dr. Azmawaty Mohamad Nor Tidak lagi dapat disaksikan kanak kanak berlari lari keriangan, tidak lagi kelihatan kaum ibu saling bertegur sapa sambil membersihkan debu-debu di sekitar halaman rumah, tidak ada lagi sekumpulan bapa-bapa yang bekerja keras membanting tulang mencari nafkah buat isi rumah. Yang ada hanyalah tangisan dan raungan lantaran kehilangan insan tersayang. Segala yang dimiliki musnah dan lenyap sekelip mata. Yang berbaki hanyalah sisa runtuhan, kenangan dan trauma yang sangat mendalam kepada insan yang ditinggalkan. Dari sudut pandang psikologi, trauma yang dialami […]

trending_flat

KPDN optimis misi perdagangan ke Kemboja bawa hasil pulangan pelaburan ke negara

PHNOM PENH, 6 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan satu Misi Perdagangan Francais Ke Phnom Penh, Kemboja Bagi Program Franchise Malaysia In Phnom Penh, Cambodia yang diadakan dari 3 hingga 6 Disember 2023. Ia diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Dato’ Rohaizi Bahari. turut hadir bersama adalah Deputy Chief of Mission Malaysia ke Kemboja, Puan Nur Herzazzila Ghazali dan Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Encik Deric Yeo. Selain wakil daripada KPDN, delegasi itu turut disertai oleh wakil Persatuan Francais Malaysia (MFA), MATRADE dan 5 syarikat francais terkemuka tempatan seperti Marrybrown, Q-Dees, HOME Math Therapy, Smart Reader Kids dan MyeongDong Topokki. "KPDN komited untuk membawa lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation