trending_flat

Balai Polis Pelancong di MaTiC beroperasi semula

7 Oktober 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa Balai Polis Pelancong yang terletak di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur kini telah beroperasi semula sepenuhnya bermula pada 2 Oktober 2023. Menurut MOTAC dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, waktu operasi Balai Polis Pelancong berkenaan adalah pada setiap hari, bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam. Balai Polis Pelancong tersebut juga boleh dihubungi di talian 03-92354999 atau 03-9235 4998 dan secara umumnya, pegawai-pegawai Polis Pelancong boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Agensi-agensi pelancongan dan pengembaraan, pemandupemandu pelancong, pengusaha-pengusaha premis penginapan pelancong serta orang awam boleh menasihat pelancongpelancong yang perlu membuat aduan atau laporan dengan pihak PDRM untuk berurusan di Balai Polis Pelancong di MaTiC.

trending_flat

Pemberian penggunaan fasiliti sukan secara percuma disambut baik sekolah-sekolah – KBS

PUTRAJAYA 7 Oktober 2023 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah mengumumkan pemberian penggunaan secara percuma fasiliti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk kegunaan Sambutan Hari Sukan Sekolah tertakluk kepada kekosonganjadual tempahan fasiliti. Pemberian tersebut adalah bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) pada25 Julai lepas. Menurut KBS, antara fasiliti yang terlibat adalah penggunaan trek dan fasiliti di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dibuka untuk penggunaan sekolah, penggunaan gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara serta padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan Jalan Duta. "Inisiatif ini telah disambut baik oleh pihak sekolah di Malaysia. Sehingga ke tarikh hari ini, sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk tempahan sukan sekolah di Stadium Nasional. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya, Kuala Lumpur telah menjadi sekolah pertama […]

trending_flat

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) Memperkukuh Kerjasama Dua Hala Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Universiti Murdoch Australia (MU)

SUNGAI BULOH, 6 OKTOBER 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala bersama Universit Murdoch Australia (MU) dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk menggalakkan lagi program perkongsian kepakaran, penganjuran bersama bengkel dan seminar antarabangsa, pertukaran staf dan pelajar, aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Satu majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) telah diadakan di Auditorium Khalid Yusoff, Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sg Buloh. Pertukaran dokumen persefahaman ini diserahkan oleh Penolong Naib Canselor (Strategi) UiTM, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor kepada Pro Naib Canselor, Kolej Alam Sekitar dan Sains Hayat, Universiti Murdoch, Prof. Dr. Jennifer Verduin. Bersempena majlis ini, satu bengkel Environmental Forensics: Science, Investigation, and Transnational Education to Fight Green Crimes telah dianjurkan oleh Institut Bioteknologi Perubatan Molekul (IMMB), Fakulti Perubatan bermula dari 25 September sehingga 8 […]

trending_flat

Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) di sekitar Selangor libatkan kerjasama Penguatkuasaan Rentas Agensi

PUTRAJAYA, 6 OKTOBER 2023 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Tuan Chan Foong Hin mengetuai Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) di premis pemborong beras di sekitar Selangor pada Khamis. Operasi tersebut melibatkan kerjasama penguatkuasaan rentas agensi antaranya Penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). "Ia melibatkan 42 anggota penguatkuasa dan PDRM meliputi pengambilan sampel beras dan pengiraan stok fizikal beras dalam simpanan gudang." kata KPKM. Katanya lagi hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa semua premis pemborong beras mempunyai bekalan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI), lesen masih sah tempoh dan simpanan beras tidak melebihi had muatan yang dilesenkan. "Kesemua sampel yang diambil adalah mengikut prosedur penguatkuasaan yang […]

trending_flat

Wan Junaidi bertemu Speaker Parlimen Ghana, kukuhkan hubungan antara kedua negara

ACCRA, GHANA 6 Oktober 2023 - Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah bertemu Speaker Parlimen Ghana, Rt Hon. Alban Sumana Kingsford Bagbin di dalam mesyuarat bilateral semasa beliau menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Ghana, tuan rumah bagi persidangan tersebut. Mesyuarat bilateral yang diadakan pada 5 Oktober 2023 jam 8.30 malam (waktu Malaysia) turut disertai oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Senator Isaiah DJacob dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. "Rt Hon. Alban Sumana Kingsford Bagbin, Speaker Parlimen Ghana mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengetuai delegasi Malaysia untuk penyertaan yang konstruktif, menambah nilai kepada persidangan ini dan turut menyumbang kepada ekonomi Ghana secara amnya. Beliau […]

trending_flat

Maritim Malaysia lahirkan 15 Penyelam Penyelamat

GEBENG, 5 Oktober - Seramai 15 orang terdiri tiga pegawai dan 12 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menamatkan Kursus Penyelam Penyelamat Siri 1/2023 bertempat di Akademi Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini hari ini. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata, kursus yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 50 orang peserta dalam kalangan pegawai dan anggota Maritim Malaysia. Jelasnya kesemua peserta kursus terlebih dahulu perlu melalui beberapa siri tapisan oleh Markas Pasukan Tindakan Khas (PTK) serta saringan kesihatan di Institut Perubatan Bawah Air (IPBAH) Hospital Angkatan Tentera di Kota Kinabalu dan Lumut. Hasil keputusan saringan berkenaan, seramai 22 pelatih telah disahkan sihat tubuh badan dan layak untuk diuji. Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutup Kursus Penyelam Penyelamat Siri 1/2023 Maritim Malaysia hari ini. Turut […]

trending_flat

Gangguan Bekalan Air Berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 9:00 pagi, 10 Oktober 2023 (Selasa). Menurut Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 10 Oktober 2023 (Selasa). "Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis). Para pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Tempoh masa gangguan dan pemulihan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation