trending_flat

Menteri KPKT rasmi Loji Tenaga Boleh Baharu Berkapasiti 12MW (megawatt) terbesar di Malaysia

HULU SELANGOR, 20 September 2023 - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengadakan Lawatan Kerja ke Bukit Tagar Enviro Park (BTEP) pada pagi semalam dan seterusnya merasmikan Loji Tenaga Boleh Baharu Berkapasiti 12MW (megawatt) yang terbesar di Malaysia. Ia merupakan satu inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Syarikat Berjaya Enviro Parks Sdn. Bhd (BEPSB) dalam memastikan kelestarian sistem pengurusan sisa pepejal negara yang lebih mampan di Malaysia. Loji Waste to Energy (WtE) atau ‘Sisa kepada Tenaga’ adalah merupakan salah satu kaedah merawat sisa pepejal dan pada masa yang sama menjana tenaga boleh baharu. Loji WtE boleh menggunakan teknologi seperti Insinerator, Biogas, Anaerobic Digestor (AD), Mechanical and Biological Treatment (MBT) dan sebagainya. Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar atau lebih dikenali sebagai Bukit Tagar Enviro Park (BTEP) telah beroperasi sejak […]

trending_flat

Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan

GOMBAK 19 September 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang dan Pasar Raya NSK Selayang, Batu Caves, Selangor semalam. Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan ini adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat kuasa (BPGK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Menurut Armizan, tinjauan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras dan barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya. "Bermula 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga […]

trending_flat

Manfaatkan RCEPP dan transaksi bilateral LCT untuk kukuhkan ringgit

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Ringgit didapati menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini. Penyusutan ini adalah sejajar dengan mata wang serantau seperti Indonesia Rupiah (IDR) dan Thailand Baht (THB) yang juga menunjukkan tren penyusutan berbanding dolar AS. Dr. Adilah A. Wahab Untuk rekod, Ringgit telah menyusut berbanding dolar AS iaitu 4.6300/AS pada 1 September 2023 daripada 4.5200/AS pada 1 Ogos 2023. Penyusutan Ringgit ini selari dengan penyusutan IDR yang menunjukkan 15,224.75/AS pada 1 September 2023 daripada 15,139.50/AS pada 1 Ogos 2023. Para penganalisis ekonomi menyatakan faktor utama yang menyebabkan penyusutan mata wang Ringgit, Rupiah dan negara serantau disebabkan bank pusat AS yang menaikkan kadar faedah AS untuk jangka masa yang agak lama untuk menstabilkan kadar inflasi mereka. Pengerusi Rizab Persekutuan AS memberi amaran kepada negara Asia kerana bekemungkinan mereka akan menaikkan kadar faedah AS […]

trending_flat

Literasi kewangan pelajar penentu keberhasilan Belanjawan MADANI

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Pada Februari lalu, Perdana Menteri (PMX) yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI. Untuk tahun 2023, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diperuntukkan RM15.3 bilion berbanding RM14.5 bilion tahun sebelumnya. Dr. Adilah A. Wahab Antara inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI khusus untuk pelajar di institusi tinggi adalah (1) RM6.6 bilion untuk pinjaman pendidikan dan kemudahan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Peneraju, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM); (2) peruntukan sebanyak RM6.7 bilion untuk memperkasakan inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); dan (3) diskaun 20 peratus untuk bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun ini. Namun, inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI ini mungkin hanya dapat di manfaatkan majoritinya oleh pelajar yang celik kewangan. Pelajar […]

trending_flat

Tourism Malaysia Taja Jersi Polka Dot Raja Bukit Le Tour De Langkawi 2023

KUALA LUMPUR, 18 September 2023 – Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2023, hari ini memperkenalkan Tourism Malaysia sebagai penaja jersi Raja Bukit atau King of the Mountain bagi perlumbaan berbasikal itu yang bakal menyaksik an permulaan saingan di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini. Dengan tajaan sebanyak RM1 juta, kehadiran Tourism Malaysia yang mengangkat jenama “Malaysia Truly Asia”, bakal memeriahkan lagi perlumbaan berstatus ProSeries tersebut selama lapan hari sekali gus mempromosikan segmen pelancongan sukan negara. Selain tajaan tunai, Tourism Malaysia turut membawakan persembahan kebudayaan tradisional di setiap lokasi pelepasan selain kemunculan pempengaruh media sosial di beberapa lokasi perlumbaan bagi mempromosikan LTdL secara lebih meluas khususnya di Indonesia. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, kolaborasi penajaan tersebut bukanlah suatu yang baharu kerana pihaknya telah turut sama mempromosikan LTdL sejak awal […]

trending_flat

Pemimpin Pelajar Negara-Negara Asean Dan Jepun Menerajui Usaha Menentang Sisa Plastik Marin Dan Ke Arah Hari Esok Yang Mampan Di “Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar Asean-Jepun (Ajyeln)”

Dalam talian dari 3pm JST pada 21 September 2023TOKYO, 18 Sept (Bernama) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan mengadakan Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar ASEAN-Jepun (AJYELN) pada hari Khamis, 21 September, 15:00-16:30 (JST). Pelancaran tersebut akan memperkenalkan 37 orang felo secara rasmi yang telah dipilih daripada ratusan pemohon yang bersaing sengit dari semua Negara Anggota ASEAN dan Jepun. Felo AJYELN akan membentangkan projek masing-masing mengenai cara untuk menangani isu pencemaran plastik di komuniti setempat mereka.Kementerian Alam Sekitar Jepun, akan mendapat penghormatan untuk memberikan Ucapan Perasmian manakala Ucapan Alu-aluan akan diujarkan oleh Sekretariat ASEAN. En. Robin Takashi Lewis daripada myMizu dan Social Innovation Japan akan memberikan Ucaptama manakala Mesej Sokongan akan dikongsi oleh En.Senjaya Mulia daripada Organisasi Belia ASEAN dan Perusahaan Sosial AYO.AJYELN ialah program berbilang tahun AJC yang pertama yang bertujuan untuk merekrut dan melatih pemimpin muda alam sekitar dalam […]

trending_flat

Kembara Cuti-Cuti Malaysia The Girls Republique bersama Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 September 2023 – Sebanyak 12 pempengaruh media sosial yang bernaung di bawah jaringan The Girls Republique, menyertai program Kembara CutiCuti Malaysia The Girls Republique bermula hari ini untuk menghasilkan kandungan media sosial serta mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan menarik di sekitar negeri Kelantan dan Pahang. Program kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia itu antara lain bertujuan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya Generasi Z dan Millennial, untuk lebih aktif melancong di dalam negara serta mencipta kenangan indah bersama rakan-rakan sekali gus merancakkan lagi kempen pelancongan domestik. Antara lokasi pelancongan yang dilawati termasuklah Muzium Negeri Kelantan, Street Art Kota Bharu, Kampung Kraftangan, Pantai Senok dan Pantai Nusuk di Kelantan. Di Pahang, aktiviti pelancongan yang diketengahkan pula melibatkan kawasan Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip dan menelusuri mangrove river cruise selain meluncurdi Cherating. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, generasi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation