trending_flat

KPDN akan laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023

BERANANG, 6 November 2023 – Menjelang sambutan perayaan Deepavali 2023 pada 12 November 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 berkuatkuasa dari 9 November hingga 15 November 2023. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi satu siaran media hari ini, tempoh pelaksanaan adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan. Katanya, selain daripada barang-barang di bawah harga kawalan maksimum sedia ada, KPDN telah mengenal pasti sebanyak 8 jenis barangan yang akan dikawal di bawah Skim ini. Barangan yang terlibat di bawah Skim adalah: i. Bawang merah besar import;ii. Bawang merah kecil (India) tidak termasuk Ros;iii. Cili merah;iv. Daging kambing biri-biri bertulang import;v. Kacang dal (Australia);vi. Kelapa biji (Harga maksimum di peringkat […]

trending_flat

Laporan Terkini Kejadian Bencana di Seluruh Negara

6 November 2023 - Hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa kawasan-kawasan rendah dinaiki air selain paras air sungai utama juga menunjukkan trend menaik. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan, sehingga jam 12.00 tengah hari (06 November 2023) bilangan negeri yang terkesan banjir kekal di tiga (3) buah negeri dimana enam (6) daerah iaitu di negeri Perak, Selangor, dan Pahang masih terjejas. Katanya, seramai 881 orang mangsa daripada 237 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan sedang berada di 12 buah PPS. Tambah Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan bahawa sehingga jam 6.00 pagi hari ini terdapat tiga (3) sungai yang bacaan air berada diparas bahaya iaitu : a) Kampung Sri Paya : Sungai Pontian Besar Kulai, Johor Bahrub) Changkat Jong […]

trending_flat

Ini 14 langkah menempatkan golongan OKU di IPT

Oleh: Dr. Azleen Ilias Mengatasi halangan pendidikan tinggi dalam dunia yang semakin inklusif dan akses kepada pendidikan tinggi untuk orang kurang upaya (OKU) kekal sebagai topik penting sejajar dengan konsep Malaysia MADANI. Oleh itu, IPT memainkan peranan penting dalam mengurangkan cabaran dan mewujudkan persekitaran pendidikan yang inklusif. Dr. Azleen Ilias OKU menghadapi pelbagai cabaran semasa mengejar impian mereka. Cabaran pertama yang sering kali didengari adalah prasarana yang tidak mesra OKU, termasuk bangunan yang sukar diakses dan kemudahan pengangkutan yang tidak sesuai. Prasarana ini menyukarkan pergerakan pelajar kurang upaya (PKU) di sekitar kampus. Setiap PKU memerlukan sokongan yang berbeza. Pihak IPT mungkin tidak dapat menyediakan pusat yang mencukupi untuk menguruskan keperluan PKU secara efektif. Cabaran kedua adalah kekurangan aksesibiliti kepada teknologi digital dalam pembelajaran, terutamanya pembelajaran dan komunikasi dalam talian. PKU mungkin menghadapi masalah mencapai platform e-learning atau dokumen tanpa bantuan. […]

trending_flat

Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin Ketua Pengarah Maritim Malaysia Baharu

PUTRAJAYA, 6 November - Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang ke enam berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som yang telah bersara wajib pada Mac lalu. Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin Dilahirkan di Selangor pada 19 April 1964, Datuk Hamid yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, telah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 23 tahun sebelum diserapkan ke Maritim Malaysia sebagai pegawai perintis agensi ini pada 31 Oktober 2005. Simbolik pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan isteri Yang Berbahagia Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Hjh Sapiah Binti Dato' Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Memiliki pengalaman luas […]

trending_flat

Segera tangani krisis makanan di zon konflik

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia dalam pelbagai peringkat usia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahu pun tua. Ia termasuk dalam keperluan daruriyat bagi memelihara nyawa, tubuh badan dan akal manusia. Ketiadaan makanan boleh menyebabkan kebuluran dan kematian, manakala kekurangan makanan akan menyebabkan perkembangan otak terganggu kerana tidak mendapat nutrien yang mencukupi di samping dapat menyebabkan tumbesaran kanak-kanak menjadi bantut. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Asasnya, keterjaminan makanan merupakan situasi yang mana setiap orang dalam keluarga mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, berkhasiat, selamat dan boleh dicapai makanan tersebut. Ia melibatkan empat dimensi utama, iaitu pertama, ketersediaan makanan, iaitu makanan tersebut wujud dan tersedia serta mencukupi pada setiap masa; kedua, akses makanan, iaitu makanan itu boleh dicapai dan dikonsumsi bila diperlukan; ketiga, penggunaan makanan, iaitu makanan itu berkhasiat, bernutrisi, berkualiti dan tidak memudaratkan; […]

trending_flat

Timbalan KPN Dianugerahkan Darjah Seri Panglima Taming Sari

KUALA KANGSAR, 5 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Dato' Seri Panglima' di Istana Iskandariah, Perak di sini. Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak itu diadakan bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2023 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Turut berangkat ke istiadat yang sama pagi tadi, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman tidak ketinggalan hadir menyaksikan istiadat tersebut seawal jam 7.45 pagi. Dalam istiadat yang berlangsung, Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan darjah kebesaran S.P.T.S. kepada Panglima Angkatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation