trending_flat

Solidariti kemanusiaan merentasi sempadan agama dan bangsa

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Serangan Israel ke atas Palestin merupakan tragedi kemanusiaan yang besar bagi abad ke-21M. Motif serangan ini adalah bagi memperluaskan kawasan jajahan di Palestin khususnya daerah Gaza dan memusnahkan penguasaan pihak Hamas di samping bertujuan untuk penguasaan kawasan rizab gas yang besar di lautan jalur Gaza. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Seolah hilang kewarasan akal, mereka bebas membunuh orang awam, meruntuhkan kemudahan hospital dan rumah ibadat. Tindakan mereka direstui oleh banyak pihak dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dinyatakan kepada keganasan yang dilakukan oleh pihak Israel. Ramai pihak menutup mata di atas kekejaman tersebut. Sedangkan serangan Israel ini melibatkan pembunuhan beramai-ramai terbesar sejak kewujudannya pada tahun 1948. Setiap hari, terdapat banyak gambar kemusnahan massal, orang awam dan kanak-kanak terbunuh dan cedera dipaparkan di media massa, t`etapi ia sedikit pun tidak menjentik hati nurani […]

trending_flat

JPPKK Komited Tingkat Peratus Graduan Raih Gaji Premium

ARAU, 7 NOVEMBER 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) komited untuk meningkatkan peratus graduan memperolehi gaji premium. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini. “Bagi memastikan ianya dapat dicapai, pelbagai usaha telah dilaksana antaranya menyediakan kurikulum berpacukan industri, merancakkan jalinan kolaborasi industri berimpak tinggi, kerjasama merentas kementerian juga agensi serta pemantapan platform yang berupaya memadankan keperluan industri dan bidang graduan,”katanya. Tambah beliau, POLYCC yang kini berdiri dengan kekuatan 36 buah Politeknik dan 105 buah Kolej Komuniti dengan meliputi seramai 10,000 pensyarah dan 100,000 pelajar di seluruh negara juga merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara ini iaitu sebanyak 40 peratus di pelbagai sektor.  “Usaha ini adalah selari dengan komitmen melaksanakan Teras Strategik utama JPPKK iaitu […]

trending_flat

Sounds of Malaysia Melabuhkan Tirai 2023 di UITM Shah Alam

KUALA LUMPUR, 7 November 2023 – Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia melabuhkan tirai persembahan untuk tahun 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Haziq Rosebi dan Dhiya Suhaili. Konsert Sounds of Malaysia ini merupakan gabungan kolaborasi anjuran bersama OTM dan Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam bagi mempergiatkan pendedahan muzik tradisional kepada generasi muda khususnya kepada warga kampus di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kolaborasi ini juga turut menyediakan program mentor-mentee dalam pengisian tiga (3) bengkel iaitu Bengkel Gamelan dan Bengkel Caklempong pada 9 November 2023 serta satu sesi Masterclass: Instrumentasi dan Artistik Persembahan pada 10 November 2023. Ini merupakan peluang keemasan kepada warga kampus dalam mendapatkan ilmu tambahan sambil bermain alat muzik yang dijadikan sebagai edutainment. Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia […]

trending_flat

Wahai lelaki, periksalah awal

Oleh: Dr. Nur Adila Mokhtar Masalah kesihatan kaum lelaki di Malaysia secara umumnya berada pada tahap yang membimbangkan. Jika keadaan ini berterusan, ia akan menjadi punca utama kepada peningkatan kadar kematian yang tinggi di Malaysia. Berdasarkan laporan statistik pada tahun 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti angka kematian adalah terdiri daripada kaum lelaki iaitu sebanyak 117,790 orang (57 peratus). Dr. Nur Adila Mokhtar Antara punca utama kematian yang dikenal pasti dalam kalangan lelaki adalah masalah-masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kanser yang sering berkait rapat dengan cara pemakanan, gaya hidup, genetik dan juga psikologi individu itu sendiri. Tidak lupa juga tahap kesihatan mental dalam kalangan kaum lelaki yang semakin merundum yang perlu segera dibendung. Depresi dan tekanan perasaan yang berpunca daripada desakan dan tekanan dari tempat kerja dan norma budaya yang meletakkan stigma negatif terhadap penyakit mental […]

trending_flat

PM arahkan perbelanjaan kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti kerajaan dikurangkan

KUALA LUMPUR, 7 November 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa bagi tempoh 3 tahun antara 2020 hingga 2022, perbelanjaan untuk kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian Kerajaan telah mencecah RM700 juta. Menurut Anwar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu di Dewan Rakyat hari ini, secara puratanya lebih RM200 juta setahun telah dibelanjakan sepanjang dua pentadbiran yang lalu untuk menguar-uarkan usaha Kerajaan melalui semua platform media massa termasuk media cetak, media sosial dan juga media radio dan televisyen. "Mengambil kira komitmen Kerajaan ini berbelanja dengan lebih berhemah, Kerajaan ini komited untuk mengurangkan perbelanjaan komunikasi berkaitan.  Pada tahun ini, perbelanjaan setakat Oktober 2023 tidak mencecah RM100 juta dan itupun berdasarkan kontrak yang telah dimeterai pada tahun lalu iaitu sebelum Kerajaan Perpaduan mengambil alih. Saya telah mengarahkan supaya perbelanjaan dikurangkan untuk tahun depan 2024 dan selanjutnya bagi […]

trending_flat

Kemudahan VOA ditambah baik, mudahkan kedatangan pelabur dan pelancong dari China dan India

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan inisiatif baharu di bawah “Pelan Liberalisasi Visa Malaysia”, termasuk menambah baik kemudahan Visa On Arrival (VOA), Pas Lawatan Sosial dan lain-lain. Setelah perundingan dan perbincangan yang rapat antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pihak KDN telah memaklumkan syarat-syarat baharu kemudahan VOA bagi warganegara China dan India seperti berikut: Membenarkan warganegara China dan India yang menaiki penerbangan sewa khas (chartered direct flight) melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dari negara China dan India untuk memohon kemudahan VOA; Agensi pelancongan yang menguruskan permohonan pelawat perlu bertanggungjawab untuk memastikan pelawat keluar daripada negara dalam tempoh ditetapkan; Agensi pelancongan juga perlu memastikan pelawat yang menaiki penerbangan sewa khas (chartered direct flight) dari negara China dan India mengemukakan maklumat […]

trending_flat

KPDN akan laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023

BERANANG, 6 November 2023 – Menjelang sambutan perayaan Deepavali 2023 pada 12 November 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 berkuatkuasa dari 9 November hingga 15 November 2023. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi satu siaran media hari ini, tempoh pelaksanaan adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan. Katanya, selain daripada barang-barang di bawah harga kawalan maksimum sedia ada, KPDN telah mengenal pasti sebanyak 8 jenis barangan yang akan dikawal di bawah Skim ini. Barangan yang terlibat di bawah Skim adalah: i. Bawang merah besar import;ii. Bawang merah kecil (India) tidak termasuk Ros;iii. Cili merah;iv. Daging kambing biri-biri bertulang import;v. Kacang dal (Australia);vi. Kelapa biji (Harga maksimum di peringkat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation