trending_flat

Chery labur RM1 Bilion di Malaysia – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkongsi satu video mengenai pelaburan syarikat Chery di Malaysia yang bernilai RM1 bilion. Dalam satu posting ringkas di Halaman X rasmi beliau, Zafrul turut menepis dakwaan bahawa Kerajaan banyak membuat pengumuman mengenai pelaburan tetapi tiada hasilnya. "Banyak pelaburan dah umum tapi tak nampak hasil. Betul ke? Tak betul! Saya bagi contoh mudah, Chery yang menyatakan komitmen melabur RM1 bilion tahun lepas, kini dah buka kilang pemasangannya di Shah Alam! Takkan hari ni umum, esok terus nak nampak kilang naik?" kata Zafrul. https://twitter.com/i/status/1805572000846635009

trending_flat

Rakyat Malaysia digalakkan banyakkan penggunaan perkhidmatan digital – Gobind

SUBANG JAYA, 25 Jun 2924 - Menteri DIgital, Gobind Singh Deo mengalu-alukan pembangunan aplikasi ‘MYDINPay’ yang dilancarkan hari ini. Katanya ia merupakan satu inisiatif yang signifikan bagi MYDIN, yang juga merupakan rangkaian pemborong dan peruncit tempatan pertama yang melancarkan aplikasi edompet. Menurut Gobind dalam satu kenyataan hari ini, aplikasi MYDINPay itu membolehkan pengguna mendapat akses kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa mereka perlu ke cawangan MYDIN secara fizikal. "Ekonomi digital yang kini sedang berkembang pesat mempunyai potensi besar untuk membantu melonjakkan Malaysia di persada ekonomi dunia, sekali gus menjana pendapatan negara. Menjelang tahun 2025, sumbangan ekonomi digital bakal meningkat kepada 25.5 peratus berbanding 23 peratus buat masa ini. Dengan peningkatan e-dagang, perbankan mudah alih dan pembayaran tanpa sentuh, e-dompet telah muncul sebagai cara yang mudah dan selamat untuk mengurus transaksi wang." katanya. Secara amnya, penggunaan e-dompet juga telah meningkat […]

trending_flat

ACCRELIST memanfaatkan permintaan yang meningkat untuk penyelesaian HDD dengan perolehan saham dalam teknologi MCLEAN

SINGAPURA, 24 JUN 2024 – Datuk Dr. Terence Tea Yeok Kian, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Accrelist Ltd. ("Accrelist"), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat Accrelist, salah satu kumpulan estetik terbesar yang disenaraikan di Catalist Board of Singapore Exchange (“SGX”), telah memeterai perjanjian jual beli untuk memperoleh 28.53% pegangan ekuiti dalam MClean Technologies Berhad (“MClean Technologies”, “MClean” atau “Syarikat”). Pemerolehan adalah bersyarat atas kepuasan (atau, jika berkenaan, penepian) syarat-syarat tertentu dahuluan. Pemerolehan saham ini menggariskan keyakinan Accrelist terhadap hala tuju perniagaan dan prospek pertumbuhan MClean, terutamanya dalam permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian Pemacu Cakera Keras (“HDD”), berikutan peningkatan ketara dalam permintaan untuk pusat data. MClean Technologies, yang beribu pejabat di Singapura, telah memantapkan dirinya sebagai pemain penting dalam industri penyelesaian pembersihan produk elektronik dan semikonduktor. Syarikat menawarkan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif, termasuk rawatan permukaan, pembersihan ketepatan, steril dan perkhidmatan pembungkusan untuk pelbagai industri seperti […]

trending_flat

Malaysia dan PayNet Menggalakkan Pembayaran Tanpa Tunai Di Seluruh Negara Melalui Peraduan ‘Cashless Kaw-Kaw’

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2024 - Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“PayNet”), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur kewangan pusat Malaysia, telah membuka pilihan untuk membuat pembayaran tanpa tunai di lebih 3,500 titik sentuh Pos Malaysia di seluruh negara. Ini menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan transformasi pembayaran digital oleh Pos Malaysia. Pada hari ini, kedua-dua syarikat telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah di ibu pejabat Pos Malaysia untuk peraduan 'Cashless Kaw-Kaw' yang telah berlangsung dari 1 Februari hingga 30 April 2024. Objektif utama peraduan ini adalah untuk menggalakkan penggunaan MyDebit dan DuitNow QR untuk kemudahan dan keselamatan pelanggan sebagai pembayaran pilihan. Peraduan ini direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan dengan menawarkan kaedah transaksi yang lebih cekap. Ini merupakan salah satu usaha Pos Malaysia untuk memberikan nilai tambah […]

trending_flat

Program U-Digitaloka platform terbaik dedahkan konsep kerajaan digital

SHAH ALAM 24 Jun 2024 - Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik & Pengurusan) Kementerian Digital, Tuan Shakib Ahmad Shakir telah merasmikan Program U -Digitaloka dengan tema “Transforming Tomorrow”, bagi tahun 2024 yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Program U-Digitaloka adalah program Kementerian Digital bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang dijenamakan sebagai Kempen Kesedaran U-Digital selaras dengan usaha untuk mempromosikan Kementerian Digital dan Digital First Mindset dalam golongan muda khususnya mahasiswa. "Program yang menjurus kepada tema digitalisasi ini dilaksanakan dalam bentuk festival budaya dan perniagaan, serta dipenuhi dengan pelbagai pameran digital yang menarik, perniagaan, permainan, pertandingan dan perkongsian ilmu bersama pencipta kandungan digital terkemuka. Program ini merupakan antara platform terbaik dalam mendedahkan konsep kerajaan digital, masyarakat digital dan ekonomi digital kepada mahasiswa di samping menggalakkan mereka untuk meneroka potensi di pasaran digital." kata […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation