trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah melanda Barat Papua, Indonesia pada jam 12:31 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:31 pagi, 8 Jun 2024Koordinat: 3.2° Selatan 139.3° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 178km Barat Daya dari Jayapura,IndonesiaKedalaman: 43 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Lawatan MCMC ke Kemabong, Sabah

SABAH, 7 Jun 2024 (Bernama) -- Susulan daripada masalah gangguan telekomunikasi yang berlaku diseluruh daerah kecil Kemabong, Sabah pada 4 Jun 2024, MCMC telah membuat lawatan ke kawasan yang terkesan pada 6 Jun 2024. Hasil lawatan tersebut mendapati gangguan disebabkan oleh punca kuasa CPS SESB yang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan hampir 40 buah kampung di daerah tersebut terputus hubungan telekomunikasi secara total. MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk menghantar Genset dengan kadar segera bagi memulihkan perkhidmatan telekomunikasi dan berkerjasama dengan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat agar CPS SESB dapat dibaiki dengan kadar segera untuk bekalan kuasa ke menara telekomunikasi utama. Perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut berjaya dipulihkan selepas hampir 20 jam.

trending_flat

Beribadahlah tanpa melanggar peraturan 

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Setiap Muslim yang berakal dan sihat tubuh badan pasti mempunyai keinginan yang kuat untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Namun begitu, ramai kalangan umat Islam yang tidak sempat melaksanakannya dan telah kembali ke rahmatullah. Malahan masih lagi ramai yang menanti giliran pasca pendaftaran haji bersama Tabung Haji dengan penuh sabar. Ini kerana mereka faham bahawa konsep istita’ah (kemampuan) itu merangkumi giliran mengerjakan haji di samping kewajipan mentaati peraturan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Walaupun begitu, dalam keadaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang menanti giliran mengerjakan haji, terdapat segelintir rakyat yang terkandas di Mekah dan Madinah kerana ingin mengerjakan haji dengan menggunakan visa pelancong atau dinamakan sebagai Haji DIY (Do It Yourself) atau Haji Backpacker. Mereka tidak memilih laluan mengerjakan haji bersama agensi kerajaan seperti Tabung Haji atau […]

trending_flat

TV ALHIJRAH Rangkul Dua Pengiktirafan Atas Pencapaian Digital

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2024 - TV AlHijrah baru-baru ini menerima pengiktirafan The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding bagi kategori Kandungan Digital Terbaik. Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini merupakan permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang  mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus. “Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan. “Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital. Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022,” jelas Nadzariah. “Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada […]

trending_flat

Jangan Tertipu! Kekal Waspada Ancaman ‘Scam’ Guna Nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Penelitian yang dilakukan JomCheck mendapati bahawa masih wujud ancaman penipuan ‘scam’ yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama artis tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Antara teknik terbaharu yang kami temui adalah melalui penulisan artikel di laman sesawang palsu yang menggunakan logo dan antara muka (interface) Free Malaysia Today (FMT) secara salah bagi mengelirukan pembaca. Artikel yang menyampaikan naratif palsu tersebut dimulakan dengan mendakwa bahawa kononnya penyanyi terkenal itu disaman kerana telah mendedahkan rahsia kekayaan beliau melalui satu platform pelaburan atas talian di dalam satu program temu bual yang disiarkan secara siaran langsung. Kemudian, ia diteruskan lagi dengan menuduh bahawa siaran langsung tersebut telah diganggu oleh Bank Negara Malaysia yang mengarahkan agar siaran berkenaan dihentikan secara serta merta dan penulisan artikel meragukan itu […]

trending_flat

Meneroka biodiversiti bandar dengan sains masyarakat

Pertambahan jumlah penduduk merupakan antara penyebab utama kehilangan biodiversiti di seluruh dunia. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan kehilangan habitat, perubahan guna tanah, eksploitasi sumber alam serta pencemaran yang berlaku, seiring dengan peningkatan jumlah penduduk. Semakin ramai penduduk, semakin tinggi permintaan sumber, dan semakin banyak habitat semula jadi digunakan untuk pertanian, perlombongan, perindustrian dan perbandaran. Affan Nasaruddin Penduduk Malaysia telah meningkat sebanyak 4 juta orang sejak tahun 2010, dan dijangka mencecah angka 38 juta menjelang tahun 2030, dan seterusnya 41.5 juta menjelang 2040. Peratusan penduduk di kawasan bandar di Malaysia pula dijangka akan meningkat kepada 84 peratus pada tahun 2040, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kepadatan dan memberi kesan kepada kualiti kehidupan penduduk dan alam sekitar di kawasan setempat. Negara kita sememangnya sinonim dengan kepelbagaian biodiversiti. Berdasarkan maklumat dari pangkalan data Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS), terdapat lebih kurang […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Luar Pantai Barat Sumatera Utara

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah melanda Luar Pantai Barat Sumatera Utara pada jam 7:16 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:16 malam, 5 Jun 2024Koordinat: 0.4° Utara 98.4° TimurLokasi: Luar Pantai Barat Sumatera UtaraMagnitud: 5.6Jarak: 135km Tenggara dari Nias,IndonesiaKedalaman: 60 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation