Shopee dan Kementerian Kesihatan Malaysia Lancar Inisiatif Pek Kasih Mama
KUALA SELANGOR, 15 Jun 2024 - Shopee Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pek Kasih Mama hari ini. Inisiatif ini didedikasikan untuk meningkatkan komuniti tempatan melalui teknologi dan menyediakan sokongan penting kepada para ibu di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan MPKS Puncak Alam ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad yang secara peribadinya telah menyampaikan 300 pek penjagaan kepada ibu dan bakal ibu. Sebanyak 1,000 pek penjagaan telah disediakan untuk kempen CSR ini. Setiap Pek Kasih Mama dipilih susun dengan teliti yang merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu yang penting seperti lampin yang disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyusuan anak, dan produk penjagaan kulit yang selamat untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak. Baki 700 pek penjagaan akan diagihkan […]