trending_flat

Ekonomi Madani: Pelaburan Langsung Domestik RM120 Bilion daripada GLIC di bawah Program diterajui MOF

PUTRAJAYA, 8 Ogos 2024 - Kementerian Kewangan (MOF) menerajui langkah strategik untuk memperkukuh reformasi struktural Malaysia seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI, melalui program yang bertujuan menyelaraskan usaha merentasi Badan-Badan Berkaitan Kerajaan bagi memangkin pertumbuhan di sektor-sektor utama ekonomi. Program dikenali sebagai GEAR-uP, di mana fasa pertama melibatkan enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) utama telah memberi komitmen secara kolektif untuk melabur dana berjumlah RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun akan datang, di samping pelaburan-pelaburan mereka di dalam pasaran modal awam bernilai RM455 bilion. Pelaburan-pelaburan ini disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (high-growth high-value; HGHV) seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih terutamanya dalam bidang semikonduktor. Ia juga akan merangkumi pelaburan di seluruh kitaran perniagaan seperti syarikat pemula (start- ups), modal teroka (venture capital) serta syarikat peringkat pertengahan dan […]

trending_flat

TYT rasmi Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024

Oleh Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER KEROH 8 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024 di Hotel MITC, di sini, malam tadi. MABIMS merupakan singkatan bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Program anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Dakwah Bil Hal itu disertai kira-kira 40 belia Negara MABIMS membabitkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Tahun ini, program Perkaderan Syabab MABIMS yang diadakan pada 6 hingga 14 Ogos menjelajah ke empat lokasi iaitu Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Pada majlis itu, Tun Dr. Mohd Ali yang diiringi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Dr. Ruslan Said telah menyempurnakan lafaz […]

trending_flat

Dana Pembangunan Arab Saudi Mengumumkan Sambutan 50 Tahun Impak Global dengan Acara Ulang Tahun

RIYADH, Arab Saudi, 8 Ogos 2024 (Bernama) -- Dana Pembangunan Arab Saudi (SFD) akan menganjurkan Makan Malam Gala pada 01 September 2024, di bawah tema Meraikan 50 Tahun Impak Global, memperingati lima dekad memacu pembangunan dan kemajuan global yang mampan. Sejak penubuhan dana tersebut pada tahun 1974, SFD telah menjadi cabang utama pembangunan antarabangsa Kerajaan Arab Saudi, menyokong inisiatif pembangunan mampan di seluruh Afrika, Asia dan Pasifik, Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean, serta Eropah Timur. Melalui kerjasama dan perkongsian, usaha SFD membantu negara di rantau yang paling memerlukan di seluruh dunia. SFD juga komited untuk menyokong Negara Termundur dan Negara Pulau Kecil Membangun, mengiktiraf cabaran dan kerentanan unik yang dihadapi oleh negara masing-masing. "Selama 50 tahun, SFD telah bekerjasama dengan komuniti dan rakan kongsi untuk memacu perubahan pembangunan transformatif. Program kami telah menyentuh hampir setiap aspek masyarakat, daripada membina infrastruktur sosial yang penting […]

trending_flat

Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen seliter

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2024 - Seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak, Kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2024. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. "Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga. Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara." kata MOF. Pada 10 Jun 2024, telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI. Serentak dengan pengumuman tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menetapkan harga runcit diesel […]

trending_flat

Undang-undang CCUS : Kementerian Ekonomi akan dipandu oleh pandangan Jabatan Peguam Negara

Dalam mesyuarat Majlis Tenaga Negara pada 2 Ogos 2024, Kerajaan Persekutuan mengambil maklum pendirian Kerajaan Sarawak yang dibentangkan oleh YAB Premier Sarawak, berkenaan pembangunan kerangka undang-undanguntuk mengawal selia industri pemerangkapan, penggunaan dan penstoran karbon (CCUS), termasuklah perkara- perkara berhubung perbezaan tafsiran undang-undang mengenai sempadan negeri yang melibatkan pelantar benua. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Kerajaan Sarawak juga menyatakan bahawa sebarang urusan, terutamanya aktiviti perniagaan yang dijalankan di Sarawak, mestilah mengambil kira dan menghormati hak dan undang-undang yang dikuatkuasa oleh Kerajaan Sarawak. "Dalam membangunkan kerangka undang-undang CCUS, Kementerian Ekonomi akan dipandu dan diikat oleh pandangan undang-undang yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara, termasuklah dalam perkara berhubung tafsiran persempadanan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang telah termaktub di bawah Akta Pelantar Benua (1966), Akta Zon Ekonomi Eksklusif (1984) dan Akta Laut Wilayah (2012). Setakat […]

trending_flat

JustMarkets Melancarkan Ciri Dagangan Dalam Aplikasi

VICTORIA, SEYCHELLES - Media OutReach Newswire - 7 Ogos 2024 - JustMarkets, sebuah broker aset diiktiraf-dunia telah melaksanakan kemaskini besar untuk aplikasi trading-nya pada bulan Jun 2024 yang menjanjikan untuk membantu pedagang yang sering bergerak untuk membuka potensi penuh pasaran. Aplikasi mudah alih, yang tersedia di Google Play dan App Store, kini termasuk fungsi Dagangan Dalam Aplikasi, membolehkan pengguna bukan sahaja untuk mengikuti pergerakan pasaran tetapi juga merebut peluang pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebelum ini, aplikasi JustMarkets hanya boleh digunakan untuk mengurus pesanan. Dengan pengembangan fungsi Dagangan Dalam Aplikasi yang telah dikemas-kini bulan Jun, pengguna kini mempunyai keseluruhan pasaran di hujung jari mereka dan boleh membuat dagangan baru secara langsung dari aplikasi dalam masa nyata, yang bermakna mereka tidak akan terlepas peluang dagangan besar, di mana sahaja mereka berada di dunia. Perkhidmatan Pelanggan Lanjutan Kemas kini baru ini merupakan suatu […]

trending_flat

Memperkasa Akuakultur ke arah Keterjaminan Makanan Negara

BANGI, 6 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Seminar Akuakultur 2024 bertemakan Memperkasa Akuakultur ke Arah Keterjaminan Makanan Negara semalam. Seminar anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang diadakan secara hibrid ini memberi pengkhususan kepada aspek membudayakan teknologi moden, lestari dan berdaya saing. Seramai 350 orang peserta menyertai seminar itu terdiri daripada pemain industri, penternak akuakultur dan persatuan-persatuan penternak seluruh Malaysia. Menurut Athur, penganjuran seminar tersebut bertepatan dengan salah satu hala tuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu memperkasakan industri akuakultur bagi mengurangkan kebergantungan sumber perairan semulajadi (perikanan tangkapan) dan beralih kepada ternakan akuakultur yang memfokuskan kepada spesies utama serta ternakan berproduktiviti tinggi dengan aplikasi teknologi terkini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup “Sektor akuakultur merupakan salah satu fokus utama KPKM dalam memastikan sumber makanan yang mencukupi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation