trending_flat

Zahid deklamasikan puisi “Jiwa Merdeka”

Saksikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mendeklamasikan puisi "Jiwa Merdeka". Bersama kita hayati makna kemerdekaan melalui bait-bait puisi ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.  

trending_flat

Pelajar Polisas Raih Kemenangan dalam Sukma 2024

KUANTAN – “Saya amat teruja dan bangga apabila dapat mengibarkan bendera negeri dan mendengar lagu negeri Pahang berkumandang di dalam stadium tempoh hari ”, ujar Nur Ayu Rohma Mohd Insan, 19, yang berkongsi perasaan ketika diumumkan sebagai pemenang Pingat Emas acara Pencak Silat Kategori Tanding - Putri Kelas A (45kg-50kg), pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak baru-baru ini. Beliau yang merupakan pelajar semester satu, Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menceburi pelbagai bidang sukan bermula dengan sukan taekwando , olahraga balapan dan padang serta mula berjinak-jinak dalam bidang silat pada tahun 2021, ketika berusia 16 tahun. “Saya dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam bidang silat di bawah bimbingan Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka Alam Pahang. Selain dorongan berterusan oleh keluarga dan jurulatih, saya juga berminat dalam bidang silat ini kerana latihan silat […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Nicobar, Rantau India

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India  pada jam  11:42 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut     Waktu Kejadian : 11:42 pagi, 1 September 2024 Koordinat : 8.2° Utara 91.8° Timur Lokasi : Kepulauan Nicobar, Rantau India Magnitud : 5.5 Jarak : 153km Barat Daya dari Car Nicobar, India Kedalaman : 10 km   Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Istana Budaya OTM On The Street Melebarkan Sayap Memeriahkan Program Melaka Bila Larut Malam Edisi September

MELAKA, 31 Ogos 2024 – Istana Budaya menerusi program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia – OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA kini melebarkan sayap bersama memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam Edisi September atau “Melaka Nightlife” semalam yang bermula dari jam 8.30 malam hingga 12.30 pagi. Kejayaan OTM ON THE STREET yang pernah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024 yang lalu telah menjadi satu fenomena luar biasa dan kini kembali menghangatkan tourist centre of attraction di Banda Hilir Melaka. Keistimewaan program Melaka Nightlife edisi September ini dianjurkan dengan suntikan semangat patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan pada malam 31 Ogos 2024. Tetamu kehormat yang turut hadir bersama adalah YB Dato’ Azhar Haji Arshad - Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman - EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation