Gempa bumi kuat di Kepulauan Solomon
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Solomon pada jam 4:13 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:13 pagi, 2 September 2024Koordinat: 6.9° Selatan 155.5° TimurLokasi: Kepulauan SolomonMagnitud: 6.5Jarak: 74km Selatan dari Arawa,PNGKedalaman: 85 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.